Thursday, December 3, 2009

Azam Kami


Kat atas ni adalah azam TK. Dye cakap nak cari suami kat sini. Aku tanye dye kenape tak nak cari kat Malaysia jek, dye cakap nanti dah sibuk susah nak pikir pasal kahwin2 ni sume :D


Ni plak azam Nina, aku setuju yang part jadi doktor yang dedicated dan beriman. Dah alang2 aku belajar medic kat mesir ni, baik pungut segala ilmu agama kat sini :)


Ni plak azam Hafsah. Great student medic tuh dah betul tapi bile dye lukis gamba org lidi dengan hanye memakai tudung sahaje tanpa baju, aku rase pelik sikit hehe :P


Ni plak azam aku hehe.. Aku tulis amaran ni dalam buku sebab everytime kalau pergi lecture aku bawa buku ni. Aku jek yang tak mention pasal bab2 kahwin ni. Hafsah ngan Nina menyiniskan pandangan mengenai topik kahwin manakala TK menegaskan matlamatnya huhu :D

Ini adalah sebahagian azam kitorang. Aku display mane yang yang penting je. Actually, dalam hidup kita perlu sentiasa muhasabah dan memasang niat untuk menjadi sebaik2 manusia :)


dari kiri Nina ( dah ade 3 Nina dalam hidupku ), Hafsah, saye dan TK. Mase ni tengah raye rumah akak senior.

Lihatlah wajah buncit yang seakan-akan jeles dengan Boomoo

Buncit mendapat pesaing baru di dalam bilik, namenye Boomoo. Ni adalah hadiah bufday untuk TK. Nina geram sangat ngan Buncit sebab Buncit sentiasa menjadi perhatian ramai bebudak floor aku. So, Nina pon beli Boomoo untuk menandingi pengaruh Buncit. Haha Buncit masih lagi yang terhangat di pasaran..!! :P

Tenkiu kepada Ninayus, Bee and Nina kerana menghadirkan buncit dalam hidupku~

Sunday, November 29, 2009

Eid Adha Fi Alexandria, Egypt


ni laa hostel mara

“Kullu Sanah Antum Toyibbin” : slamat ari raye(lebih kurang la)
26 november
Lepas asar ana dan 4 org budak floor pergi rumah akak senior. Buka puasa dengan sambut ambang raya kat rumah diorang siap takbir ringkas sekali. Akak2 senior masak sedap sangat. Bebudak floor ana tolong akak2 tu buat mee soto (racik2 ayam je) & bikin kuih raya =)
kuih raye akak senior
27 november
Bangun seawal 5 pagi. Lepas solat, tepon mama sebelum pergi sembahyang raya kat Masjid Ibrahim depan uni. Ramai gile org arab sampai tikar dibentang kat atas jalan raya. Ada yang bawa sejadah sendiri, solat kat tepi2 jalan. Lepas tu, ada makcik arab sedekah gula2 kapas kat bebudak Malaysia yg ade kat situ. Orang arab kat Alex ni, merata je tempat diorang sembelih korban, darah mengalir kat lopak2 jalan. Diorang tak gali lubang sebab tak de tanah kosong kat sini. Isi2 perut pon bersepah2.
arab yg jual gule2 kapas
Sampai je hostel, bebudak floor sumer belasah lontong. Nina masak kuah lodeh malam sebelumnya. Pastu, pergi sambutan eid adha anjuran persatuan Perubatan Cawanagan Iskandariah kat Ibrahimia. Dapatlah jugak merasa kuih karipap =(
kebuluran
Malamnyer, waaa~~~ kebuluran ..!! Mane ade kedai yang buka mase ari raye. Tp, nasib baek Liyana tapau rendang, kuah kacang dgn nasi himpit from senior dia. Tu pon tak cukup jugak.Finally, paksa Nina teman ana pergi beli KFC malam tu. Hehe :P
p/s: act, tak bape nak puas hati ngan gamba ni semua. Blur, no quality at all. I need a camera. :D

Selamat Hari Jadi


hepi birthday anis..!! huhu~
29 november 2003

rindu same dia..

ni adalah last gambar kat airport sebelum aku fly...... :(

Monday, November 16, 2009

D.E.M.A.M

Mama, orang demam arini.. :(


pakai stokin maser tido, sejuk sangat~

demam beramai-ramai :P

Sunday, November 1, 2009

P.E.N.A.T

Hari ni kitorang start belajar subjek baru iaitu biochemistry. Sangat suke dan bersemangat..!!!
Tempat kuliah dah tak eksklusif lagi. Sebelum ni ader aircon, tp bilik kuliah skrg hanyer ader kipas yg pusing ke kiri dan ke kanan tu jek.
Kena naik sampai 3rd floor menggunakan tangga.. fuiyoooohhhh
Lecture abes pukul 10 pagi. Maser tu hujan turun dengan lebatnya. Abes baju sume basah lencun. Sejuk~~~
Winter is coming..!!!

Biler dah tengahari sikit, pergi pasar kat Manshia. 1st time pegi pasar dan beli barang mentah sendiri. Kalau Mama ader mesti dye suke sebab sayur2 kat sini besar2 terutamanya kobis dan labu. hehe ;P
Pergi pasar sebab arini turn bilik saye masak dinner untuk bebudak floor. Satu floor 20 org. Bayangkan~~~


Diorang sembelih arnab............. benci nyer..!!!!


tapi bendi dye kecik la pulak


Kitorang plan nak cook ikan masak merah ngan sayur kobis jer.
First time saye siang ikan sendiri ~ 1st time dalam idop..!! Tuh pon kawan yg ajar (mesti Mama berbangga dengan saye) :D
Banyak teknik2 memasak yg saye blaja dr member2. Kat sini rase semangat nak memasak kalau nak compare kat rumah....... malas gilerrr (tetibe tersedar diri ini dah jadi anak dara haha)


siang ikan



uhuhu rindu kat mama


Sejak akhir2 ni, Buncit jadi tumpuan ramai. Selalu jek kena culik ngan budak2 floor. Balik2 bilik je tengok buncit dah tak de atas katil T_T


Ader org arab letak al-Quran kat depan pintu kedai dye. Page Surah Yaasin. Salah satu cara utk menyedarkan pencuri sebelum mencuri :)


Penat. penat. penat. Kawan baek saye datang arini~~~ ;P

current addict : game typing maniac.... pulak dah :D

Wednesday, October 21, 2009

Surat Khabar Asilah dari Alex

kami dikelilingi cahaya

Aritu, pergi jamuan raye student2 Malaysia di Cairo. Dapat makan nasi briyani, satay yang agak masin tp kuah kacang sedap sangat. And yg paling tak diduga.. dpt jumpe Amal...!! :D

budak comel dan Amal


Banyak org cakap "mencari makanan di Mesir bukan masalah" sebab sumer halal kot. Tp, aku dah start rase food adalah problem coz setiap hari dok pikir "nak makan ape ek???" x_X


Asyik ulang makanan yg same jek dlm satu minggu. Sumer berasaskan roti..roti.. dan roti..
Ader jer kedai org Indon yg jual Malay food kat sebelah arsama, tp harga setiap menu sumer nak 11 Genih kat atas jek. ( tengah start nak berjimat hehe)

nasi goreng kampung =P


Setiap hari berjalan kaki dari hostel MARA ke Uni selama 15 minit. BOLEH KURUS AKU MCM NI..!! heyh


Bapak laju org2 Arab bawak kereta. Nak cross jalan susah giler. Pernah sekali tuh 2 inci je jarak kereta lalu kat sebelah aku maser nak cross. Biler dah lintas tu selalu gak arh berniat.......


" Ya Allah, Kau panjangkan lah umurku selama mana aku di Bumi Mesir ini...."

Senior cakap, kalau kita terniat sumthing kat mesir ni sama ada secara sengaja atau tak, ia mungkin mustajab.. wallahualam~

lagha di library hehe


Setakat ni study oke. Belajar ethics ngan istilah2 medic. Baru lah aku tau istilah sains dalam buku2 teks tu sesetengahnye berasal drpd perkataan latin or greek.
contohnya : leuk - white
em - blood
ia - condition
so... jadilah leukemia - cancer darah
Sangat BEST... walaupon kadang2 tertido :D

current addict : mafia wars, waka-waka (facebookgame) ........ woahahaha :P

Monday, October 12, 2009

Asilah dan Alex <3


Sampai di Iskandariah pada 5 Oktober 2009.

Rase excited apabila melihat keadaan sekeliling bandar Alex yg lebih bersih berbanding di Cairo.


Masuk kat pekan dye, ader banyak kedai especially kedai kasut dan baju.


Ader banyak pengangkutan awam kat sini, antaranya...
1. teksi
2. tremco ( van penumpang)
3. trum ( macam monorel/LRT) setiap perjalanan hanyalah 25 plaster ( 25 sen )


Pergi ke perpustakaan Universiti Alexandria. Sangat besar dari luar, tapi tak pernah masuk dalam lagi.

perpustakaan u alex

Pantai Laut Mediteranean , x de ape2 perasaan pon bile sampai kat pantai. Port Dickson, N. Sembilan lebih cantik dan indah....!!!


bilik tido

hall

dapur

Pelajar2 MARA ditempatkan di Hostel MARA, rumah mcm apartment, bilik mcm hotel. Setiap rumah complete dengan 2 set komputer, peti sejuk, mesin basuh, water heater, tv, set sofa, wifi, ampaian baju.................. hoho mewah sungguh..! Tp, next year kena carik rumah sendiri.. T_T

1St kuliah belajar ethics.. 2nd kuliah aku dah start mengantuk. tersengguk2.. hehe =P


Suatu hari kua nak gi carik makanan utk berbuka. Beli nasi ngan ayam. Perhhhhh...!
Macan itik ngan ayam. Kitorang suro bungkus, diorg suro duduk makan kat kedai lak.
Aku dah start rase cuak, menyesal tak blaja betol2 maser foundation bahase arab... ngah3
Last2, kitorg cakap "bi kis" (dgn plastik) then, barulah diorg bungkus makanan tuh.

shawarma

Tuesday, October 6, 2009

Asilah Kejar Firaun Dalam Piramid





Flight 29 September 2009, 3.15 pagi
Naik plane je terus tido.
Tiba di Kuwait pada pukul 11.30 pagi waktu Malaysia( transit selama 7jam)
Flight terus ke Cairo pukul 2 ptg waktu Kuwait.
Sempat lunch dlm plane di kala org2 Malaysia sedang makan malam.
Waktu di Malaysia cepat 6 jam dari Mesir.
Tiba di Kaherah pukul 4 ptg waktu Cairo.
Tiba di airport Cairo yang agak sesak. Tetibe jek kena tegur ngan sorang awek arab ni. Cun glerrrr... Dye tanye aku
“ Where are you from? Philiphines??”
Aku pon jawab, “ Im from Malizie”
Muke aku macam org philiphines kah???
35 org jek yg same flight ngan aku. Kami telah dibawa oleh senior ke Dewan Malaysia Abbasia Kaherah, tempat penginapan sementara kami di Cairo.
30 September 2009
kereta keldai
Akak2 senior telah membawa kami berjalan di sekitar Bandar Kaherah.
Tujuan utama adalah untuk menukarkan USD Dolar kepada nilai matawang mesir iaitu Genih, kat HSBC bank.
1 Genih bersamaan dengan RM0.6O.
Then, kitorang pergi ke University Al-Azhar cawangan Kaherah. Solat Asar kat masjid university tu.
al-azhar university
Maser tulah dapat tengok cara org2 arab solat. Diorang duduk antara 2 sujud macam nak tak nak jek. Yelah kan.. mazhab berlainan.
Pastu, kitorang minum asir(jus). Pekat+manis glerr jus dye.. Bayangkan, jus mangga diorang macam buah mangga yang di blend tanpa dicampur air langsung. Memang 100% asli arhh.
sg nil
Nak balik ke Dewan Abbasia kitorang naik bas. Perghhh..... sesak seyhhh. Kitorang terpaksa berdiri sepanjang perjalanan pulang.
Nak tau, first word arab yg keluar dari mulut aku biler sampai jek kt bumi mesir ialah.. ‘ma alisy’ (sorry). Tuh pon sebab terjatuh kat atas sorang makcik arab ni maser kat dalam bas. Tetibe jek bas tuh break emergency. Heyhh.. Mak cik arab tu pon jawab ‘ma alisy’ gak. Hehe =P
1 Oktober 2009
Ketibaan budak 2nd batch.
tetibe lak ader kat china
Petang tu, pergi Hadiqah tul Dauliah ( Taman Negara). Kat situ ader pokok, taman, bangku... perlu citer ker?? Hmmm
pizzahut delivery... kfc delivery pon ader??
Kitorang pergi taman tu naik tremco(van penumpang). Balik naik teksi. Ader 7 org dlm 1 teksi, bayangkan~~~. Meter kelajuan teksi tu tak bergerak langsung. Statik kat 10km/h. Dah rosak kot.
Atitude pengguna jalanraya di Cairo agak teruk. Susah nak jumpe traffic light kat sini walaupon kat simpang besar. Yang ajaib nyer, kesesakkan jalanraya jarang berlaku. Diorang sempat gaduh2 kat tengah2 jalanraya tu.

3 Oktober 2009
Kitorang pergi mengikuti program Pengembaraan Sekitar Mesir ( Jaulah di Kaherah)
Pergi tengok pyramid kat daerah Giza. Ader 3 piramid yg besar kat situ.
Then pergi Kubu Salahuddin Al-Ayyubi cawangan Kaherah.
kubu salahudin al-ayubi
Pastu pergi Masjid Sultan Hassan ngan Masjid Rafie. Finally pegi melawat Maqam Imam Syafe’i. Nampak banyak peminta sedekah kat situ. Kat tempat maqam tu ader bekas tapak kaki Nabi Muhammad saw. Nak ambik gambar tapi..... tetibe bateri weak. So.... gambar tapak kaki tu tak de lah.. hoho
lastly ialah program kebajikan anak negeri. Kat Mesir, macam ader satu sistem rumah di mana, setiap pelajar diberi peluang untuk kembali ke kampung halaman iaitu rumah negeri mengikut negeri asal masing2. Aku... negeri 9 laa.
=D