Sunday, June 21, 2009

..TGB..TGB...TGB..


22 Januari 2007 : Saye masuk mrsm TGB, Jasin, Melaka

Sepanjang 2 tahun kat situ, mcm2 pengalaman aku dapat. Antara kenangan yg paling manis adalah bersama teman2 sebilikku, NinaYus, Bee dan Nina. Masing2 dgn perangai yg tersendiri dan diorang ni giler arhh..!!

Rumet2 ku

Dapat kenal ngn Wawa (my best friend). Hoho.. tak lupe juge 505 members (my classmates). Walaupun ada perselisihan faham, perasaan sakit hati, dan kdg2 terasa pahit bila ingat balik apa yg dah berlaku, namun semua tu tak kan ke mana ssb yg penting persahabatan. Rindulah...

saye dan wawa
belakang sekali : Pida, Zul, Acap, Koray, Akram, fahmi, imtiaz, afiq, ami
tengah : wawa, malin, asilah, biaunil, ani, amalia, qis, nabila, amy
depan duduk : hasif, izul, hafiz, cikgu amin, nana, amira, nabilah


Persatuan yg paling best kat maktab mesti ar Brassband!! Time hari sukan ngn kem tamat latiahan kitorang menceriakan suasana dgn iringan muzik yg sedap dan lunak. Hehe..

brassband

Maser form 4 dulu ader pesta makan buah. Sumer pelajar telah diberi amanah untuk menghabiskan segala jenis buah yg telah dibekalkan oleh maktab. Best2..



yum2
Tapi, aktiviti maser form 5 jugak yg lagi best. Ada amali haji. Maser tu, sumer pelajar perempuan tingkatan 5 dikehendaki memakai telekung manakala lelaki harus berpakaian ihram. Kalo tak de kain putih... cadar, selimut dan kain pelekat pun jadilah.

tawaf

asal aku amek gambar ni ek?

Ader gak hari sukan. Maskod bg rumah sukan biru ialah peguin. Comel2..

blue house..! peewit

Antara event yg aku x suke ialah Mock Interview. Sumer sebab tak prepare awal2 ngn English aku agak berterabur maser interview. Adess..

cuak2

Sambutan Kemerdekaan.. Kelas aku lah yg paling unik skali. Orang lain pakai baju kurung ngn baju Melayu, kitorg buat tradisi sendiri, pakai t-shirt kelas.


Maser hari graduasi, aku adalah org yg ke-50 dan ke atas amek anugerah drpd 400 org pelajar form 5. Not bad gak aku ni.. Orang yang duduk kat sebelah aku maser grad suke buat bising, Paan kelas 9.. heyyyh


Seminggu sebelum SPM, maktab sempat anjurkan Kembara Terbilang khas untuk bdk2 Form 5 supaya stress dan pressure untuk amek SPM tak terasa sangat. Enjoy lah jugak sebab ader aktiviti kayak, terapung di atas tasik dan... berjalan pada waktu panas terik semasa nak pergi ke Kem Lambaian Danau.

berakit2 ke hulu



Pehalpon, aku menikmati sepanjang kehidupanku di MRSM Tun Ghafar Baba.

Tuesday, June 16, 2009

Aku di Gunung Ledang ( edited version)

Pada 2 Februari 2008, aku dan sekumpulan pelajar MRSM Tun Ghafar Baba telah menyertai ekspedisi mendaki Gunung Ledang dengan memulakan perjalanan melalui pintu masuk Asahan. Kami terdiri daripada sebahagian ahli Brassband, PKBM, Tinta Mas dan ahli Homeroom Cikgu Jadid yang turut disertai beberapa orang pengiring( tak ingat nama mereka). Selepas Asar kami meneruskan perjalanan mendaki curaman dan diduga dengan hujan renyai2 dalam keadaan hari yang semakin gelap. Sepanjang pendakian, kami kerap berhenti untuk berehat dan juga menunaikan solat.

bersama ahli2 brassband


Suasana hutan amat gelap dan hanya diterangi samar2 cahaya bintang dan bulan di langit juga ditemani bunyi2an unggas dan cengkerik. Setiap daripada kami diberi amanah untuk membawa paling2 pun sebungkus mee maggi, roti, sebotol air mineral, beberapa ketul kentang dan bawang, 1 tin sardin, buah epal dan pinggan. Tak termasuk barang2 peribadi dan siapa yang beg galasnya besar terpaksa membawa kuali dan periuk. Kami dinasihati agar mambawa banyak bekalan coklat dan glukosa untuk memberi tenaga sepanjang ekspedisi. Aku memilih untuk membawa choki2.

di puncak gunung


Kami tiba di tapak perkhemahan pada lewat malam dan sebelum itu kami harus mendaki curaman batuan besar menggunakan tali dengan bantuan pencahayaan dari lampu suluh. Kami segera tidur selepas mendirikan khemah kerana kepenatan dan aku terpaksa memakai stokin berlapis2 kerana sangat sejuk. Pakai 3psg stokin pun tak cukup wo! Pada keasokkan harinya, kami menyambung perjalanan selepas bersarapan dan bergerak dalam barisan yang panjang. Rombongan ekspedisi sampai di puncak Gunung Ledang dlm pukul 11pagi. Kami dapat melihat hutan tebal dan kabus mengelilingi puncak, suasana yang amat dingin. Setelah selesai sesi bergambar, kami pulang ke tapak perkhemahan dan mengambil kesempatan untuk mandi di air terjun yang berdekatan.


Pada waktu malamnya, macam ada campfire beserta hidangan mee maggi yang enak. Abang Malek(pengiring) sempat menceritakan kepada kami mengenai kisah mistik di sekitar kawasan gunung selama pengalamannya mendaki Gunung Ledang. Esoknya, kami menuruni tapak perkhemahan untuk meneruskan perjalanan pulang selepas bersarapan pagi. Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dan berharap dapat mendaki Gunung Ledang lagi.


kabus di sekitar gunung

** Walaupun aku bwk handphone berkamera maser gi gng ledang, tak der satu gamba pun yg dpt aku ambik sbb bateri hp tetibe kong maser kt puncak. Stress betul. Gamba2 ni pon aku cilok dr abg PSI.