Tuesday, January 19, 2010

Tepuk Perut, Tengok Lapar ke Tak

Hari ni, banyak gile aku makan. Lecture start pukul 8 pagi and habis pukul 10 pagi, kitorang tak sempat nak breakfast, memang kebulur arh. Lepas lecture, sebelum sampai hostel, aku dan sorang budak ni pergi GAD, beli macaroni bi lahmah(beserta daging) dan falafil. Macaroni ni adalah mee berbentuk paip yang ade lubang kat tengah2. Falafil pulak rase dye macam kuih org india yang ade kacang dal tu. Pastu aku beli nasi beserta lauk kat cafe hostel. Pergh, kenyang aku di tengah hari.


Sekarang ni, cafe macam dah mengade-ngade sebab menu makanan dah start naik harga untuk kuantiti makanan yang semakin sikit. Ramai budak2 boikot cafe. Nasib baik floor aku meneruskan jadual memasak dinner meskipun Walid(pengarah Mara) telah melarang pelajar2 utk memasak di dalam asrama..!! Masak senyap2 jek(kes berani mati)


see, kitorang nak pergi pasar pon terpaksa sorok kobis dalam beg. So that Walid tak nampak bile dah sampai hostel nanti :P


Pastu, utk dinner arini, kitorang makan macaroni beserta tuna. Kreatif betul budak2 ni dalam mencipta masakan moden. Arini jugak aku ade Smart Circle(Halaqah Ilmu) kat floor 7. Lepas tazkirah, kitorang makan spaghetti, mihun black pepper, fatirah cokelat dengan fatirah piza. Mihun tu Nini yang buat. Yang lain2 akak2 fasi yang bawak. Fatirah tu macam roti canai tapi double in size kalau nak compare dengan roti canai kat malaysia. Perhh.. KENYANG GILERR arini.


Ade orang cakap, budak2 first year akan mengalami masalah kenaikan berat badan disebabkan "kelaparan luar biasa" di waktu musim sejuk. huhu. Aku akan try berdiet sebulan sebelum balik malaysia. Mesti ade yang tak puas hati ni.. "What?? Asilah nak diet?? Orang tiup sikit pon dah melayang.." (huh, hiperbola giler)


Aku sempat gak belajar macam2 jenis lauk drpd kawan kat sini. Tapi, aku belum fully expert lagi lah. Kat bawah ni adalah resepi mudah dan berkhasiat yang aku belajar.
RESEPI UBI KELEDEK PANAS
1. Mula2, beli ubi keledek kat pasar
2. Pastu, basuh ubi
3. Ambil periuk dan kemudian isikan air setengah periuk di dalamnya
4. Masukkan ubi ke dalam periuk tadi
5. Letak garam sikit supaya cepat masak. Garam membantu meningkatkan suhu air. Dah belajar kat sekolah kan..
6. Then, nyalakan api dan rebus ubi tersebut selama urmm setengah jam
7. Cucuk2 ubi tu dengan garpu. Bile rase macam dah lembut, angkat lah
8. Lastly, ubi keledek sedia dimakan bersama gula pasir =DD

Pehalpon, aku rindu masakan mama. She's the best cook ever. Mase aku demam, dye yang masakkan bubur, mase nina, bee, nina, amal, haris datang rumah aritu, dye lah yang masak mee kari(kantoi lak). MAMA....


SELAMAT HARI JADI =)
orang makan cokelat ni untuk mama eh :D