Thursday, May 20, 2010

First Tazkirah

Aku rase macam nak private kan sikit kisah hidup sebab kalau aku dah ade family sendiri nanti takut dah takde interesting stories nak citer kat anak cucu.. muahaha. Especially kalau future husband aku bace blog ni (takde lagi buat mase sekarang gyahaha), mesti dah takde benda best nak citer kat dye, mesti dye pun bosan ngan hidup aku, pastu carik pompan lain T_T, last last aku yang sedih, aku pun cari laki lain jugak hoho


Kali ni nak share something yang lari sikit dari hidup aku. Nak citer pasal jenis jenis manusia yang mendapat doa malaikat. Actually, ni first tazkirah dalam hidup aku yang dibuat secara rasmi sebab budak-budak floor bagi tanggungjawab kat aku utk menyampaikan tazkirah lepas solat maghrib. Antara jenis manusia itu ialah :


1. orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. orang berada di saf hadapan solat jemaah
4. orang yang sambung saf jemaah
5. malaikat mengucapkan amin apabila seseorang imam selesai membaca alfatihah ; Rasulullah saw besabda : "sesiapa yang baca amin seiring dengan malaikat akan diampunkan dosanya yang lalu"
6. orang yang duduk di tempat solatnya selepas solat
7. orang yang solat subuh dan asar secara berjemaah
8. orang yang doakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu
9. orang yang infakkan harta
10. orang yang makan sahur
11.orang yang melawat orang sakit
semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat doa malaikat :)


currently :
1. exam 27 may
2. result first sem - very good
3. balik malaysia - 19 julai
p/s: abaikan post yg sebelum ni x_X