Saturday, November 20, 2010

cuti cuti mesir :D


assalamualaikum!


cuti sinonim dengan duduk di rumah, relax dan tido. tapi definisi cuti ak kali ni berbeza sikit, penat, adventure dan experience. Agak slow meng-update, tapi kena gak wat sebab dah janji dgn kawan dan famili utk bercerita.  


HIGH CLASS VACATION IN SHARM EL SHEIKH, EGYPT


                                      
jangan enlarge gambar nih!


cuti raye haji budak2 alex dah start jumaat yg lepas, and pihak uni anjurkan trip ke Sharm El Sheikh, salah satu pusat peranginan kat mesir ni berhampiran laut Merah. Kalau alex lak dekat ngan laut Mediteranean. Berbeza okey. Kau tau ak bayar berape, ade la dalam 1500 genih. Nasib baik hotel 5 stars, food yg superb, 4 pinggan sekali makan, toilet pun tak tersumbat ahaha







err. berenang atas floating bed. hehe


Ada la dalam 50 org yang pegi termasuk laki pompan, yg tgbians only me, aiffa and rasydan. Housemet sume pegi sekali. 12jam dalam bas, memang tido jelah + sakit tengkuk. weh, bas kitorang ade toilet, 5 stars punye bas beb, ni pun nak kecoh.

act-tea-v-tea :

1. Cruise, dream boat.


ak expect cruise dye mcm kapal titanic tu. Kecik je pun macam dalam mane2 filem yg buat shooting kat atas private boat tu and ada toilet yg comel. *tak habis2 dgn toilet.
semua jakun duduk atas kapal, ambik2 gamba lah, aku je cool ahaha. Yang buat dye spesel maybe sebab ade chef and lunch kitorang kat atas kapal. 






2. Snorkelling
Ak tak reti pun snorkelling2 nih. Kita boleh tengok ape yang ade kat dalam laut macam batu karang dan ikan dengan terapung kat sea surface je. Time aku, jumpe lah jugak ikan, sekor je kut and ade coral reef kaler hitam, batu kut haha sedih baii. Memang nasib orang yang tak reti berenang macam aku, semua bergantung kat life jacket. aduhh haii. Aku dah terapung2 kat laut yang kedalaman dye berpuluh2 meter dohh!







ramai gila kawan yang pandai berenang. aku rase down sikit haha. Kalau nak snorkelling ni bukan takat fokus kat satu tempat je. Kitorang gi gak tempat lain macam kat kapal karam belakang tu. Mustafa cakap kat situ pun ade gak coral reef. Cerita macam mane kapal tu boleh karam? sebab kapal tu terlanggar batu karang and sorang je yang mati. Takde lah tragis macam titanic tuh. But still terkebil2 mata melihat kapal tu depan mata separuh tenggelam huhu

dah basah lencun tu, sempat lagi di suruh ambil gambar bersama2. Dah lah sejuk, tuh la sape suro tak bawak baju spare. Abes semua tak senonoh duduk dalam bas basah2 macam tuh haha.



mind set aku, boat ni diperbuat dari kristal dan kaca yang berkilau2. tettt! Salah, sebab hanya basement boat ni jek yang diperbuat drpd kaca. Kalau nak tengok dasar laut, bolehlah naik boat nih. Sumpah cantik bila tengok coral reef yang berwarna warni plus ikan2 dye macam ikan nemo tuh for real. Nampak la jugak ikan pari yang telah menyebabkan kematian Crocodile hunter, diorang cakaplah. Ade gak butterfly fish, ikan couple yg paling sweet. Kenape sweet? sebab bila salah seorang couple mati, yg lagi sekor akan berenang sampai bawah utk bunuh diri akibat water pressure yg tinggi. Manis ke, dalam Islam mengharamkan bunuh diri, sape buat masuk neraka terus.



semua orang nampak udang, aku jek tak nampak2. Semua orang excited tengok ikan, aku lak natural jek sebab kat rumah aku pun ayah bela ikan dalam akuarium. Besar lagi tuh hu~





5. Alf leila Wa leila



malam seribu malam? err macam night club tapi bukan, lebih kurang macam konsert jomheboh tuh. there, kami melihat pertunjukkan yg best by arabians, lebih kepada dance and ade gak aksi bermain dgn ular. Gelek arab pun ade gak -___- budaya diorang kan. Pelik kalau negara islam macam mesir ni tak tapis bende2 macam ni. Last2 takde sape pun letak gambar tarian gelek kat facebook. haha sumer interested kat tarian pancake. best! tarian pancake tgok kat blog TK.


macam pancake putar kan. Bila abes jek show pasal ular, aku terus tido haha



6. All Terrain Vehicles (ATV)


nih paling cool. takde la rase excited sangat pun sebab dah pernah main masa gi sinai aritu. Yg bestnye sebab kitorang bawak bende ni kat padang pasir. nak langgar ape kan? Aku bawak gak, cume waktu malam, so takde la gambar sebab gelap haha. Memang rase macam rempit gila gila lahh. Partner aku lak Nina. Pehh lagi dasyat Nina bawak walaupun dye takde langsung lesen kerete ke motor ke. Semua orang suka ATV ni =)







7. Sourvenir and Check Out



setiap malam memang kejenye berjalan cari sourvenir. Ada lak tu sampai balik hotel kul 12.30 mlm. Tapi best la shopping! abes ah... 



bye bye sharmel sheikh!

RAYA HAJI DI ALEX




sampai2 jek alex, kitorang ngan budak rumah bawah sepakat nak buat open house. Jemput satu batch except budak laki. Masak soto je tapi sedap, diorang cakap la :DD
Memang badget lari lah, first time organize jamuan besar macam ni. Semua org nak datang selepas zuhur. Nasib baik rumah bawah (ibah, hasni, tk, yan, laila) besar sikit. Nasib baik jugak soto cukup2 utk semua tetamu hu~ 


tak tahu ape motif dye sebenarnya ;p


dari kiri berdiri: hasni, hani, bell, nab, biha, syera, tk,
dar kiri depan: yan, ibah, laila


mama, yang tudung hitam depan org tu Laila anak Cik kalsum sepupu ayah. Semua yg kat sini tuan rumah open house kitorang yang x seberape nih. thanks for coming!






BIRTHDAY PARTY BELL, MEOWW

lepas open house, esoknye terus sambut birthday bell. Syera masak mee bandung. Lawak gila diorang. HAHA. sumpah penat sepanjang minggu nih. huhu


okeyh, seminggu ni memang busy gila. Takde satu hari pun boleh guna istilah relax dan tido. Orang cakap, jauh perjalanan luas pemandangan, go travel ;)


credits :-


semua gambar ambil dari album orang lain kat facebook. sorry and terima kasih kpd nursyahera bahtiar, sarah nursyaza, nur thaqifah, zulaikha mat jusoh, nur hanina dan syamsul anwar. :). nasib orang tak berkamera memang macam ni haha ;pp


senarai blog yg update gak pasal sharmel sheikh, please visit sebab certain points aku tak cerita and gaya bahasa diorang lagi best :)




senarai blog budak medic yg tahu menggunakan masa cuti dan membuktikan budak medic tak semestinya takde life, KAMI BUKAN NERD OKEYH.








special video for special person(s). maybe you. tapi gedik sikit lah haha

rindu semua. ;)

Saturday, November 6, 2010

Dear,


MAMA,


Hari ni orang masak laksa mesir(laksa penang). Ambil resepi dari kawan. First time buat sendiri MA. Sedap jugak. Orang masak dengan budak rumah. Hari ni kan MAMA, orang bangun awal, sebab ade gotong royong bersihkan rumah. Orang ngan syera kemas dapur, hani kemas kan hall, bell cuci toilet. Pastu, baru kitorang pergi pasar. MAMA, orang sihat, baik2 sahaja, jangan risaukan orang, baru 2 kali je jari luka kena pisau, small matter kan MA?


testing je nih, next time boleh ajak kawan2 datang rumah.

resepi laksa mesir :


bahan : bawang besar blend, belacan, sardin mackerel, cili kering blend, garam, serai, asam keping, spaghetti


step : 1. tumis kan bawang besar, belacan, cili kering
         2. masukkan sardin
         3. letak air
         4. masukkan serai, asam keping dan garam secukup rasa



                            bell yg tudung hitam, er style lah. Yg senyum tu hani, sebelah dia lak syera. click photo to enlarge. Housemet orang semua cantik2 MA. haha ;)


ni rumah kitorang. Yang baju purple tu Bel, yang baju hijau tu Hani. MAMA nak tahu? Hani boleh dengar ape yang Bell ngumpat dengan orang kat dlm bilik walaupun jarak kami 5meter + 2meter + 1meter. Hm, macam mana MAMA manage barang2 dapur & rumah setiap bulan supaya tak terlebih budget ha? Baru sekarang orang tahu pening pikir pasal rumah sendiri -____-


MAMA, hari tu orang ada kelas anatomy, profesor tunjuk tengkorak betul. Kan kali ni orang kena belajar pasal nervous system, so kena jugak belajar pasal brain, kepala etc. Orang teringin nak beli tulang2 macam anak kawan MAMA yg dekat India tu. Tapi, mahal lah tulang2 kat sini MA. Selagi ada buku dan internet, takde tulang pun takpe la kan. 


MA, orang tanam serai dengan halia. Tanah beli kat carefour(10 genih je sepaket). Tak tahu lah hidup ke tak. Tapi, kali ni, InsyaAllah orang siram diorang hari2 supaya tak layu macam pokok bunga MAMA. Sorry MA! :D kalau orang nak pergi bercuti jauh sikit minggu depan, boleh kan MA? Nanti orang cerita lagi.

From : your daughter