Wednesday, February 23, 2011

the sad thing is..



I WONDER IF ANYONE IS SECRECTLY IN LOVE WITH ME.



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

....

Saturday, February 19, 2011

Sek Keb Dato Bandar Rasah


First of all aku tak mengharapkan sesape baca post ni. Aku menulis untuk diri sendiri =)


Kali ni aku dedikasikan khas untuk kawan kawan sekolah rendah aku, batch 1998-2003 sk Dato’Bandar Rasah. Walaupun aku tahu takde sorang pun drpd mereka yang akan baca, tp at least kawan baik aku tirahh sudi menjadi stalker sementara aku :p Bukan nak menunjuk ke ape, tapi aku nak pahatkan detik masam manis payau suka duka dalam blog adiwanang ni supaya suatu hari nanti aku boleh baca balik dan kenangan tu tak akan hilang.


Darjah Satu:

Aku ingat nama guru kelas aku masa itu ialah cikgu Sanisah, orangnya kurus mengajar English dan matematik. Dulu dia ada ajar terung dalam English ialah “brinjal” tapi kitorang sebut “benjol” haha aku pun tak tahu apa lawaknya tapi yang pasti satu kelas gelak lepas tu. Balik dari sekolah, mama ngan ayah mesti tanya “hari ni belajar apa?” aku pun jawab hari ni belajar ABC. Setiap hari aku bagi jawapan yang sama. ABC dan ABC sebab malas nak bercerita. Time ni jugak la terasa rajin nak bawa bekal air dalam botol yang cantik tu, pastu letak je bawah meja, suatu hari tersepak botol tu dan air tertumpah, banjir lantai, aku pun tak tahu kenapa aku menangis masa tu, sebok mengelap lantai yang basah sampai cikgu pun marah marah kenapa aku tak focus kat apa yang dia ajar instead of mengelap lantai tanpa henti sampai habis waktu kelas. Mengong je. Oh, aku ingat masa ujian agama islam, ada 5 soalan suai padan, aku tak tahu jawapannya then bantai je lah apa yang patut. Yang bestnya, aku tak expect pun boleh dapat 100 peratus untuk kertas agama tu, dah lah aku sorang je yang score high marks pastu dapat seringgit dari ustazah, perghh kalau lah soalan medic aku main tibai je dapat full marks kan bagus agagaga. Dulu, duit poket aku ada la dalam 50 sen kut, masa first time kat kantin, ada kaunter jual kuih karipap, aku pun duduk je lah kat tepi kaunter tu tapi tak beratur, sampai abes waktu rehat, aku still kat tepi kaunter tu macam orang bodoh tanpa membeli apa apa dan kelaparan sepanjang hari di sekolah, pendek cerita, sebelum tuh aku tak pernah langsung menggunakan duit untuk tujuan membeli kecuali untuk tujuan memasukkan duit ke dalam tabung.




Darjah 2 :

Nama guru kelas puan Josephine. Masa ni, cikgu suruh kitorang buat jadual belajar sendiri tapi aku tak pernah ikut pun jadual tu setakat hanya menjadikannya ia sebagai perhiasan di tepi meja belajar, tapi kalau waktu main memang aku ikut jadual lah kekeke~ oh bila dah nak akhir tahun, dah lepas abes periksa, sumer budak budak akan membawa permainan ke sekolah macam kad terup, batu semban, Barbie doll, saidina dan lain lain. Kalau korang ingat dulu ada satu permainan kad ni namanya “Happy Family” pehh, ni memang feveret game aku masa tu. Aku juga tercalon sebagai pengawas percubaan masa ni, yang bestnya aku menggunakan kuasa aku sebagai pengawas dan menjaga barisan budak LELAKI, pengawas pompan jaga barisan budak pompan la kan patutnya = = at the end, aku tak layak utk menjadi pengawas langsung gyahahaha


Darjah 3 :

Nama guru kelas, Puan Kuna. Ni memang zaman kegemilangan aku dalam bidang akademik terutamanya. Walaupun aku tak lulus ujian PTS masa tu, tapi sekurang kurangnya aku buat rekod jadi student nombor satu untuk batch aku masa tu. Oh aku ada sorang kawan sekelas yang lepas ujian PTS tu, orangnya cantik, tinggi dan sekarang nak amek farmasi, pastu akan fly dalam masa terdekat ni, sangat jeles dengan dia, beruntung sape dapat jadi laki dia, dah lah baik, tapi dia dah ada pakwe la haha. Nama kelas aku mase ni 3 Anggerik(kelas paling corot), kelas paling kemas di antara  24 buah kelas yang terdapat kat sekolah tu. Selalu dapat anugerah “kelas paling tercantik” setiap minggu. Yang bagusnya, bukan setakat budak pompan je yang berusaha mendapatkan anugerah tu, budak laki pun bagi komitmen jugak sebab diorang ikut jadual bertugas dan sesape yang stay back tu selalu sapu kelas walaupun bukan turn dia bertugas untuk hari tu. Mungkin jugak sebab kelas kitorang ada sudut bacaan, haha jadi perhiasan je kut buku buku tu sebab takde sape pun yang menghidupkan sudut bacaan tu. Oh, aku ingat lagi, salah satu peribahasa yang aku belajar masa darjah 3 dan aku ingat sampai sekarang ialah muka tembok. Sebab peribahasa ni ada keluar kat latihan soalan  PTS, dia lukis gamba tembok ngan muka orang. Masa aku jadi calon PTS, terpaksa pindah kelas sementara ke 3 Melor(kelas paling pandai) sebab major calon drpd kelas tu. Tapi aku selalu berbangga jadi kelas 3 Anggerik.

Darjah 4 :

Guru kelas ialah puan Pauziah. Dapat jadi penolong ketua darjah hihihi~ aku paling suka main lawan pemadam, ada satu pemadam bertuah ni memang aku simpan utk bermain, budak laki pun kalah ngan aku wahaha. Aku pun tak tahu kenapa jodoh frenship aku ngan seorang budak non-muslim ni panjang. Kenapa ya? Sebab masa darjah 4 duduk sebelah dia, namanya thaneermalai(lelaki) dan sangat pandai. Aku suka tengok tulisan dia kemas macam computer, sebab dia menulis sambil gunakan pembaris. Kitorang selalu berlumba siapa dapat habiskan latihan pemahaman bahasa melayu dengan cepat dan sampai darjah 6 aku still duduk sebelah dia lagi, thaneer sekarang ada kat KTT, amek a-level, sempat jumpa dia kat KTT sebelum aku fly pergi mesir aritu. Masa ni kira aku dah jadi murid tahap 2, so kena join kokurikulum(koko), tahu aku masuk ape? Haha PBSM aka persatuan berehat sepanjang masa, agak bosan ye dan pbsm memang susah nak menang pertandingan apa apa bila Hari Perkhemahan, kawat lagi la hancus, mesti pengakap je yang conquer.





Darjah 5:

Guru kelas ialah arwah cikgu Badariah, aku nak sangat bercerita pasal cikgu ni tapi nak tutup aib orang yang dah takde dan menghormati beliau sebagai cikgu yang sangat2 aku sayangi masa tu. Waktu ni aku telah dipilih sebagai ketua darjah dan tugas aku ialah mengambil buku register dan kapur di pejabat setiap pagi, mencari cikgu utk masuk ke kelas, mengambil buku latihan di bilik guru, menulis nama murid yang bising di papan hitam sewaktu cikgu takde di kelas dan ungkapan “Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu” sentiasa bermain di bibirku. Ada satu hari ni, aku merajuk dengan kelas aku sebab diorang buat bising dan tak nak dengar arahan aku, tak lama lepas tu satu kelas senyap lepas dengar aku menangis... HAHAHAH! Airmata perempuan mampu menguasai dunia! Rotf. Ohh. Ada cikgu sains kitorang ni namanya cikgu Eau, dia selalu kutip duit daripada budak2 utk membeli buku Rakan Sains, aku suka gila kumpul buku ni sampai penuh meja belajar kat rumah. Tapi yang sedihnya, bila suatu hari anai anai menunjukkan kerakusannya, aku harus akur majalah rakan sains aku terpaksa dibuang utk kebaikan barang2 kayu lain di rumah ni t.t Ada sorang budak yang duduk sebelah aku namanya shahira, orangnya cantik. Dia selalu telefon aku waktu malam utk meminjam buku latihan matematik dari aku SETIAP HARI. Nasib baik rumah kitorang dekat. Oh ada jugak sorang kawan aku  ni Hazza, dia selalu marah aku sebab selalu tido malam awal, pukul 8 mesti aku da tido, yelah, aku biasa siapkan semua kerja sekolah waktu petang, waktu malam memang aku malas nak tengok tv, lebih baik ak tidur. Kekeke~ haaaaa.



 Tahu, aku join group rekoder essemble utk bertanding ke peringkat negeri Sembilan. Antara lagu yang kitorang bawa masa tu ialah Pandang2 Jeling2 ngan Jesnita. Pehh nostlagia dowh lagu lagu nih sumerr. Aku simpan lagi not lagu lagu tuh sebab aku still bermain rekoder sampai sekarang so that aku tak lupa skill main benda ni utk mengisi masa lapang tatkala kesunyian. Kitorang lawan sekolah lain dan selalu dapat johan sebab team kitorang ada cikgu pembimbing yang amat mementingkan muzik, mana tak nya, team rekoder kitorang ada drum ngan 2 keyboard , sama standard macam jamming, tak macam sekolah lain diorang guna rekoder je, paling kretif pun ada kompang.

rekoder ensemble, pesta muzik sekolah negeri sembilan

Darjah 6 :

Banyak sangat cerita dalam tahun ni termasuk konflik persahabatan dan percintaan ceewah! >.<  masa ni baru aku berjumpa dengan kawan baik aku sampai sekarang kami masih lagi menyimpan perasaan antara satu sama lain. Bluekk! Haha Athirah, aku sayang kau weh =) Sebelum aku jumpa ngan minah ni, jujurnya aku mengaku aku seorang yang agak nerd dan pendiam tahap dewa. Bila kamcing ngan Tirah personality aku terus berubah jadi terlebih periang, sengal, poyo dan selalu gelak gelak macam orang gila bila ngan minah ni. Ohh aku ingat masa ni tempat duduk aku diapit oleh 2 orang budak laki iaitu thaneer dan zulfadhli. Zul ni ada hati ngan tirah dulu gyahaha! Aku selalu dengki ngan 2 ekor mamat ni sebab barang diorang macam pensel, pemadam selalu masuk kawasan meja aku, sampai satu hari aku cakap camni “ woih korang, ni kawasan meja aku, letak barang korang kat meja sendiri” wahahaha mak datok garang gila aku, yup mestilah! Aku ketua darjah kut masa tu *bangga* Masa ni aku paham apa maksud couple dan clash tapi sumpah aku tak pernah dapat pun title couple couple nih, lantak lah nak cakap aku kolot ke ape, tapi tipu la kalau aku takde langsung cinta monyet haha aku lebih suka menyebut ia sebagai permulaan kepada persahabatan, sampai sekarang dia ingat aku, sampai sekarang dia still kawan aku, tak lebih tak kurang. Oh. Ada gak lawatan sekolah ke petrosains kut ngan ape tah aku tak ingat. Dan kalau ingat dulu cerita Rosalinda agak popular masa ni. Aku tak tengok pun last episode citer tu sebab terpaksa berkorban pergi first meeting utk persatuan matematik, at the end aku dapat jadi pengerusi persatuan sebab dah takde calon lain, sumer ponteng perjumpaan nak tengok Rosalinda, hampehh  -.-‘ oh aku ada buku biodata, yang dalamnya adalah koleksi personal details kawan kwan, memang jadi trend budak2 masa tu, termasuk juga buku koleksi lagu lagu fofular masa tu macam ‘Ku Bahagia’ by MellyGoeslow dan I’m With You by Avril lavigne. Sebenarnya, tahun 6 ni banyak sangat kenangan yang aku nak tulis kat sini pun rasa ia terlalu personal dan aku lebih suka simpan, kalau ada orang yang bertanya baru aku akan cerita. Banyak sangat berkaitan frenship, pergaduhan dan heart feeling nih sumer. Mungkin lebih baik cerita kat anak cucu.

belakang berdiri : vicknesh, syuhada, marina, shahira, athirah, nadhirah, aflyn, davinaa, munirah, shalini S, nazmi
depan berdiri : hakim, lyana, sharifah, mas, munirah ariffin, kokiela, subha, hazza, lyana azizi, hema, ashwini, shalini P
belakang duduk : vickness, basyar, krishant, ribie, cikgu messiah, asilah, zati, suhaini, ariffah
depan duduk : arwah afiq, zul, hafizi, avinash, arvin, janatharan

Our Hepi Big Big Family, 6 Pintar 2003 ^^ 

Kalau ditanya mana mana orang pun, kau paling suka bila kau kat level mana? Mostly akan cakap masa diorang form 5, form 3, dan tahun 6. Semua tahun akhir bila nak exam besar sebab masa tu semua orang rasa manisnya kita berkawan. Ada ke orang yang takde kawan kat dunia ni? Hidup setiap manusia ada beza, nih pun tak sampai ¼ kisah hidup aku kat sekolah rendah. Oh macam mana aku boleh ingat semua ni? Beb, kenangan beb, mana boleh lupa ;]


ps : dlm kenangan arwah puan badariah dan arwah afiq hadri *al-fatihah
ihsan gambar : group skdbr dan google
gambar kelas gelap, takde scanner ;(

Thursday, February 10, 2011

Mesir to Jeddah to Malaysia

 
okey, aku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Apa yang aku cerita ada beza dengan orang lain tapi ni memang pengalaman aku, aku yang berada di tempat kejadian *macam siyes gila* sebab dah ada pihak atasan bagi amaran jangan cerita benda tipu. sila jadi jujur dan cerita keadaan yang sebenar!

Tahun 2 di alex, terlalu banyak yang berlaku di mesir selama 4 bulan di situ, church kena bom, taufan paling teruk, serangan ikan jerung di shamel sheikh seminggu lepas aku bercuti di situ, kematian pelajar tahun tiga dan terbaru rusuhan rakyat mesir yang sepakat utk menjatuhkan pemimpin diorang. Nasib baik sempat abes sem, sempat jugak jawab final exam. Kesian senior sebab diorang tak habes exam lagi. Aku tak menduga yang mesir akan ditimpa musibah sebegini (Egypt Revolution) dan kitorang terperangkap sama ada rela atau terpaksa kena terima hakikat yang status pelarian tu dah termaktub dalam sejarah hidup setiap daripada rakyat malaysia yang berada di mesir masa tu. alex takde lah teruk mana pun, setakat rusuhan, bunyi tembak tembak tu benda biasa je ngiahahaha. ohh aku memang barann ah sape yang menyebarkan fitnah pasal real situation in egypt especially akhbar tempatan, wohh bila masa air mineral kat airport cecah beratus "ringgit"?? beratus duet genih ade arhh. And isu politik jugak dikaitkan dalam misi evacuation kitorang. okeyh, pasni aku post pasal politik pulak. = =

kawasan asrama mara dekat dengan bank bank. so pihak tentera telah meletakkan dua bijik kereta kebal kat kawasan tu untuk mengelakkan rompakan bersenjata. nampak kereta kebal je aku dah cuak. haha


27 januari- 
Pagi buta -rusuhan di cairo diketahui melalui video di facebook
Malam- tiada internet akses. Facebook tak boleh dibuka untuk menghalang komunikasi rusuhan.

28 januari- 
Pagi-kehadiran rakan di rumah: rusuhan masih lagi berlaku. Tiada line telefon.
Malam- ingin pergi ke carefour: jalan raya kosong dan sunyi. Kedai tidak dibuka. Orang ramai berjalan menuju ke arah satu tempat. Tiada teksi. Orang arab menghalangi kami pergi ke carefour. Dalam perjalanan ke rumah dengar bunyi mercun dan bunga api

jalanraya yang agak lengang. keadaan dah tak sama macam dahulu. dulu boleh kluar pergi kedai sorang, tapi sekarang courage dah hilang, nak pergi mana mana pun dah terpikir nak carik mushrif(teman lelaki). sume sebab berita banduan terlepas. haiyoohhh

29 januari- 
Pagi- parlimen dibubarkan, anak hosni Mubarak melarikan 10 beg besi ke luar negara, carefour telah dibakar, bunyi mercun itu sebenarnya adalah bunyi tembakan, larangan perintah berkurung(curfew) pada waktu 4 ptg sehingga 8 pagi, connection internet tiada, line telefon ada, kematian di cairo seramai 95 org,  dan di alex seramai 23 org, polis tidak berkuasa, hanya tentera yang ada kuasa. Banduan telah lari, keretapi diterbalikkan
Malam- diberitahu langkah berjaga jaga. Tutup lampu pada waktu malam, kejadian rompakan telah berlaku. Segerombolan perompak terdapat di Ibrahimia. Diarahkan menakung air dikhuatiri bekalan air diputuskan.

30 januari- 
Pagi(12.30pg)- dikejutkan dengan berita kehilangan 3org dan seorang mati (disyaki warga tempatan sekitar mansoura, tanta- ni berita tak betul, buat cuak aje dah tuh kacau tido aku haihh = =)
Mendengar bunyi tembakan dari arah laut, bunyi bising. Pelajar2 perempuan diarahkan berkumpul di 3 tempat. Aku dan ahli rumah mencari perlindungan di asrama  mara.
8 pagi – packing. mengambil keputusan tinggal di asrama mara sementara.Walid tidak membenarkan mana mana pelajar pergi ke Europe. Semua penerbangan ke Europe dibatalkan. Mendengar ura ura Malaysia ingin membawa pelajar pulang ke Malaysia. 6 ribu banduan telah terlepas. Melihat balai polius terbakar teruk. Kereta kebal berkawal di sekitar kawasan asrama yang berdekatan dengan bank. Mendengar cerita telah ada rompakan bersenjata di bank. Rakyat berbaringan di atas landasan keretapi selama 2jam.
Malam- mendengar ramai pelajar tersangkut di airport kerana penerbangan di batalkan, mereka tidak dibenarkan keluar daripada airport melainkan membeli tiket ke Malaysia.  Perjalanan darat dari alex ke cairo airport tidak selamat. Rakan menghadapi kesulitan seperti melihat banduan yang terlepas mengejar dan memanjat van. Tentera terdekat menembak banduan tersebut. Gilaaaaaaaa*


31 januari – 
pagi : curfew dipanjangkan masa dari 12 tghari sehingga 8 pagi. Mendengar berita salah satu airport alex telah dibakar. Keadaan di alex menghampiri orange zone. Stesen bas terbakar. Makanan di mesir bertahan selama sebulan. kemungkinan berlaku perang saudara. Pelajar Malaysia Cairo diarah pulang ke Malaysia.

2 feb-
Proses evakuasi pelajar dari mesir ke jeddah. Kedai banyak dibuka tapi masih dengar rusuhan. Everytime lepas solat zohor diorang akan kumpul memprotes especially after solat jumaat.

3 feb -
kemunculan 2 puak. Pro kerajaan(penyokong hosni mubarak) dan anti mubarak.

masa nak balik mesia, time aku ada dalam bape ribu orang tah. tak ingat tapi kitorang naik flight arab saudi yang disponsor. kira aku bernasib baiklah naik flight 5star kutt haha! ohh. see my boarding pass nama budak laki okeyhh, yelahh nak bagi sorang sorang ikut nama memang alamat delayed ah flight nak balik mesia, random je nihh.

4 feb-
aku bergerak ke jeddah dari alex naik pesawat TUDM charlie. oh em gee. sumpah cool gila tapi dah lama lama tu lenguh gila kaki ni, tapi aku bantai tido jek, pe kesahh haha. Tinggal di asrama tabung haji, jeddah. Jumpa sangat ramai kawan dari jasin tak kurang jugak dari batu pahat. suka duduk situ sebab makanan disponsor abes dan sangat sedap. Sebab makanan je, yang lain lain bosan gilaaaa, tak dapat network! kalau dulu tido sebab penat belajar, masa kat jeddah lak penat sebab tido banyak hu hu

kan ada pegawai TUDM kan, sangat cool! even diorang punye unifom macam mekanik tapi nampak smart. terus terus suka dengan lelaki yang memakai unifrom haha. ada jugak sorang kakak yang terlibat dalam misi ni.sangat jakun *maybe aku sorang je kut yang jakun haha
6 feb-
birthday aku hi hi. daripada 9 orang yang plan nak gi paris, last last tinggal aku ngan aiffa jek kat jeddah t.t patutnya sambut birthday kat itali but then sambut kat jeddah, Allah knows the best and he is the most perfect planner. Mungkin kalau aku pergi ke itali, aku tak cukup duet nak balik mesia semula, or else, macam sape tah cakap, kalau kitorang pergi sana laki pompan might be among us ada yang 'tercouple' ke haha. Ya, betul cakap diorang, Allah nak pelihara kami. aku sangat touching bila someone cakap camtu dan sedih. :(
but then dapat gak hadiah drpd ibah, tikapad ngan hafsah, ohh aiffa belanja baskin robbin :DD tenkiuuu

asrama tabung haji jeddah, macam rumah panjangg!

9 feb-
10 pagi tiba di malaysia. special thanks to M'sian government, Mara, supercool TUDM, tabung haji Jeddah, Saudi arabian airlines for making our emergency exit runs smoothly. and ops piramid? apekahh?? -___-"


mesin atm drive thru!! :D yahh, during my short stay in jeddah, ada la sikit sikit yang aku tahu pasal org arab kat situ. Biasa kedai banyak tutup dari zohor hingga ke asar. Perempuan kat sana bila nak keluar jalan jalan di sekitar tempat umum akan berpakaian jubah serta pudah hitam. kalau pakai benda lain kompem kena pandang pelik dengan orang arab lain.ohh, diorang yang lelaki memang suka pakai jubah putih plus crown kat atas kepala yang macam yasir arafat pakai tuhh. currency dia dalam riyal lebih kurang sama nilai macam duet ringgit, tapi kita lagi tinggi nilainya, and matawang egyptient pound sangat2 jatuh sekarang, nak tukar kepada ringgit pun rasa rugi yang amat kebesaran yee.


ya ya ya, orang luar tak tahu betapa istilah "we help each other and share our food together" itu benar benar berlaku masa darurat tu. Masa tu rasa persahabatan sangat kuat, masing masing penat berfikir cara nak balik malaysia. Sebulan penat pikir pasal nak gi paris, and then pikir pasal nak exam, lastly pikir pasal revolution nih. siyess penaaaaaatt! ramai yang terkilan tak dapat pergi paris, tapi aku dah boleh terima hakikat, but then bila tengok gambar budak budak yang gi melancong, tipu lah kalau tak rasa jeles langsung, tapi Allah itu sebaik baik perancang. Oh, aku juga sedar ramai gila orang luar yang caring pasal aku, penuh wall facebook aku, and terharu juga ada pihak yang sanggup call aku directly from malaysia semata mata nak tanya keadaan aku kat mesir, kantoi sayang aku miahahaha selain mama yang setiap hari call, tapi bila dah sampai jeddah tu, tahap keselamatan pelajar dah semakin meningkat. Aku bercuti tak rasmi for an infinity period, tak tahu bila kelas akan start balik. hopefully, aku dapat teruskan belajar di mesir semula. aku nak jadi doktor weeyhhh.! 

 oh ni masa kat sutuh asrama mara, top floor kat tangki air, kitorang panjat utk melihat sekitar alex. oppss, jangan beritahu walid!! haha ;p

ohh others pictures boleh buka kat sini balai lukisan :)
thanks for reading, penat tau i update, later i nak baca blog orang lain plak. he he ;p