Thursday, February 10, 2011

Mesir to Jeddah to Malaysia

 
okey, aku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Apa yang aku cerita ada beza dengan orang lain tapi ni memang pengalaman aku, aku yang berada di tempat kejadian *macam siyes gila* sebab dah ada pihak atasan bagi amaran jangan cerita benda tipu. sila jadi jujur dan cerita keadaan yang sebenar!

Tahun 2 di alex, terlalu banyak yang berlaku di mesir selama 4 bulan di situ, church kena bom, taufan paling teruk, serangan ikan jerung di shamel sheikh seminggu lepas aku bercuti di situ, kematian pelajar tahun tiga dan terbaru rusuhan rakyat mesir yang sepakat utk menjatuhkan pemimpin diorang. Nasib baik sempat abes sem, sempat jugak jawab final exam. Kesian senior sebab diorang tak habes exam lagi. Aku tak menduga yang mesir akan ditimpa musibah sebegini (Egypt Revolution) dan kitorang terperangkap sama ada rela atau terpaksa kena terima hakikat yang status pelarian tu dah termaktub dalam sejarah hidup setiap daripada rakyat malaysia yang berada di mesir masa tu. alex takde lah teruk mana pun, setakat rusuhan, bunyi tembak tembak tu benda biasa je ngiahahaha. ohh aku memang barann ah sape yang menyebarkan fitnah pasal real situation in egypt especially akhbar tempatan, wohh bila masa air mineral kat airport cecah beratus "ringgit"?? beratus duet genih ade arhh. And isu politik jugak dikaitkan dalam misi evacuation kitorang. okeyh, pasni aku post pasal politik pulak. = =

kawasan asrama mara dekat dengan bank bank. so pihak tentera telah meletakkan dua bijik kereta kebal kat kawasan tu untuk mengelakkan rompakan bersenjata. nampak kereta kebal je aku dah cuak. haha


27 januari- 
Pagi buta -rusuhan di cairo diketahui melalui video di facebook
Malam- tiada internet akses. Facebook tak boleh dibuka untuk menghalang komunikasi rusuhan.

28 januari- 
Pagi-kehadiran rakan di rumah: rusuhan masih lagi berlaku. Tiada line telefon.
Malam- ingin pergi ke carefour: jalan raya kosong dan sunyi. Kedai tidak dibuka. Orang ramai berjalan menuju ke arah satu tempat. Tiada teksi. Orang arab menghalangi kami pergi ke carefour. Dalam perjalanan ke rumah dengar bunyi mercun dan bunga api

jalanraya yang agak lengang. keadaan dah tak sama macam dahulu. dulu boleh kluar pergi kedai sorang, tapi sekarang courage dah hilang, nak pergi mana mana pun dah terpikir nak carik mushrif(teman lelaki). sume sebab berita banduan terlepas. haiyoohhh

29 januari- 
Pagi- parlimen dibubarkan, anak hosni Mubarak melarikan 10 beg besi ke luar negara, carefour telah dibakar, bunyi mercun itu sebenarnya adalah bunyi tembakan, larangan perintah berkurung(curfew) pada waktu 4 ptg sehingga 8 pagi, connection internet tiada, line telefon ada, kematian di cairo seramai 95 org,  dan di alex seramai 23 org, polis tidak berkuasa, hanya tentera yang ada kuasa. Banduan telah lari, keretapi diterbalikkan
Malam- diberitahu langkah berjaga jaga. Tutup lampu pada waktu malam, kejadian rompakan telah berlaku. Segerombolan perompak terdapat di Ibrahimia. Diarahkan menakung air dikhuatiri bekalan air diputuskan.

30 januari- 
Pagi(12.30pg)- dikejutkan dengan berita kehilangan 3org dan seorang mati (disyaki warga tempatan sekitar mansoura, tanta- ni berita tak betul, buat cuak aje dah tuh kacau tido aku haihh = =)
Mendengar bunyi tembakan dari arah laut, bunyi bising. Pelajar2 perempuan diarahkan berkumpul di 3 tempat. Aku dan ahli rumah mencari perlindungan di asrama  mara.
8 pagi – packing. mengambil keputusan tinggal di asrama mara sementara.Walid tidak membenarkan mana mana pelajar pergi ke Europe. Semua penerbangan ke Europe dibatalkan. Mendengar ura ura Malaysia ingin membawa pelajar pulang ke Malaysia. 6 ribu banduan telah terlepas. Melihat balai polius terbakar teruk. Kereta kebal berkawal di sekitar kawasan asrama yang berdekatan dengan bank. Mendengar cerita telah ada rompakan bersenjata di bank. Rakyat berbaringan di atas landasan keretapi selama 2jam.
Malam- mendengar ramai pelajar tersangkut di airport kerana penerbangan di batalkan, mereka tidak dibenarkan keluar daripada airport melainkan membeli tiket ke Malaysia.  Perjalanan darat dari alex ke cairo airport tidak selamat. Rakan menghadapi kesulitan seperti melihat banduan yang terlepas mengejar dan memanjat van. Tentera terdekat menembak banduan tersebut. Gilaaaaaaaa*


31 januari – 
pagi : curfew dipanjangkan masa dari 12 tghari sehingga 8 pagi. Mendengar berita salah satu airport alex telah dibakar. Keadaan di alex menghampiri orange zone. Stesen bas terbakar. Makanan di mesir bertahan selama sebulan. kemungkinan berlaku perang saudara. Pelajar Malaysia Cairo diarah pulang ke Malaysia.

2 feb-
Proses evakuasi pelajar dari mesir ke jeddah. Kedai banyak dibuka tapi masih dengar rusuhan. Everytime lepas solat zohor diorang akan kumpul memprotes especially after solat jumaat.

3 feb -
kemunculan 2 puak. Pro kerajaan(penyokong hosni mubarak) dan anti mubarak.

masa nak balik mesia, time aku ada dalam bape ribu orang tah. tak ingat tapi kitorang naik flight arab saudi yang disponsor. kira aku bernasib baiklah naik flight 5star kutt haha! ohh. see my boarding pass nama budak laki okeyhh, yelahh nak bagi sorang sorang ikut nama memang alamat delayed ah flight nak balik mesia, random je nihh.

4 feb-
aku bergerak ke jeddah dari alex naik pesawat TUDM charlie. oh em gee. sumpah cool gila tapi dah lama lama tu lenguh gila kaki ni, tapi aku bantai tido jek, pe kesahh haha. Tinggal di asrama tabung haji, jeddah. Jumpa sangat ramai kawan dari jasin tak kurang jugak dari batu pahat. suka duduk situ sebab makanan disponsor abes dan sangat sedap. Sebab makanan je, yang lain lain bosan gilaaaa, tak dapat network! kalau dulu tido sebab penat belajar, masa kat jeddah lak penat sebab tido banyak hu hu

kan ada pegawai TUDM kan, sangat cool! even diorang punye unifom macam mekanik tapi nampak smart. terus terus suka dengan lelaki yang memakai unifrom haha. ada jugak sorang kakak yang terlibat dalam misi ni.sangat jakun *maybe aku sorang je kut yang jakun haha
6 feb-
birthday aku hi hi. daripada 9 orang yang plan nak gi paris, last last tinggal aku ngan aiffa jek kat jeddah t.t patutnya sambut birthday kat itali but then sambut kat jeddah, Allah knows the best and he is the most perfect planner. Mungkin kalau aku pergi ke itali, aku tak cukup duet nak balik mesia semula, or else, macam sape tah cakap, kalau kitorang pergi sana laki pompan might be among us ada yang 'tercouple' ke haha. Ya, betul cakap diorang, Allah nak pelihara kami. aku sangat touching bila someone cakap camtu dan sedih. :(
but then dapat gak hadiah drpd ibah, tikapad ngan hafsah, ohh aiffa belanja baskin robbin :DD tenkiuuu

asrama tabung haji jeddah, macam rumah panjangg!

9 feb-
10 pagi tiba di malaysia. special thanks to M'sian government, Mara, supercool TUDM, tabung haji Jeddah, Saudi arabian airlines for making our emergency exit runs smoothly. and ops piramid? apekahh?? -___-"


mesin atm drive thru!! :D yahh, during my short stay in jeddah, ada la sikit sikit yang aku tahu pasal org arab kat situ. Biasa kedai banyak tutup dari zohor hingga ke asar. Perempuan kat sana bila nak keluar jalan jalan di sekitar tempat umum akan berpakaian jubah serta pudah hitam. kalau pakai benda lain kompem kena pandang pelik dengan orang arab lain.ohh, diorang yang lelaki memang suka pakai jubah putih plus crown kat atas kepala yang macam yasir arafat pakai tuhh. currency dia dalam riyal lebih kurang sama nilai macam duet ringgit, tapi kita lagi tinggi nilainya, and matawang egyptient pound sangat2 jatuh sekarang, nak tukar kepada ringgit pun rasa rugi yang amat kebesaran yee.


ya ya ya, orang luar tak tahu betapa istilah "we help each other and share our food together" itu benar benar berlaku masa darurat tu. Masa tu rasa persahabatan sangat kuat, masing masing penat berfikir cara nak balik malaysia. Sebulan penat pikir pasal nak gi paris, and then pikir pasal nak exam, lastly pikir pasal revolution nih. siyess penaaaaaatt! ramai yang terkilan tak dapat pergi paris, tapi aku dah boleh terima hakikat, but then bila tengok gambar budak budak yang gi melancong, tipu lah kalau tak rasa jeles langsung, tapi Allah itu sebaik baik perancang. Oh, aku juga sedar ramai gila orang luar yang caring pasal aku, penuh wall facebook aku, and terharu juga ada pihak yang sanggup call aku directly from malaysia semata mata nak tanya keadaan aku kat mesir, kantoi sayang aku miahahaha selain mama yang setiap hari call, tapi bila dah sampai jeddah tu, tahap keselamatan pelajar dah semakin meningkat. Aku bercuti tak rasmi for an infinity period, tak tahu bila kelas akan start balik. hopefully, aku dapat teruskan belajar di mesir semula. aku nak jadi doktor weeyhhh.! 

 oh ni masa kat sutuh asrama mara, top floor kat tangki air, kitorang panjat utk melihat sekitar alex. oppss, jangan beritahu walid!! haha ;p

ohh others pictures boleh buka kat sini balai lukisan :)
thanks for reading, penat tau i update, later i nak baca blog orang lain plak. he he ;p

No comments: