Thursday, March 24, 2011

New Egypt

selamat sampai di sini err bape aribulan tah. walaupun turun kat airport cairo tapi dah ada org yang sediakan bas utk kitorang budak2 mara ni balik alex. ak expect mesir berubah sikit, well ada kot nampak bersih berbanding ngan sebelum ni ouhh yang bersih tu masa still kat dalam kawasan airport haha masih ada sampah sarap bersepah, yelah kalau diorang bergotong royong bersihkan kawasan sekitar sampai hilang segala debu dan pasir tapi tabiat suka buang membuang sampah merata rata tak diubah sama je, kotor jugak. ni kelemahan org arab mesir, agak pengotor = =


nampak tak pintu masuk carefour yang di sealed dengan besi, so jadiklah kecik laluan masuknya. sesape yang nak masuk carefour kena scan dulu, macam scan kat airport tu haha ada nampak banyak kedai yang jual barang2 mahal ditutup, ada cermin kedai pecah, maybe masa riot aritu kena rompak kot

yang bulat merah tu tentera yang ditugaskan berkawal dekat carefour bila waktu malam, gambar shaking sebab errr cuak kot nak ambik gambar terang terangan, entah tetibe kena tahan ke ngan diorang tak pasal pasal, err polis tak berkuasa lagi kan, even ada tentera je sekarang yg mengawal keselamatan but still aku rasa tak cukup aman lagi mesir ni haha
yang lain lain semua oke je, makanan oke, air pun oke cuma aku ada perasan satu benda ni, rakyat mesir semakin sayangkan negara diorang. Aku balik naik teksi aritu pun ada org sukarela kawal trafik, dia pakai baju tulisan "i love egypt". Dekat kereta pun diorang cat tulis macam tu plus ada lukisan bendera kat mana mana dinding kosong yang terdapat kat alex ni, aku rasa ni sume kesan rusuhan aritu, maybe ni macam kemerdekaan baru utk negara mesir ni. Aku harap tabiat buruk diorang berubah yang pasal sampah2 ni, malu dowh negara islam tapi kotor, bersyukur kot duduk malaysia! haha

Saturday, March 19, 2011

*Your Crush Is Online*

you're waiting for him to buzz you first

still waiting

but then you decided that you'll buzz him first

then you see the sign "insert name here" is offline

***

Tuesday, March 15, 2011

Hilang Ingatan


Selalu tengok drama kat tv, hero atau heroin akan hilang ingatan sebab accident, sebab terhantuk kat mana mane entah, tak pun kena kena pukul kat kepala. Pastu ada banyak kesudahan antaranya :

1. Sipolan tu akan hilang segala memory dia termasuk lupa identity diri, tak ingat orang lain seolah olah dia baru sahaja dilahirkan ke dunia dan biasanya jalan cerita macam ni jadi sad ending.

2. Sipolan tu hilang ingatan sementara tetapi akan ingat balik jika dia mengalami kejutan seperti terhantuk balik ke(macam dalam citer Rosalinda), ataupun ada orang lain cuba citer peristiwa dulu macam bila dia ulang ayat yang sama, pastu tetibe je Sipolan tu gain dia punya memory balik, tak pun bila Sipolan terjumpa objek/surat cinta yang mengingatkan dia semula tentang kisah dolu dolu.

3. Sipolan yang berumur 30 tahun contahnya, hilang ingatan mengikut jangkamasa seperti lepas accident dia koma pastu tak ingat peristiwa yang berlaku semasa dia berumur 18 tahun dan ke atas, maksudnya selepas koma Sipolan rasa dia masih lagi remaja walaupun pada hakikatnya dia telah berkahwin dan mempunyai anak(macam dalam citer Secret Garden tapi hero tak kawin lagi la)

4. Sipolan hilang ingatan mengenai perkara yang buruk sahaja contoh macam kalau sebelum dia accident tu dia gaduh ngan awek/balak dia ke, pastu bila sedar dari koma dia ingat orang lain tapi tak ingat langsung kat awek/balak dia. Ni biasanya sangat tragis sebab Sipolan kehilangan memori dia bercinta dengan pasangan dan boleh jadi Sipolan jatuh cinta dengan orang lain kalau nak dijadikan cerita(macam dalam citer Boys Over Flower)


Aku ada buat research kat google pasal hilang ingatan ni. Tapi aku jumpa yang hilang ingatan sementara je, tu pun dia lupa identity dia sekejap/dia tak ingat dia kat mana tapi lepas beberapa jam dia punya memory recover balik(amnesia). Aku tak pernah jumpa lagi orang yang hilang seluruh ingatan kecuali yang biasa kita jumpa kalau orang tu ada penyakit  mudah lupa ke, Alzheimer ke, ni biasa untuk orang tua tua yang dah nyanyok tu, acceptable la jugak.


Kalau dalam drama doktor2 selalu cakap “dia mengalami pendarahan yang teruk di dalam otak” >> so dia hilang ingatan akibat kecederaan otak. Tapikan yang biasa kita dengar pasal pendarahan otak ni kalau orang tu ada strok(angin ahmar), pesakit tu susah nak bercakap dan mulut dia jadi senget sebelah huhu. Kita pun tahu otak kita ni ada arteri dengan vein di mana darah membekalkan nutrient & oksigen kepada neuron(cell otak), kalau ada pendarahan(biasanya kat arteri) nanti akan menyebabkan kematian cell neuron kat beberapa bahagian otak. Bila sesetengah cell otak mati susah la, camtu boleh la kita minum susu sustegen untuk membantu perkembangan dan menghubungkan cell cell otak macam dlm iklan tu, yeay~! :D

Bayangkan perasaan orang yang hilang ingatan tu, mesti dia tertanya siapa diri dia yang sebenarnya dulu, baik ke jahat ke. Kalau ramai yang menangis sebab dia loss memory, maksudnya dia memang banyak buat baik kat orang sekeliling dan sebaliknya. Kalau aku hilang ingatan, mesti ramai yang sedih wahahaha *perasan baik


Kesimpulannya, pakailah topi dan tali pinggang keledar. Topi keledar direka tidak meletakkan “untuk mengelakkan kepala daripada pecah” sebagai fungsi utama. Ofkoz la nak lindungi tengkorak daripada retak. Tapi kalau tempurung kepala bukan kelapa retak, tak semestinya bagi kesan serius kat otak melainkan kalau retakan tu menekan tisu otak kat dalam, ni boleh mencederakan otak. Ia dicipta untuk mengelakkan kecederaan otak yang boleh menyebabkan kematian atau handicap. Ingatlah orang yang tersayang.

Thursday, March 10, 2011

Difference Between Men and Women

Names

If Mary, Susan, Claire and Barbara go out for lunch, they will call each other Mary, Susan, Claire and Barbara.
If John, Brad, Tony and Danial go out, they will affectionately refer to each other as Bruno, Scrappy, Peanut-Head and Godzilla

hensemnyaa ~~ *wink2*

Eating Out

When the bill arrives, John, Brad, Tony and Danial will each throw in $20 even though total is only $34.25. None of them will have smaller bills and none will admit they want change back.
When Mary, Susan, Claire and Barbara get their bill, out come the pocket calculators.

Money

A man will pay $10 for a $5 item he needs
A woman will pay $5 for a $10 item that she doesnt need, because its on sale

Bathrooms

A man has five items in his bathrooms : a toothbrush, razor, shaving cream, a bar of soap and a towel from motel.
The average number of items in a woman's bathroom is 328. The average man would not be able to identify most of them.

Arguments

Woman always have the last word in an argument. Anything a man adds after that is the beginning of a new argument. wahahah

Cats

Women love cats.
Men may say they love cats, but when women are not looking, men will kick cats.

Future

a woman worries about the future - until she gets a husband
a man never worries about the future - until he gets a wife

Marriage

a woman marries a man expecting he will change, but he doesnt,
a man marries a woman expecting that she wont change and she does.

Dressing Up

a woman will dress up when she goes to shopping, empties the garbage, answers the phone, waters the plants, gets the mail and reads book
a man will dress up for weddings and work

Natural

Men wake up looking as good as when they went to bed.
women will somehow deteriorate during the night


-just for laugh-
 happy women's day :)  

Wednesday, March 9, 2011

t.u.d.u.n.g


 Nasihat Imam Al- Ghazali



1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.



Aku rasa inferior bila tengok ramai perempuan bertudung labuh standard budak lepasan maahad atau sekolah agama. First impression bila tengok diorang ofkoz ilmu agama tip top, tak pandang lelaki, suara lembut bila bercakap, pandai menjahit dan memasak, boleh berdakwah, hati bersih, suka buat perkara sunat dan sopan. Ni memang ciri ciri wanita idaman semua lelaki sebab diorang dah tak perlu nak susah susah bimbing isteri. Ya, jangan menilai buku dengan kulitnya, tapi memang aku selalu hormat diorang ni pun atas sebab ilmu diorang yang tinggi huhu t.t 





"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".......( Al-Ahzaab 33:59 )

aku tachycardia baca ayat atas ni -__-


Sunday, March 6, 2011

10 Bandar Mati Yang Menakutkan

1. KOLMANSKOP di Selatan Namibia

Kolmanskop adalah sebuah kota mati di selatan Namibia, beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz. Di tahun 1908 Luderitz mengalami demam berlian, dan orang-orang kemudian menuju ke padang pasir Namib untuk mendapatkan kekayaan dengan mudah. Dalam dua tahun terciptalah sebuah kota yang megah lengkap dengan segala prasarananya seperti kasino, sekolah, rumah sakit, juga dengan bangunan tempat tinggal yang eksklusif yang berdiri di atas tanah yang dulunya tandus dan merupakan padang pasir.





Tetapi setelah perang dunia pertama, jual beli berlian menjadi terhenti, ini merupakan permulaan berakhirnya semuanya. Sepanjang tahun 1950 kota mulai ditinggalkan, pasir mulai meminta kembali apa yang menjadi miliknya. Papan metal yang kukuh roboh, kebun yang cantik dan jalanan yang rapi dikubur dibawah pasir, jendela dan pintu bergeretak pada setiap engselnya, kaca-kaca jendela terpecah dan seperti menunjukan kehancuran pada hamparan pasir yang menjulang.

Sebuah kota mati baru telah dilahirkan, sampai saat ini masih nampak sepasang bangunan yang berdiri, juga terdapat bangunan seperti sebuah teater masih dalam kondisi yang sangat baik, dan sisanya, rumah-rumah tersebut hancur digerus pasir dan menjadi deretan rumah-rumah hantu yang menakutkan.

2. PRYPIAT terletak di Ukraine 
Prypiat adalah sebuah kota besar di daerah terasing di Ukraine Utara, merupakan daerah perumahan para pekerja kawasan nuklearr Chernobyl. Kawasan ini mati sejak terjadinya bencana nuklear Chernobyl yang menelan hampir 50000 jiwa. Setelah kejadian, lokasi ini seperti sebuah museum, menjadi bagian dari sejarah Soviet. Bangunan apartement, kolam renang, rumah sakit, dan banyak bangunan yang lain hancur. Dan semua isi yang terdapat dalam bangunan tersebut dibiarkan ada di dalamnya, seperti TV, mainan anak-anak, barang berharga, pakaian dan lain-lain semua seperti kebanyakan milik keluarga-keluarga pada umumnya.







Penduduk hanya boleh mengambil dokumen penting, buku dan pakaian yang tidak terkontaminasi oleh nuklear. Namun sejak abad 21, tidak lagi ada barang berharga yang tertinggal, bahkan tempat duduk tandas pon dibawa oleh para perompak, banyak dari bangunan yang isinya di curi dari tahun ke tahun. Bangunan yang tidak lagi terjaga, dengan atap yang bocor, dan bagian dalam bangunan yang menakung air di musim hujan, semakin membuat kota tersebut benar-benar menjadi kota mati. Kita boleh melihat pohon yang tumbuh di atap rumah, pohon yang tumbuh di dalam rumah.

3. SAN ZHI di Utara Taiwan
Sebuah kampung yang futuristic, pada awalnya dibangun sebagai sebuah tempat peristirahatan yang mewah bagi orang kaya. Bagaimanapun, setelah terjadi banyak kecelakaan yang membawa maut pada masa pembangunannya akhirnya projek tersebut dihentikan. Setelah mengalami kesulitan dana dan kesulitan para pekerja yang mahu mengerjakan projek tersebut akhirnya pembangunan resort tersebut benar-benar dihentikan ditengah jalan. Desas-desus kemudian bermunculan, banyak yang bilang kawasan kampung tersebut menjadi tempat tinggal para hantu, mereka yang sudah meninggal.







4. AGDAM berada di Azerbaijan

Kota besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai 150000 orang. Namun kemudian hilang setelah pada tahun 1993 sepanjang perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak secara langsung menjadi asa peperangan, namun kota ini tetap mendapatkan kesan dari perang tersebut, dengan menjadi korban dari sikap para Armenians yang menghancurkan kota tersebut. Bangunan-bangunan di musnah dan akhirnya ditinggalkan penghuninya, hanya peninggalan masjid-masjid yang masih utuh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke area lain, seperti ke Iran.

5. Varosha
Varosha adalah sebuah daerah yang tidak diakui oleh republic Cyprus Utara. Sebelum tahun 1974 Turki menyerang Cyprus, daerah ini merupakan daerah pelancongan modern di kota Famagusta. Pada tiga dekad terakhir, kota ini ditinggalkan dan menjadi kota mati. Di tahun 1970-an, kota ini menjadi kota tujuan pelancongan utama di Cyprus. Untuk memberikan pelayanan yang memuaskan kepada para pelancong, kota ini membangun berbagai bangunan mewah dan hotel.



Ketika tentara Turki menguasai daerah tersebut, mereka menjaga dan memagari daerah tersebut, tidak boleh ada yang keluar masuk kota tersebut tanpa izin dari tentara Turki dan tentara PBB. Rencana untuk kembali mengembalikan Varosha ke tangan kendali Yunani, namun rencana tersebut tidak pernah terwujud. Hampir selama 34 tahun kota tersebut dibiarkan dan tidak ada perbaikan. Perlahan bangunan-bangunan tersebut hancur, metal mulai berkarat, jedela pecah, dan akar-akar tumbuhan menembus dinding dan pejalan kaki. Kura-kura bersarang di pantai yang ditinggalkan. Di tahun 2010 Pemerintahan Turki berhasrat untuk membuka kembali Varosha untuk para pelancong dan kota kembali boleh didiami dan akan menjadi salah satu kota yang paling berpengaruh di utara pulau

6. CRACO di Itali 
Craco terletak didaerah Basilicata dan provinsi Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Kota pertengahan ini mempunyai area yang khas dengan dipenuhi bukit yang berombak-ombak dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya. Ditahun 1060 ketika kepemilikan tanah Craco dimiliki oleh Arnaldo pimpinan Tricarico. Hubungan yang berjalan lama dengan gereja membawa pengaruh yang banyak kepada seluruh penduduk. Di tahun 1891 populasi penduduk Craco lebih dari 2000 orang, waktu itu mereka banyak dilanda permasalahan social dan kemiskinan yang banyak membuat mereka putus asa, antara tahun 1892 dan 1922 sekitar 1300 orang pindah ke Amerika Utara. Keadaaan pertanian yang buruk ditambah dengan bencana alam gempa bumi, tanah longsor serta peperangan inilah yang menyebabkan mereka berpindah



7. ORADOUR-SUR-GLANE di Perancis
Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis menunjukan sebuah keadaan keadaan yang sangat mengerikan. Selama perang dunia ke II, 642 penduduk dibantai oleh tentara Jerman sebagai bentuk pembalasan atas terhadap perlakuan Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di Oradour Sul Glane tapi akhirnya mereka menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944. menurut kesaksian orang-orang yang selamat, penduduk laki-laki dimasukan kedalam sebuah gudang dan tentara jerman menembak kaki mereka sehingga akhirnya mereka mati secara pelan-pelan. Wanita dan anak-anak yang dimasukan ke dalam gereja, akhirnya semua mati tertembak ketika mereka berusaha keluar dari dalam gereja. Kampung tersebut benar-benar dihancurkan tentara Jerman waktu itu. Dan sampai saat ini reruntuhan kampung tersebut masih berdiri dan menjadi saksi betapa kejamnya peristiwa yang terjadi saat itu. 







8. GUNKANJIMA di Jepun



Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tak berpenghuni di Nagasaki Daerah pentadbiran Jepon, sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini juga dikenal sebagai “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 ketika suatu perusahaan (Mitsubishi) membeli pulau tersebut dan memulai projek untuk mendapatkan arang batu dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Di tahun 1916 mereka membangun konkrit besar yang pertama di pulau tersebut, sebuah blok apartemen dibangun untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan.



Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut meningkat, kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan pulau, sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia.

Ketika minyak tanah menggantikan arang batu tahun 1960, lombong arang batu mulai ditutup, tidak terkecuali di Gunkan Jima, di tahun 1974 Mitsubishi secara resmi mengumumkan penutupan lombong tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut. Pada tahun 2003 pulau ini dimbil sebagai setting film “Battle Royal II” dan mengilhami sebuah game popular “Killer7”.

9. KOWLOON WALLED CITY 

Kota besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Dulunya diduduki oleh Jepun selama perang dunia II, yang kemudian diambil alih oleh penduduk asing setelah Jepun menyerah. Pemerintahan Inggris ingin China bertanggung jawab terhadap kota ini, sebab kota tersebut menjadi kota yang tidak ade peraturan dan tidak taat pada hukum pemerintah. Populasi tidak terkendali, jalan yang penuh tersumbat oleh sampah, bangunan yang sangat tinggi sehingga membuat cahaya matahari tidak bisa menyinari. Seluruh kota disinari dengan neon. Kota tersebut penuh dengan rumah pelacuran, kasino, rumah candu dan ubat bius dan kokain, banyak terdapat makanan-makanan dari daging anjing dan juga terdapat kilang-kilang rahsia yang tidak dibanteras oleh penguasa.Keadaan ini akhirnya berakhir ketika di tahun 1993, diambil keputusan oleh pemerintah Inggris dan penguasa China untuk menghentikan semua itu. 



10. KADYKCHAN di Russia



Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur saat runtuhnya Soviet Union. Penduduk terpaksa berjuang untuk mendapatkan akses untuk memperoleh air, bantuan kesehatan dan juga sekolah. Mereka harus keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk menempati kota lain dan menempati rumah baru. Kota dengan penduduk sekitar 12000 orang yang rata-rata sebagai pelombong timah ini dikosongkan. Mereka meninggalkan rumah mereka dengan segala perabotannya. Jadi anda akan menemui mainan, buku, pakaian dan berbagai barang didalam kota yang kosong.

errr sape pernah tengok house of wax? haha :D