Tuesday, March 15, 2011

Hilang Ingatan


Selalu tengok drama kat tv, hero atau heroin akan hilang ingatan sebab accident, sebab terhantuk kat mana mane entah, tak pun kena kena pukul kat kepala. Pastu ada banyak kesudahan antaranya :

1. Sipolan tu akan hilang segala memory dia termasuk lupa identity diri, tak ingat orang lain seolah olah dia baru sahaja dilahirkan ke dunia dan biasanya jalan cerita macam ni jadi sad ending.

2. Sipolan tu hilang ingatan sementara tetapi akan ingat balik jika dia mengalami kejutan seperti terhantuk balik ke(macam dalam citer Rosalinda), ataupun ada orang lain cuba citer peristiwa dulu macam bila dia ulang ayat yang sama, pastu tetibe je Sipolan tu gain dia punya memory balik, tak pun bila Sipolan terjumpa objek/surat cinta yang mengingatkan dia semula tentang kisah dolu dolu.

3. Sipolan yang berumur 30 tahun contahnya, hilang ingatan mengikut jangkamasa seperti lepas accident dia koma pastu tak ingat peristiwa yang berlaku semasa dia berumur 18 tahun dan ke atas, maksudnya selepas koma Sipolan rasa dia masih lagi remaja walaupun pada hakikatnya dia telah berkahwin dan mempunyai anak(macam dalam citer Secret Garden tapi hero tak kawin lagi la)

4. Sipolan hilang ingatan mengenai perkara yang buruk sahaja contoh macam kalau sebelum dia accident tu dia gaduh ngan awek/balak dia ke, pastu bila sedar dari koma dia ingat orang lain tapi tak ingat langsung kat awek/balak dia. Ni biasanya sangat tragis sebab Sipolan kehilangan memori dia bercinta dengan pasangan dan boleh jadi Sipolan jatuh cinta dengan orang lain kalau nak dijadikan cerita(macam dalam citer Boys Over Flower)


Aku ada buat research kat google pasal hilang ingatan ni. Tapi aku jumpa yang hilang ingatan sementara je, tu pun dia lupa identity dia sekejap/dia tak ingat dia kat mana tapi lepas beberapa jam dia punya memory recover balik(amnesia). Aku tak pernah jumpa lagi orang yang hilang seluruh ingatan kecuali yang biasa kita jumpa kalau orang tu ada penyakit  mudah lupa ke, Alzheimer ke, ni biasa untuk orang tua tua yang dah nyanyok tu, acceptable la jugak.


Kalau dalam drama doktor2 selalu cakap “dia mengalami pendarahan yang teruk di dalam otak” >> so dia hilang ingatan akibat kecederaan otak. Tapikan yang biasa kita dengar pasal pendarahan otak ni kalau orang tu ada strok(angin ahmar), pesakit tu susah nak bercakap dan mulut dia jadi senget sebelah huhu. Kita pun tahu otak kita ni ada arteri dengan vein di mana darah membekalkan nutrient & oksigen kepada neuron(cell otak), kalau ada pendarahan(biasanya kat arteri) nanti akan menyebabkan kematian cell neuron kat beberapa bahagian otak. Bila sesetengah cell otak mati susah la, camtu boleh la kita minum susu sustegen untuk membantu perkembangan dan menghubungkan cell cell otak macam dlm iklan tu, yeay~! :D

Bayangkan perasaan orang yang hilang ingatan tu, mesti dia tertanya siapa diri dia yang sebenarnya dulu, baik ke jahat ke. Kalau ramai yang menangis sebab dia loss memory, maksudnya dia memang banyak buat baik kat orang sekeliling dan sebaliknya. Kalau aku hilang ingatan, mesti ramai yang sedih wahahaha *perasan baik


Kesimpulannya, pakailah topi dan tali pinggang keledar. Topi keledar direka tidak meletakkan “untuk mengelakkan kepala daripada pecah” sebagai fungsi utama. Ofkoz la nak lindungi tengkorak daripada retak. Tapi kalau tempurung kepala bukan kelapa retak, tak semestinya bagi kesan serius kat otak melainkan kalau retakan tu menekan tisu otak kat dalam, ni boleh mencederakan otak. Ia dicipta untuk mengelakkan kecederaan otak yang boleh menyebabkan kematian atau handicap. Ingatlah orang yang tersayang.

No comments: