Thursday, March 24, 2011

New Egypt

selamat sampai di sini err bape aribulan tah. walaupun turun kat airport cairo tapi dah ada org yang sediakan bas utk kitorang budak2 mara ni balik alex. ak expect mesir berubah sikit, well ada kot nampak bersih berbanding ngan sebelum ni ouhh yang bersih tu masa still kat dalam kawasan airport haha masih ada sampah sarap bersepah, yelah kalau diorang bergotong royong bersihkan kawasan sekitar sampai hilang segala debu dan pasir tapi tabiat suka buang membuang sampah merata rata tak diubah sama je, kotor jugak. ni kelemahan org arab mesir, agak pengotor = =


nampak tak pintu masuk carefour yang di sealed dengan besi, so jadiklah kecik laluan masuknya. sesape yang nak masuk carefour kena scan dulu, macam scan kat airport tu haha ada nampak banyak kedai yang jual barang2 mahal ditutup, ada cermin kedai pecah, maybe masa riot aritu kena rompak kot

yang bulat merah tu tentera yang ditugaskan berkawal dekat carefour bila waktu malam, gambar shaking sebab errr cuak kot nak ambik gambar terang terangan, entah tetibe kena tahan ke ngan diorang tak pasal pasal, err polis tak berkuasa lagi kan, even ada tentera je sekarang yg mengawal keselamatan but still aku rasa tak cukup aman lagi mesir ni haha
yang lain lain semua oke je, makanan oke, air pun oke cuma aku ada perasan satu benda ni, rakyat mesir semakin sayangkan negara diorang. Aku balik naik teksi aritu pun ada org sukarela kawal trafik, dia pakai baju tulisan "i love egypt". Dekat kereta pun diorang cat tulis macam tu plus ada lukisan bendera kat mana mana dinding kosong yang terdapat kat alex ni, aku rasa ni sume kesan rusuhan aritu, maybe ni macam kemerdekaan baru utk negara mesir ni. Aku harap tabiat buruk diorang berubah yang pasal sampah2 ni, malu dowh negara islam tapi kotor, bersyukur kot duduk malaysia! haha

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih