Wednesday, March 9, 2011

t.u.d.u.n.g


 Nasihat Imam Al- Ghazali



1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.



Aku rasa inferior bila tengok ramai perempuan bertudung labuh standard budak lepasan maahad atau sekolah agama. First impression bila tengok diorang ofkoz ilmu agama tip top, tak pandang lelaki, suara lembut bila bercakap, pandai menjahit dan memasak, boleh berdakwah, hati bersih, suka buat perkara sunat dan sopan. Ni memang ciri ciri wanita idaman semua lelaki sebab diorang dah tak perlu nak susah susah bimbing isteri. Ya, jangan menilai buku dengan kulitnya, tapi memang aku selalu hormat diorang ni pun atas sebab ilmu diorang yang tinggi huhu t.t 





"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".......( Al-Ahzaab 33:59 )

aku tachycardia baca ayat atas ni -__-


No comments: