Friday, April 29, 2011

Kelebihan Membaca Surah dari Al-quran :)


(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA’ (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA’D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
(17) SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA’ (Saba’) Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(39) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
(40) SURAH AL-KAHFI "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
(41) SURAH AL MUL Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

ok, agak menakutkan gambar kat atas ni. aku dah highlight sikit sikit mana yang mungkin kita boleh amalkan. Sebenarnya banyak lagi kelebihan utk setiap surah. Bagi aku,  kelebihan kelebihan ni menjadi penting utk orang orang yang dalam berhajat utk sesuatu :)

Saturday, April 23, 2011

the heart and earphone



 Last week we had our practical section about auscultating the heart sound. We heard it very clearly the "lub dup" sound. Our heart has 4 chambers consists of 2 atria  and 2 ventricles. Between each atrium above and the ventricle below, there are valves(tricuspid and mitral) that during the closure of it, will produce what we called the first heart sound(lup). We got also the pulmonary and aortic valve which are situated between the ventricles and  pulmanary artery in the left side and aorta on the right. When these valves are closed, we can hear the second heart sound(dup). Besides, we have been taught to differentiate the sound of expiration and inspiration(take a breath), but the breathing sound much more clearly heard from our back. That's why when we go to the clinic, some doctors asked us to leaned forward so that they can palpitate inspiration and expiration the  from the back.


oke this one i copied from my friend also, doc izyan khalidah. feel free to visit HERE!!! 


Ada dalam procedure mengambil blood pressure di mana kita kena dengar pulsating brachial artery (artery dekat lengan). bunyi tersebut memang perlahan je. jadi kena dengar betul2 dan dalam keadaan sekeliling yang senyap. tambah2 lagi doktor2 amatur macam kami ni, memang kena concentrate habis laa kalau nak dengar.


Bila kami mengadu dekat Doktor Nesrine yang kami tak dapat dengar sangat dan Doktor pun tegur kami tibe2 je pasal gejala earphone (betulkah "gejala earphone"?haha kalau salah minta maaf Cikgu Salmiah dan juga Cikgu Fadhilah :D), hmm mungkin dia tengok ramai budak Malaysia yang suka cucuk telinga dengan earphone dengar mp3, ipod dan sebagainya. Dia cakap yang bagi dia, earphone is the worst man's invention. ;(



sebabnya kalau kita asyik dengar bunyi yang kuat2 je nanti2 lama2 telinga kita akan adapt membuatkan kita susah sangat nak dengar bunyi yang perlahan2 ni.



kalau orang yang kerjanya mengendalikan mesin2 yang bunyi bising nanti lama2 mereka boleh jadi pekak. ermm kalau macam selalu dengar earphone kuat2 mungkin akan mengurangkan sensitivity pendengaran kita. dan ini tak elok bagi doktor2 yang kena dengar auscultation heart dan paru2 patient pada masa depan.



Kata Doktor Nesrine lagi, solutionnya ; stop using the earphone! ;( dan makan vitamin A dan E bagi membantu pertumbuhan hair cells dalam telinga (hair cells ni adalah cell dalam telinga yang bertindak sebagai receptor pendengaran).

Friday, April 22, 2011

How to Make Ketam Masak Lemak Cili Api


Pakatan bersama di antara aku dan housemate aritu, maka terciptalah sebuah persetujuan utk memasak lauk ketam nih.  First of all, we need ketam. Kalau kat Pasar Camp Cesar, setengah ketam bersamaan LE15 dapat la dalam 5 ekor huhu 


Mula mula tak tahu pun macam mana nak siang ketam ni. Pastu da tanya jiran bawah sume, maka seekor ketam dibelah menjadi 2 bahagian. Then, bersihkan sikit sisa2 dalam perut dia tu. buang jugak cangkerang dia yang kaler hitam tu.


steps :
10 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
2" halia
1/2" kunyit hidup
15 tangkai cili api - kalu nak lagi pedas letak lebih

1 helai daun kunyit - dimayang (tapi mase masak nie lupe nak letak)
2 keping asam gelugor - cuci kasi bersih
Garam dan gula secukupnye
Air ikut kepekatan kuah

Cara Memasak:
1. Tumis bahan2 yg dah dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daun kunyit, pastu kacau2 sekejap.
3. Masukkan santan  & tambah air ikut kepekatan yg kite suke. Jangan lupe kacau sekejap2 kasi sebati santan
4. Lepas dia dah mendidih masukkan ketam diikuti asam, garam
5. Tunggu dia menggelegak lagi, rase sikit kuahnye kalu ade yg tak cukup tambah ikut tekak masing2.
6. Dah siap, hidangkan dgn nasi panas

selamat mencuba :)

Wednesday, April 20, 2011

Vasovagal Syncope

I malas nak tulis, so i copy paste from my collegue, doc. Izyan Khalidah :) her link is HERE !!

"Extreme emotional stress or pain decreases tone and increases parasympathetic tone, this produces a sudden decrease in blood pressure, decreasing brain blood flow and fainting (syncope)"


hehe selalu tak tengok dalam drama selalu je kalau terkejut sikit pengsan.. terkejut sikit pengsan.. haha dulu dulu, aku selalu fikir, eleh ngade gile dowh character2 dalam tv tu nak pengsan2 pulak lepas dengar berita sedih. rupa2nya ada explanation scientifically. :D





kalau kita terlalu stress, parasympathetic tone dalam badan kita akan increase. parasympathetic tone ni akan supply heart melalui nerve yang bernama vagus membuatkan decrease activity of heart, mengurangkan heart rate. jadinya menyebabkan tak cukup blood ke brain dan pengsan.



tapi ini untuk EXTREME stress taw, kalau stress biasa2 macam nak exam tu opposite pulak. yang akan increase adalah sympathetic tone. that's why heart rate pun naik.



haha baru aku taw kenapa dalam tv diorang suka pengsan. :D



vagus nerve ni kalau distimulate memang akan buat jantung makin perlahan dan kadang2 kalau over jantung berhenti sampai mati pun boleh.



ingat tak kisah nabi Musa yang tumbuk orang Firaun sampai mati. sebab Nabi Musa tumbuk dekat bahagian epigastric yang menyebabkan vagus nerve distimulate.



satu lagi contoh kalau tengok cerita Gokusen, Yankumi selalu tumbuk dekat bahagian perut lepas tu lawan dia pun pengsan. itu sebabnya Yankumi stimulate vagus nerve jugak.



ada vital part dekat bahagian perut yang mana boleh stimulate kita punya vagus.



lepas tu. ini ada satu tips bagi wanita2 di luar sana. kalau kena kacau korang buat macam gambar kat bawah ni. haha faham kan gambar yang cantik ni?



tepuk telinga orang yang nak buat tak elok kat korang tu, haha biar diorang pengsan padan muka. sebab dekat telinga kita pun ada vagus nerve juga. tapi lelaki jangan buat taw. takut orang tu mati. lain pulak jadinya nanti. perempuan boleh laa sebab perempuan tak kuat sangat.



lepas tu kan, sape pernah tengok running man? hehe ni masuk bab lain pulak. ingat tak yang game increasing heart beat tu. kim jong kook punye heart beat rendah je kan? sebabnye..



muscular kim jong kook yang mempunyai heart rate rendah :)



bagi seorang atlet (means orang yang regularly exercise) heart diorang akan adapt dengan manjalani hypertrophy (cell2 jantung akan membesar). bila cell besar maka jantung mereka makin besar maka makin banyak darah yang dapat diisi maka makin banyak darah yang dapat didistribute dalam satu denyutan. jadi jantung diorang tak payah nak pam banyak kali. so kalau time tengah relax2, tanpa stress atau gangguan lain, orang biasa punya heart rate 75 beats dalam satu minit, tapi atlet macam kim jong kook punya heart rate dalam 40 beats je satu minit.



cool kan heart kita?
belajar medic memang cool. tambah2 kalau dapat relate dengan banyak benda harian. kesimpulannya, doktor2 semua cool. jadi, mari ramai2 jadi doktor. :)



tapi apepun sebenarnya yang paling cool dan paling hebat adalah Allah SWT yang ciptakan kita semua. so everybody should thank Allah for creating us in our best form. :)



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian"
-Surah At-Tin : 4

Friday, April 15, 2011

the grand reunion bilik


Apabila engakau ingin mengambil seseorang sebagai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

oke. Dah lama tak mention nama Nina, Hafsah dan TK kat dalam blog ni haha. Rumet masa kat asrama mara. Susah senang suka duka sama sama dihadapi selama setahun ceh ceh :D
Hari ni, kitorang berpakat nak buat reunion bilik, well saja saja hang out. Dah lama tak keluar 4-4 orang bersama :)


destinasi jalan jalan cari makan kami utk meeting kali ni adalah di  BALBAA dekat Downtown. Kitorang makan seafood kat restoran tu. Tenkiu nina sebab rekemen tempat. Takde la mahal mana pun, budget sorang dalam LE 50. Ini kali kedua aku makan seafood kat Alex. Yelah, nama je duduk kat alex, dekat laut tepi pantai lagi, kalau tak pernah makan seafood agak melampau la jugak kan :D



our menu? sotong goreng, ketam goreng, ikan merah dan udang bakar kot. Order gak 6 pinggan nasi yg berharga LE 10 setiap satu. oh. kitorang ada 6 kepala, nasi sorang sepinggan yang seafood share, semua amek setengah kilo. Paling mahal udang la, sekilo berharga LE150. Kat situ pilih lah nak makan haiwan laut apa, udang ke, ketam ke, ikan ke, telur ikan ke, belut ke, sotong ke, lobster ke. Pastu agak agak la nak makan berapa kilo setiap dari jenis haiwan tu. Then lastly cakap either nak masywi(bakar) atau goreng(tak ingat la ape dlm arab). Ouh diorang tak sediakan sos, so baik korang beli sos sendiri ngan air mineral. Fathallah market ada dekat je kat restoran tu. Maklumlah, kalau beli air mineral kat restoran memang cekik darah, mahal. 

jemputan khas : mun dan wahidah :)

TK dan hafsah
tk dah makin kurus, diorang cakaplah, aku tengok sama je haha. Hafsah lak baru pindah rumah.

nina and me, me and me :)
ouh nina makin ayu hehe. sumpah terkebil kebil mata tengok dia pakai kain skirt labuh haha :D
banyak je nak citer pasal diorang tapi aku hormat privacy life mereka. 

say kejuuu~

semoga ukhwah kita berkekalan :)

Tuesday, April 12, 2011

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. 


2.Mayat yang mukanya berbentuk babi
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. 


3.Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.


4.Mayat yang perutnya buncit dan meletup
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. 


5.Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang. 


6.Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai
Itulah mayat orang yang suka makan riba'. 


7.Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Friday, April 8, 2011

itik

 err jap jap, ni post last utk hari ni  haha :D



Monday, April 4, 2011

Gigiku (edited version)

first of all sorry utk post sebelum ni sebab banyak sangat mrepek so aku dah delete. Nak cover balik, yang entry baru ni aku just nak share guide, procedure sebelum pakai braces sampai korang dah pakai. errr ni ikut pengalaman aku la.

Aku start apply nak buat braces masa aku form 1 lagi. Tapi aku tak pergi kat klinik swasta sebab agak mahal masa tu dalam RM2000, but then sekarang dah meningkat kepada RM3000-RM5000. Aku mintak kat klinik kerajaan, so free la haha. Masalah gigi aku masa tu aku simpulkan ada 3. Pertama, gigi upper jaw aku agak jongang, satu baris tu ke depan. Ketiga sebatang gigi kat lower jaw macam senget ke dalam gusi, ketiga boleh tengok gamba bawah :

oke nampak dekat arrow tu, di antara dua gigi rabbit bahagian atas ada lebihan daging gusi yang menyebabkan di antara kedua dua gigi tersebut ada ruang. Sekarang kalau korang bercakap ngan aku memang tak nampak dah kot space tu.

Rawatan gigi aku ada 2 peringkat, yang pertama aku pergi jumpa pakar periodontik(pakar gusi). Sebelum aku pakai braces kena tunggu 2 tahun sebab kita que kan, ramai orang yang nak pakai jugak. So aku menghabiskan masa dengan pakar gusi ni. Rawatan yang diorang buat ialah membuang lebihan gusi kat upper jaw aku tu. Macam mana dia buang? operate doh operate. Dia gunting la gusi tu pastu dia jahit sikit. Tak sakit pun sebab dah bagi ubat bius dulu. Kat peringkat ni jugak aku di ajar cara yang betul untuk memberus gigi dan penjagaan kebersihan mulut yang lain. Setiap bulan aku pergi klinik sebagai follow up.

Peringkat kedua, turn aku dah sampai. Aku dipindahkan dibawah pakar Ortodontik. Ha ni memang specialist utk pesakit yang pakai braces. First time jumpa doktor pakar tu, dia orang cina, dah tua dan garang, aku takut nak jumpa dia, tak suka kott huhu oke yang aku ingat dia ambil acuan gigi aku so that dia boleh suro engineer buat braces ikut acuan gigi aku tu. Then, doktor tu jugak suruh aku buang 3 batang gigi, 2 atas, 1 bawah. Jadi dia arrange la time interval utk buang gigi. Yelah, takkan nak buang 3 gigi terus dalam masa sehari, merana wehh. Kalau hari ni kena cabut gigi, 5 hari akan datang klinik utk cabut lagi. Bila dah buang gigi, proses nak pakai braces tu semakin hampir. Doktor akan masukkan getah yang diletakkan di antara gigi geraham utk menyediakan ruang supaya braces boleh diletakkan di antara gigi. Masa ni, memang sakit ah sebab gigi kita bergerak, memang aku kemam kemam je lah nasi macam baby tu, aku makan bubur kott.

oke, yang kaler kuning tu adalah getah utk buat spacing for baces, aku pakai getah tu dalam 3 hari macam tu. Nyilu sikit rasanya,yang arrow lak menunjukkan area 2 btg gigi atas aku yang dah dicabut, err kiri kanan tau.
bila dah dapat buat ruang antara gigi geraham barulah doktor pakaikan aku braces setelah 2 tahun menunggu, tapi kalau sesape yang buat kat klinik swasta dengan duet sendiri, dalam masa sebulan dah boleh pakai dah. Nanti mulut akan jadi ke depan, alah biasalah tu, bak kata ibah : beauty hurts XDDD
bawah ni adalah jenis berus gigi special utk orang yang pakai braces.

macam berus gigi biasa cuma kecik sikit berusnya, ni digunakan untuk berus kat kawasan gigi atas dan bawah braces.

yang ni plak macam berus botol susu tu digunakan utk kawasan celah braces :D cool kan?
pastu berus gigi yang biasa korang pakai tu dikekalkan penggunaan utk berus belakang gigi dan lidah oke.
bila dah pakai braces nanti, setiap bulan akan ada appointment nak ketatkan dawai braces, so nanti spaces tu tertutup lah. Kenapa certain orang braces dia kaler2, haha braces asal sebenarnya takde kaler pun, besi dawai semata mata. Nanti lepas banyak kali follow up baru doktor pakaikan sejenis getah yang berkaler :D pilih warna ikut pilihan wahaha. time aku dulu aku pilih kaler hijau kuning alternating, tak penah lagi buat macam rainbow hoho


orang akan selalu tanya, sakit tak pakai braces? haha sakit sakit, kira lah berapa banyak kali kena cabut gigi, lepas bius habis rasa sakit tu datang, bila dah pakai braces pun rasa nyilu 2-3 hari. Masa tu jugak kena jaga pemakanan, tak le makan benda yang keras macam jambu batu ke sebab takut nanti dawai braces tecabut, kalau nak makan pun potong kecik2, takle jugak minum air gas selalu sebab besi boleh berkarat, nak makan daging pun make sure tak liat sangat oke. Biasa tempoh pakai selama 2 tahun jek, aku berlebih sampai 4 tahun lak. Tapi depends lah kat setiap patient tu, tak semua orang masalah gigi dia sama, aku kena cabut 3 btg gigi je, orang lain mungkin 2 btg, sebatang, boleh jadi lebih dari tu. 

Err ni je kot yang dapat aku share, sebab aku still lagi pakai benda ni, tak capai lagi stage kena pakai retainer. haha. ohh aku nak ulang baik la, untuk budak alex yang ada masalah gigi boleh pergi kat Shatby, aku takde alamat penuh tempat tu, tapi nama dentist aku tahu:

Dr Amr El-Kholy-orthodontic consultant
010 2925463 
hari sabtu ngan ahad dia buka dari 11 pagi sampai 5 ptg,
kalau weekdays sampai pukul 8 malam.

atas ni map dia, haha yang kaler merah klinik gigi tu tau. Dia macam bangunan imarah biasa, pandang kat atas cari signborad tulis dental clinic kat depan imarah tu. Masuk ikut tangga, tingkat 2, nanti ada papan tanda tulis klinik kat depan pintu, tekan loceng je. 

oh ya, make sure korang gosok gigi dulu sebelum pergi jumpa dentist. and bawak LE50 utk consultant dan registration. err Syera nak pakai braces so cost dalam LE6000 , deposit bayar dalam LE3000 then boleh bayar monthly ikut deal dlm LE100-150 sebulan. 

ohh sori aku tak letak chatbox ngan ruang utk komen, abes kena marah ngan iezy dan ecah. haha.
ape ape hal emel oke - adiwanang_91@yahoo.com.my

"senyuman kamu menawan"

Saturday, April 2, 2011

istimewa


aku agak mengantuk sebenarnya, tapi disebabkan aku nak jugak buat post baru malam ni, mengenai mereka yang cukup istimewa dalam hidup aku haha ceciter ceciter :D

hari ni aku makan malam kat restaurant Taj Mahal. Standard harga makanan dia lebih kurang cafe rostery dalam (LE60) utk sorang makan. Tapi lagi best cafe rostery la, ada steak. Taj Mahal ni stail dia macam restaurant mamak sikit, ada ayam tandori, roti, nasi briayani dan lain lain, kenyang Alhamdulillah :) Utk budak budak alex, restoran tu ada kat area chilis, factory outlet depan carefour.

Ouh, dah alang alang sampai situ, aku, Hani dan Bel singgah la jugak carefour kat depan. Niat asal nak cari karpet bilik, nasib baik jumpa yang ikut budget around LE300. pehh bapak la budak budak mesir nih, nak main duet above LE50 jek wahaha tapi duet mesir ni nilai dia separuh duet malaysia, takde la membazir ke ape, standard oke, lagipun aku akan guna carpet tu sampai 5 tahun iAllah :)

dari kiri Bel, aku, Hani, Syera. hmmm ni gamba 4 bulan yang lepas. haha aku malas nak update current pic, bukan cantik pon :p

Dah sampai rumah, kitorang gaduh kejap dengan tuan rumah(Mama Fifi). Ni nak ungkit isu lama ni, pasal lampu depan pintu yang tak di repair repair sampai sekarang, guna juga taktik lama, tak nak bayar LE60 sebab lampu rosak ngan tak sapu tangga. Last last aku gertak bagai nak rak, speaking punya baik ngan anak Mama, complain itu ini,... aku akur lagi lancang Mama memutarbelitkan tuduhan. pehh wahaha. Akhirnya bayar jugak lagi LE60 tu -____- *mission failed* ohhh, hari ni tetiba jek budak budak alex merasakan gegaran selama beberapa saat. Diorang cakap kesan earthquake kat greece. Entah la, sebab aku tak rasa pun gegaran tu. Yang peliknya budak atas ngan bawah rumah aku boleh rasa gegaran tu, apa pasal derrr? please please, aku nak blaja kat egypt, tolong jangan lancarkan ops piramid lagi sekali oke? doakan kami!

berbalik kepada cerita orang istimewa tadi HAHA aku TAK expect pun Hani ngan Bel nak sambut birthday aku ngan Syera yang telah berlalu 2 bulan yang lepas. Paling touching bila Hani cakap sepatutnya birthday kami disambut kat paris, yelah terima kasih kepada riot aritu, aku sambut birthday kat Jeddah, berkat sikit, aminn :)

oh yang kaler pink love hurts tu lah hadiahnya haha

PENGHARGAAN : tenkiu Hani and Bel utk birthday present tu, tenkiu Syera utk sourvenir dari Oman, tenkiu Nadhirah utk sourvenir dari Cordova haha tenkiu Anwar utk sourvenir dari Istanbul, tenkiu Amirul utk domokun tuh haha aku nak wallpost kat facebook tapi segan lak jadi bahan ke ape nanti, aku appreciate korang dengan cara letak nama dalam blog aku yang tak femes nih :)