Monday, April 4, 2011

Gigiku (edited version)

first of all sorry utk post sebelum ni sebab banyak sangat mrepek so aku dah delete. Nak cover balik, yang entry baru ni aku just nak share guide, procedure sebelum pakai braces sampai korang dah pakai. errr ni ikut pengalaman aku la.

Aku start apply nak buat braces masa aku form 1 lagi. Tapi aku tak pergi kat klinik swasta sebab agak mahal masa tu dalam RM2000, but then sekarang dah meningkat kepada RM3000-RM5000. Aku mintak kat klinik kerajaan, so free la haha. Masalah gigi aku masa tu aku simpulkan ada 3. Pertama, gigi upper jaw aku agak jongang, satu baris tu ke depan. Ketiga sebatang gigi kat lower jaw macam senget ke dalam gusi, ketiga boleh tengok gamba bawah :

oke nampak dekat arrow tu, di antara dua gigi rabbit bahagian atas ada lebihan daging gusi yang menyebabkan di antara kedua dua gigi tersebut ada ruang. Sekarang kalau korang bercakap ngan aku memang tak nampak dah kot space tu.

Rawatan gigi aku ada 2 peringkat, yang pertama aku pergi jumpa pakar periodontik(pakar gusi). Sebelum aku pakai braces kena tunggu 2 tahun sebab kita que kan, ramai orang yang nak pakai jugak. So aku menghabiskan masa dengan pakar gusi ni. Rawatan yang diorang buat ialah membuang lebihan gusi kat upper jaw aku tu. Macam mana dia buang? operate doh operate. Dia gunting la gusi tu pastu dia jahit sikit. Tak sakit pun sebab dah bagi ubat bius dulu. Kat peringkat ni jugak aku di ajar cara yang betul untuk memberus gigi dan penjagaan kebersihan mulut yang lain. Setiap bulan aku pergi klinik sebagai follow up.

Peringkat kedua, turn aku dah sampai. Aku dipindahkan dibawah pakar Ortodontik. Ha ni memang specialist utk pesakit yang pakai braces. First time jumpa doktor pakar tu, dia orang cina, dah tua dan garang, aku takut nak jumpa dia, tak suka kott huhu oke yang aku ingat dia ambil acuan gigi aku so that dia boleh suro engineer buat braces ikut acuan gigi aku tu. Then, doktor tu jugak suruh aku buang 3 batang gigi, 2 atas, 1 bawah. Jadi dia arrange la time interval utk buang gigi. Yelah, takkan nak buang 3 gigi terus dalam masa sehari, merana wehh. Kalau hari ni kena cabut gigi, 5 hari akan datang klinik utk cabut lagi. Bila dah buang gigi, proses nak pakai braces tu semakin hampir. Doktor akan masukkan getah yang diletakkan di antara gigi geraham utk menyediakan ruang supaya braces boleh diletakkan di antara gigi. Masa ni, memang sakit ah sebab gigi kita bergerak, memang aku kemam kemam je lah nasi macam baby tu, aku makan bubur kott.

oke, yang kaler kuning tu adalah getah utk buat spacing for baces, aku pakai getah tu dalam 3 hari macam tu. Nyilu sikit rasanya,yang arrow lak menunjukkan area 2 btg gigi atas aku yang dah dicabut, err kiri kanan tau.
bila dah dapat buat ruang antara gigi geraham barulah doktor pakaikan aku braces setelah 2 tahun menunggu, tapi kalau sesape yang buat kat klinik swasta dengan duet sendiri, dalam masa sebulan dah boleh pakai dah. Nanti mulut akan jadi ke depan, alah biasalah tu, bak kata ibah : beauty hurts XDDD
bawah ni adalah jenis berus gigi special utk orang yang pakai braces.

macam berus gigi biasa cuma kecik sikit berusnya, ni digunakan untuk berus kat kawasan gigi atas dan bawah braces.

yang ni plak macam berus botol susu tu digunakan utk kawasan celah braces :D cool kan?
pastu berus gigi yang biasa korang pakai tu dikekalkan penggunaan utk berus belakang gigi dan lidah oke.
bila dah pakai braces nanti, setiap bulan akan ada appointment nak ketatkan dawai braces, so nanti spaces tu tertutup lah. Kenapa certain orang braces dia kaler2, haha braces asal sebenarnya takde kaler pun, besi dawai semata mata. Nanti lepas banyak kali follow up baru doktor pakaikan sejenis getah yang berkaler :D pilih warna ikut pilihan wahaha. time aku dulu aku pilih kaler hijau kuning alternating, tak penah lagi buat macam rainbow hoho


orang akan selalu tanya, sakit tak pakai braces? haha sakit sakit, kira lah berapa banyak kali kena cabut gigi, lepas bius habis rasa sakit tu datang, bila dah pakai braces pun rasa nyilu 2-3 hari. Masa tu jugak kena jaga pemakanan, tak le makan benda yang keras macam jambu batu ke sebab takut nanti dawai braces tecabut, kalau nak makan pun potong kecik2, takle jugak minum air gas selalu sebab besi boleh berkarat, nak makan daging pun make sure tak liat sangat oke. Biasa tempoh pakai selama 2 tahun jek, aku berlebih sampai 4 tahun lak. Tapi depends lah kat setiap patient tu, tak semua orang masalah gigi dia sama, aku kena cabut 3 btg gigi je, orang lain mungkin 2 btg, sebatang, boleh jadi lebih dari tu. 

Err ni je kot yang dapat aku share, sebab aku still lagi pakai benda ni, tak capai lagi stage kena pakai retainer. haha. ohh aku nak ulang baik la, untuk budak alex yang ada masalah gigi boleh pergi kat Shatby, aku takde alamat penuh tempat tu, tapi nama dentist aku tahu:

Dr Amr El-Kholy-orthodontic consultant
010 2925463 
hari sabtu ngan ahad dia buka dari 11 pagi sampai 5 ptg,
kalau weekdays sampai pukul 8 malam.

atas ni map dia, haha yang kaler merah klinik gigi tu tau. Dia macam bangunan imarah biasa, pandang kat atas cari signborad tulis dental clinic kat depan imarah tu. Masuk ikut tangga, tingkat 2, nanti ada papan tanda tulis klinik kat depan pintu, tekan loceng je. 

oh ya, make sure korang gosok gigi dulu sebelum pergi jumpa dentist. and bawak LE50 utk consultant dan registration. err Syera nak pakai braces so cost dalam LE6000 , deposit bayar dalam LE3000 then boleh bayar monthly ikut deal dlm LE100-150 sebulan. 

ohh sori aku tak letak chatbox ngan ruang utk komen, abes kena marah ngan iezy dan ecah. haha.
ape ape hal emel oke - adiwanang_91@yahoo.com.my

"senyuman kamu menawan"

No comments: