Friday, April 15, 2011

the grand reunion bilik


Apabila engakau ingin mengambil seseorang sebagai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

oke. Dah lama tak mention nama Nina, Hafsah dan TK kat dalam blog ni haha. Rumet masa kat asrama mara. Susah senang suka duka sama sama dihadapi selama setahun ceh ceh :D
Hari ni, kitorang berpakat nak buat reunion bilik, well saja saja hang out. Dah lama tak keluar 4-4 orang bersama :)


destinasi jalan jalan cari makan kami utk meeting kali ni adalah di  BALBAA dekat Downtown. Kitorang makan seafood kat restoran tu. Tenkiu nina sebab rekemen tempat. Takde la mahal mana pun, budget sorang dalam LE 50. Ini kali kedua aku makan seafood kat Alex. Yelah, nama je duduk kat alex, dekat laut tepi pantai lagi, kalau tak pernah makan seafood agak melampau la jugak kan :D



our menu? sotong goreng, ketam goreng, ikan merah dan udang bakar kot. Order gak 6 pinggan nasi yg berharga LE 10 setiap satu. oh. kitorang ada 6 kepala, nasi sorang sepinggan yang seafood share, semua amek setengah kilo. Paling mahal udang la, sekilo berharga LE150. Kat situ pilih lah nak makan haiwan laut apa, udang ke, ketam ke, ikan ke, telur ikan ke, belut ke, sotong ke, lobster ke. Pastu agak agak la nak makan berapa kilo setiap dari jenis haiwan tu. Then lastly cakap either nak masywi(bakar) atau goreng(tak ingat la ape dlm arab). Ouh diorang tak sediakan sos, so baik korang beli sos sendiri ngan air mineral. Fathallah market ada dekat je kat restoran tu. Maklumlah, kalau beli air mineral kat restoran memang cekik darah, mahal. 

jemputan khas : mun dan wahidah :)

TK dan hafsah
tk dah makin kurus, diorang cakaplah, aku tengok sama je haha. Hafsah lak baru pindah rumah.

nina and me, me and me :)
ouh nina makin ayu hehe. sumpah terkebil kebil mata tengok dia pakai kain skirt labuh haha :D
banyak je nak citer pasal diorang tapi aku hormat privacy life mereka. 

say kejuuu~

semoga ukhwah kita berkekalan :)

No comments: