Friday, April 22, 2011

How to Make Ketam Masak Lemak Cili Api


Pakatan bersama di antara aku dan housemate aritu, maka terciptalah sebuah persetujuan utk memasak lauk ketam nih.  First of all, we need ketam. Kalau kat Pasar Camp Cesar, setengah ketam bersamaan LE15 dapat la dalam 5 ekor huhu 


Mula mula tak tahu pun macam mana nak siang ketam ni. Pastu da tanya jiran bawah sume, maka seekor ketam dibelah menjadi 2 bahagian. Then, bersihkan sikit sisa2 dalam perut dia tu. buang jugak cangkerang dia yang kaler hitam tu.


steps :
10 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
2" halia
1/2" kunyit hidup
15 tangkai cili api - kalu nak lagi pedas letak lebih

1 helai daun kunyit - dimayang (tapi mase masak nie lupe nak letak)
2 keping asam gelugor - cuci kasi bersih
Garam dan gula secukupnye
Air ikut kepekatan kuah

Cara Memasak:
1. Tumis bahan2 yg dah dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daun kunyit, pastu kacau2 sekejap.
3. Masukkan santan  & tambah air ikut kepekatan yg kite suke. Jangan lupe kacau sekejap2 kasi sebati santan
4. Lepas dia dah mendidih masukkan ketam diikuti asam, garam
5. Tunggu dia menggelegak lagi, rase sikit kuahnye kalu ade yg tak cukup tambah ikut tekak masing2.
6. Dah siap, hidangkan dgn nasi panas

selamat mencuba :)

No comments: