Saturday, April 2, 2011

istimewa


aku agak mengantuk sebenarnya, tapi disebabkan aku nak jugak buat post baru malam ni, mengenai mereka yang cukup istimewa dalam hidup aku haha ceciter ceciter :D

hari ni aku makan malam kat restaurant Taj Mahal. Standard harga makanan dia lebih kurang cafe rostery dalam (LE60) utk sorang makan. Tapi lagi best cafe rostery la, ada steak. Taj Mahal ni stail dia macam restaurant mamak sikit, ada ayam tandori, roti, nasi briayani dan lain lain, kenyang Alhamdulillah :) Utk budak budak alex, restoran tu ada kat area chilis, factory outlet depan carefour.

Ouh, dah alang alang sampai situ, aku, Hani dan Bel singgah la jugak carefour kat depan. Niat asal nak cari karpet bilik, nasib baik jumpa yang ikut budget around LE300. pehh bapak la budak budak mesir nih, nak main duet above LE50 jek wahaha tapi duet mesir ni nilai dia separuh duet malaysia, takde la membazir ke ape, standard oke, lagipun aku akan guna carpet tu sampai 5 tahun iAllah :)

dari kiri Bel, aku, Hani, Syera. hmmm ni gamba 4 bulan yang lepas. haha aku malas nak update current pic, bukan cantik pon :p

Dah sampai rumah, kitorang gaduh kejap dengan tuan rumah(Mama Fifi). Ni nak ungkit isu lama ni, pasal lampu depan pintu yang tak di repair repair sampai sekarang, guna juga taktik lama, tak nak bayar LE60 sebab lampu rosak ngan tak sapu tangga. Last last aku gertak bagai nak rak, speaking punya baik ngan anak Mama, complain itu ini,... aku akur lagi lancang Mama memutarbelitkan tuduhan. pehh wahaha. Akhirnya bayar jugak lagi LE60 tu -____- *mission failed* ohhh, hari ni tetiba jek budak budak alex merasakan gegaran selama beberapa saat. Diorang cakap kesan earthquake kat greece. Entah la, sebab aku tak rasa pun gegaran tu. Yang peliknya budak atas ngan bawah rumah aku boleh rasa gegaran tu, apa pasal derrr? please please, aku nak blaja kat egypt, tolong jangan lancarkan ops piramid lagi sekali oke? doakan kami!

berbalik kepada cerita orang istimewa tadi HAHA aku TAK expect pun Hani ngan Bel nak sambut birthday aku ngan Syera yang telah berlalu 2 bulan yang lepas. Paling touching bila Hani cakap sepatutnya birthday kami disambut kat paris, yelah terima kasih kepada riot aritu, aku sambut birthday kat Jeddah, berkat sikit, aminn :)

oh yang kaler pink love hurts tu lah hadiahnya haha

PENGHARGAAN : tenkiu Hani and Bel utk birthday present tu, tenkiu Syera utk sourvenir dari Oman, tenkiu Nadhirah utk sourvenir dari Cordova haha tenkiu Anwar utk sourvenir dari Istanbul, tenkiu Amirul utk domokun tuh haha aku nak wallpost kat facebook tapi segan lak jadi bahan ke ape nanti, aku appreciate korang dengan cara letak nama dalam blog aku yang tak femes nih :)

No comments: