Wednesday, April 20, 2011

Vasovagal Syncope

I malas nak tulis, so i copy paste from my collegue, doc. Izyan Khalidah :) her link is HERE !!

"Extreme emotional stress or pain decreases tone and increases parasympathetic tone, this produces a sudden decrease in blood pressure, decreasing brain blood flow and fainting (syncope)"


hehe selalu tak tengok dalam drama selalu je kalau terkejut sikit pengsan.. terkejut sikit pengsan.. haha dulu dulu, aku selalu fikir, eleh ngade gile dowh character2 dalam tv tu nak pengsan2 pulak lepas dengar berita sedih. rupa2nya ada explanation scientifically. :D





kalau kita terlalu stress, parasympathetic tone dalam badan kita akan increase. parasympathetic tone ni akan supply heart melalui nerve yang bernama vagus membuatkan decrease activity of heart, mengurangkan heart rate. jadinya menyebabkan tak cukup blood ke brain dan pengsan.



tapi ini untuk EXTREME stress taw, kalau stress biasa2 macam nak exam tu opposite pulak. yang akan increase adalah sympathetic tone. that's why heart rate pun naik.



haha baru aku taw kenapa dalam tv diorang suka pengsan. :D



vagus nerve ni kalau distimulate memang akan buat jantung makin perlahan dan kadang2 kalau over jantung berhenti sampai mati pun boleh.



ingat tak kisah nabi Musa yang tumbuk orang Firaun sampai mati. sebab Nabi Musa tumbuk dekat bahagian epigastric yang menyebabkan vagus nerve distimulate.



satu lagi contoh kalau tengok cerita Gokusen, Yankumi selalu tumbuk dekat bahagian perut lepas tu lawan dia pun pengsan. itu sebabnya Yankumi stimulate vagus nerve jugak.



ada vital part dekat bahagian perut yang mana boleh stimulate kita punya vagus.



lepas tu. ini ada satu tips bagi wanita2 di luar sana. kalau kena kacau korang buat macam gambar kat bawah ni. haha faham kan gambar yang cantik ni?



tepuk telinga orang yang nak buat tak elok kat korang tu, haha biar diorang pengsan padan muka. sebab dekat telinga kita pun ada vagus nerve juga. tapi lelaki jangan buat taw. takut orang tu mati. lain pulak jadinya nanti. perempuan boleh laa sebab perempuan tak kuat sangat.



lepas tu kan, sape pernah tengok running man? hehe ni masuk bab lain pulak. ingat tak yang game increasing heart beat tu. kim jong kook punye heart beat rendah je kan? sebabnye..



muscular kim jong kook yang mempunyai heart rate rendah :)



bagi seorang atlet (means orang yang regularly exercise) heart diorang akan adapt dengan manjalani hypertrophy (cell2 jantung akan membesar). bila cell besar maka jantung mereka makin besar maka makin banyak darah yang dapat diisi maka makin banyak darah yang dapat didistribute dalam satu denyutan. jadi jantung diorang tak payah nak pam banyak kali. so kalau time tengah relax2, tanpa stress atau gangguan lain, orang biasa punya heart rate 75 beats dalam satu minit, tapi atlet macam kim jong kook punya heart rate dalam 40 beats je satu minit.



cool kan heart kita?
belajar medic memang cool. tambah2 kalau dapat relate dengan banyak benda harian. kesimpulannya, doktor2 semua cool. jadi, mari ramai2 jadi doktor. :)



tapi apepun sebenarnya yang paling cool dan paling hebat adalah Allah SWT yang ciptakan kita semua. so everybody should thank Allah for creating us in our best form. :)



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian"
-Surah At-Tin : 4

No comments: