Saturday, May 14, 2011

Intifada Palestine




mengenali sejarah

Di merata pelusuk dunia, ratusan pertubuhan sedang bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan 15 Mei sebagai mendukung sepenuhnya usaha pembebasan dan kemerdekaan Palestin, sekaligus membuka laluan kepada 9 juta rakyat Palestin yang terusir untuk kembali ke tanah air mereka.
15 Mei merupakan salah satu titik hitam dalam sejarah kebinatangan Zionis — An-Nakbah, hari di mana negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948 dengan cara menghancurkan 500 buah perkampungan rakyat Palestin, dan seterusnya menghalau keluar ratusan ribu rakyat Palestin sehingga terpaksa menumpang hidup di Gaza dan negara-negara jiran.
Pada hari itu juga telah jatuhnya Masjid al-Aqsa yang mulia, dijajah, dihina dan dikotori oleh penjajahan Zionis. Kaum Muslimin dilarang daripada memasukinya.
Pemuda-pemuda Palestin di Lubnan dan negara-negara jiran Palestin yang lain kini sedang menjalankan kempen “Masiirat al ‘Awdah” — Gerak Jalan Menuju Pulang. Pada 15 Mei nanti, rakyat Palestin yang terusir di Lubnan, Mesir, Syria dan Jordan akan mara bergerak menuju ke sempadan-sempadan Palestin dan berdemonstrasi di sana, menuntut masyarakat dunia agar menyokong kepulangan mereka ke tanah-air asal mereka, Palestin.








gambar berikut di alexandria :perarakan secara aman telah dilakukan pada pagi tadi. 

solat jumaat di gamek ibrahim, alex




gambar : mohd qarafi



No comments: