Friday, May 6, 2011

stress? jom relax kejap :D

bila dah dekat exam mesti semua rasa tension, rasa tak nak tido sebab nanti buang masa, sanggup stay up sampai 3-4pagi (sampai subuh), nak masak pun malas, buat delivery lagi senang mcD ke, man chow wok ke, hardees ke, cafe rostery ke (sesape nak nombor delivery boleh tanya budak rumah aku, semua ada hehe), ada lak tuh tak nak keluar langsung dari rumah, tak kurang juga yang deactivate fb huhu.

walaupun aku tahu esok dah nak exam, aku nak gunakan masa 10 minit sebelum pukul satu petang ni utk mempromosikan music yang superb sebagai halwa telinga. Kalau korang rajin boleh search pasal pianist jepun Yiruma kat youtube, semua lagu dia sedap sedap belaka. Tidak berentak ganas dan rock tapi hanya alunan piano yang menusuk kalbu~ ceh :D  Jap jap aku carik.

oke ada 3 tajuk lagu yang aku da usyar agak best
1. kiss the rain
2. river flows in you
3. moonlight

oke, aku suggest korang mainkan salah satu lagu kat atas ni dan buka sebuah tab baru, carik kat youtube "rainy mood". Pastu mainkan dua dua music. Kompem terus tertido selepas beberapa minit, eh eh tak! kompem rasa release sikit :D

ohh disebabkab blog aku ni memang otomatik ada music background, tak guna kalau play lagu moonlight kat sini. tekan tajuk dia utk direct ke youtube.

pape pon, belajar2 jugak, solat jangan tinggal. selamat mencuba :)

gl all :d

No comments: