Wednesday, June 1, 2011

First of June Blogpost :D



salam and hye :)
lama tak update blog ni, baru seminggu pun haha as a whole, utk studies, kami budak second year sedang bertungkus lumus dalam tajuk respiratory sistem sekarang ni utk semester 4. Belajar pasal peparu(melayu) atau lungs, everyone knows it. Result utk CVS lepas pun baru jek keluar ritu. Aku rasa puas hati la gak tengok keputusan sendiri walaupun sebenarnya ada rasa jeles tengok ramai kawan lagi tinggi markahnya dengan beza 2-3 markah je pun, but still aku sangat concern pasal pencapaian nih sume. Total soklan MCQ ada 60 and aku dapat 53, aku rasa sedih kenapa takleh score tinggi lagi. So aku ngadu kat TK, aku cakap kat dia, "TK mu dapat tinggi 57/60.. aku dapat 53 aje" dan TK balas "alah tinggi lah tuh".... Asilah, bersyukur ah, ramai budak lain mengharapkan markah baik dan bersyukur untuk LULUS. oke, seharusnya kita terima setiap apa jua yang dah tersurat utk kita, dan Alhamdulillah, setimpal lah dengan usaha aku kan yang kejap blaja kejap lagha, kejap tido :D

first henpon masa form 4-5. suka sebab keypad dia bole slide slide,macam cool :D ayah belikan kaler merah, comel 

Aku sebenarnya nak membebel je nih. Hurmmm, seharusnya wanita memiliki sifat kelembutan dan sopan santun kan? kenapa tetiba aku rasa statement tu takde bersangkut paut dengan aku lately. Apabila aku menghadapi situasi buntu dengan telefon bimbitku yang tidak mahu berfungsi lagi. Bahasa mudah, henpon aku rosak wehh. Kali ni bukan sebab kena curi ke kena tinggal dalam teksi ke, tapi sebab rosak tak mahu hidup charge berkali kali tapi ia tetap memaparkan kegelapan pada skrin t.t  Aku dah hantar repair sume, malang sekali tak dapat diselamatkan. Fine, memang aku kena beli henpon tiap tiap tahun kot. Masa form 5 kena curik, masa first year lak tinggal dalam teksi, tapi tahun ni aku rasa berbaloi beli henpon sebab aku pakai sampai rosak, baru setahun je kot aku gasak benda tu. haihh


ni lak henpon pengganti lepas kena curik, dan lesap di dalam teksi masa first year, pon ayah belikan jugak :( aku sayang henpon nih! dah la nipis, game dia sume best best, material dia besi tapi ringan jek, kau offfer la aku iphone ke macboook ape ke, kompem aku pilih henpon nih jugak! ada usyar harga dia setahun lepas kat sini dalam LE1000 o.0 wohh tak mampu aku nak beli henpon ni balik guna duit mara, so at the end ak beli henpon bawah ni, pun kaler merah jugak. harga dia? LE700 kot. entah. tak ingat lak.


anyway, aku ada plan baru, utk saving sikit, kali ni aku nekad nak beli henpon buat baling2 je, contoh macam standard 3310 atas nih. o.0 bapak ah, sumpah nampak classic, cikai, lokal tapi baling banyak kali kompem takde terburai punya. haaaaaa, takde style langsung. and aku plan nak beli mp3 sekali sebab aku memang suka dengar lagu. Kalau mp3 aku survey kat carefour ada dalam LE100 campur ngan henpon 3310 atas nih budget paling tinggi pun LE 200, baru LE300 total. Tak yah yang ada kamera pun takpe sebab aku dah ada cam sendiri cuma aku tak dapat la nak tangkap gambar on the spot as usual. Bukan la kedekut ke ape, aku da malas nak melayan benda berteknologi ni, memang paham sifat sendiri yang agak cuai. Tapi, kalau korang pikir balik, once korang tercampak henpon korang ke atas tanah, tendency utk mencampakkan nya secara tidak sengaja mahupun sengaja selepas itu agak tinggi kan? sebab korang tahu benda tu mase first jatuh dia masih sihat wal afiat huhuhu nway, aku lupa kat mana aku letak simcard aku. duhh kena beli nombor baru ke ni? -_______-'


and so, masa hantar repair henpon ritu, hati ni tergerak nak berjalan seorang diri sepanjang syari' Port Said. Siang siang takde musyrif pun takpe kan? hahaha Bagi aku, ada banyak kelebihan kenapa aku memilih untuk memberanikan diri explore tempat org seorang diri. Dengan keadaan Mesir yang agak kembali normal dan aman sikit, aku rasa selamat sikit, kena beranikan diri, aku tak suka menyusahkan orang lain utk temankan aku berjalan ke sesuatu tempat kecuali keadaan memaksa aku bergerak keluar dari rumah pada waktu malam, itu memang aku ajak kawan la. Bila kita jalan seorang diri, kau takde sape nak diajak berborak so korang akan jadi lebih fokus dengan keadaan sekeliling, aku gunakan point ni utk memerhati dan menghafal tempat2 macam kedai, nama jalan dan land mark. Selain tu, bagi sesape yang ada masalah tuh, boleh lah muhasabah sikit2 dalam erti lain layan perasaan sorang sorang, bercakap dengan diri sendiri dalam hati. Tipulah kalau korang tak pernah bermonolog dalaman hahaha Dan point paling penting, walaupun orang lain nampak kau berjalan seorang tapi sebenarnya kau sendiri yakin Allah sentiasa ada di sisi melindungi korang. So, nak takut ape kan?




aku tahu semua gambar yang aku amek tak cantik, takde motif tapi semua orang ada rasa yang berbeza mengenai seni. ekk aku je kot yang minat subjek halus ni hahaha aku tak perlukan DSLR utk menghasilkan shot yang menarik, skill menangkap gambar tu penting la sebenarnya, you have to know the right angle at the correct amount of light :D wwalaweyhh


this is nafa'. Kalau kat malasyia pernah dengar pedestrian bridge? haa, tapi tuh kat atas jalan kan. nih kat bawah jalan raya. Kalau highway kat malaysia tu kan each side ada 3 lane, kalau kat sini, 3 lane boleh jadi 6 lane, dah tuh sume nak laju macam F1.. unless kalau seseorang itu mempunyai kecekapan pendengaran dan pandai estimate kelajuan kenderaan, boleh lintas jalan besar tu tanpa menggunakan nafa'.






sebenarnya, dah lama aku berfikir tentang nikmat yang Tuhan bagi kat aku. Dari aku kecik sampai la sekarang. Aku bersyukur ada mak ayah yang kalau nak dibandingkan dengan orang yang yatim piatu tu. Sekurang kurangnya aku merasa basikal roda 3 di belakang dan main roller blade dahulu kala. Bila mana aku tak dapat apa yang aku nak, aku menangis sepenuh hati dan tidak lama lepas tu Allah beri apa yang aku inginkan. Apa yang pernah terlintas dlm fikiran tapi hati aku tak menginginkannya pun Allah tunaikan. Dan bila aku sedih yang amat Dia riangkan hati aku, tapi kadang kadang aku lupa...
Jadi kawan kawan, janganlah seperti kacang lupakan kulit
:)


No comments: