Saturday, July 30, 2011

Menukar Jantina


Mari kita kaji secara mudah dan senang difahami mengenai hukum menukar jantina. Menukar jantina ialah menukar jantina seseorang melalui proses pembedahan dari lelaki menjadi perempuan, atau dari perempuan menjadi lelaki, atau dari khunsa menjadi salah satu dari dua jantina.


  • Taghyir dan Takmil


  • Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:

    1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
    2. Takmil (Menyempurnakan jantina)

    Apa perbezaan di antara Taghyir atau tabdil (Menukar jantina) dengan takmil (menyempurnakan jantina)??

    Ciri-ciri Taghyir atau tabdil ialah:
    Seorang lelaki yang sempurna/normal kejadian jantina luarannya (alat seksnya-zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna/normal dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.

    Ciri-ciri Takmil ialah:
    1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.

    2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.

    Hukum Taghyir dan Takmil
    a. Hukum Taghyir - mengubah status kelamin, dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya.

    Islam mengharamkannya dengan alasan:
    1. Firman Allah Taala: Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (surah al-Hujarat, 13)
    Pengajaran ayat di atas:
    Seluruh manusia sama taraf dan kedudukkannya di sisi Allah tanpa memandang jantina dan kaum. Yang menjadi penentu kemuliaan hanyalah ketakwaan kepada Allah. Anugerah jantina yang normal perlu disyukuri. Menukar anugerah tersebut bermakna mengengkari nikmat tersebut.

    2. Firman Allah Taala:
    Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (Al-Nisa', 119)
    Pengajaran ayat di atas:
    Menurut beberapa orang ahli tafsir, bahawa antara perkara-perkara yang boleh dianggapa sebagai mengubah ciptaan Allah yang diharamkan ialah: Homoseks, lesbian, membuat tato, mencukur alis mata dan berpakaian dan bertingkah laku dengan lawan jantinanya. Dengan ini menukar jantina yang telah dianugerahkan juga termasuk di dalam - Mengubah ciptaan Allah yang diharamkan.

    3. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
    "Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya - Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah."
    Pengajaran dari Hadis:
    Rasulullah menyenaraikan sebahagian dari perbuatan-perbuatan yang dianggap mengubah ciptaan Allah yang dilarang. Melihat kepada ciri perbuatan-perbuatan berkenaan, maka dapatlah kita simpulkan bahawa menukar jantina juga termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

    b. Hukum Takmil
    Islam mengharuskannya. Alasannya ialah:

    1. Untuk menarik kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan.
    Maslahat bagaimana? Dan mudarat bagaimana? Mudarat yang diperolehi ialah, kewujudan kaum pondan (dilahirkan dengan dua kelamin) boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial. Antaranya ialah gejala homoseks yang boleh mengakibatkan tersebarnya kuman HIV. Teknologi perubatan pada hari ini mampu mengatasi masalah pondan ini dengan melakukan pembedahan menyempurnakan alat kelamin mereka. Dan Islam memandangnya sebagai baik dan bagus, kerana maslahat yang dicapai hasil dari pembedahan itu nanti lebih besar dari kemudaratannya.

    2. Cuba lihat sekali lagi dalil-dalil yang digunakan didalam menghukumi keharaman Taghyir (mengubah jantina). Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari mengubah ciptaan Allah. Jadi timbul satu persoalan di sini, bukankah melakukan pembedahan untuk menyempurnakan jantina seseorang itu juga termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai mengubah ciptaan Allah? Memang benar, jika pengubahan itu tidak mendatangkan apa-apa maslahah/kebaikan atau menyebabkan mudarat maka haram hukumnya. Sebaliknya jika pengubahan itu dapat menghasilkan maslahah yang lebih besar serta dapat menghindarkan mafsadah/kerosakan, maka Islam membenarkannya.

    Apakah status mereka yang mengubah jantina?

    Kita perlu melihat kepada tujuan mereka. Seandainya atas tujuan:
    i. Taghyir (mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.
    ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.

    *************


    Mengenai isu seorang lelaki bernama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang telah menimbulkan kontroversi kepada seluruh tanah air kerana berkehendakan menukar namanya kepada kepada Aleesha Farhana di dalam ic, jelas mengundang ketidak puasan hati ramai pihak. Aku dah selidik dah pasal Ashraf ni, memang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan bukan khunsa. Jadi tak patut pun dia melakukan pembedahan penukaran jantina di Thailand pada 2 tahun lepas bermaksud dia menolak hukum Allah. First of all, arwah Mohd Ashraf telah pun kembali ke rahmatullah pagi tadi waktu Malaysia disebabkan hypotension dan masalah jantung. Ape pun kita doa semoga dosanya diampunkan Allah, kalau kita nak cakap "kesian tak sempat nak taubat dah kena tarik nyawa" pun tak manis, antara dia dengan Tuhan, kita pun tak tahu kita mati nanti macam mana, mungkin dia lagi mulia dari kita siapa tahu?

    Generally,kalau korang pun boleh berfikir, dulu kat sekolah kita tahu hukumnya HARAM menukar ciptaan Tuhan, even nak cukur bulu kening pun dah berdosa kita ni yang kaum perempuan. Apatah lagi menukar jantina. Isu ni banyak je berlaku kat malaysia, kes maknyah tuh sume, pengkid dan lain2. Yang terlibat kebanyakan orang melayu Islam, aku sedih macam mana boleh jadi macam ni. Adakah bermula dari masalah kegagalan keluarga, ibu bapa dalam mendidik anak2 atau pun dari faktor diri sendiri yang mengikut nafsu semata-mata. Mengikut cerita dan drama melayu yang aku tengok lah kan, mostly disebabkan dengan siapa kita bergaul iaitu kawan2 di sekeliling yang banyak juga mempengaruhi atitude, kalau kita kawan dengan budak smoking, maka kita pun ikut hisap sekali, kalau berkawan dengan budak surau, maka kita pun ikut turun sembahyang sama2. Dari segi sains, apa yang aku paham dia ada berkaitan dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Camne asalnya manusia ni dari pencantuman sperma ngan ovum kemudian menjadi sel yang berkembang pesat dan seterusnya melalui beberapa proses sehinggalah membentuk seorang bayi yang sempurna. Camne terjadinya perbezaan jantina ketika masih dalam perut mak kita tu lagi. Di mana genetik dan kromosom yang menentukan jantina tu akan berkembang. Tapi dalam masa yang sama jugak kekadang berlaku kecelaruan genetik dan kromosom tu menjadikan jantina bayi tu pun bercelaru sama. Tu yang kadang kadang ada bayi yang lahir sebagai khunsa. Khunsa ni maknanya individu yang memiliki dua alat kelamin. Apa yang aku pernah baca, walaupun ada individu yang berjantina khunsa ni tapi jarang sekali terdapat individu khunsa yang kedua dua alat kelaminnya berfungsi sama. Tapi kalau kes macam lahirnya berjantina lelaki, isi hatinya seakan perempuan tak pulak Islam mengharuskan buat pembedahan penukaran jantina. Camtu jugak sebaliknya. Malah Islam jugak mengharamkan sekeras kerasnya jika lelaki berperwatakan seperti perempuan dan sebaliknya. Dan golongan ni jugak dilaknat oleh Allah. Memang la ada individu yang zahirnya lain, batinnya lain. Tak dinafikan kadang kadang tu disebabkan perkembangan genetik ketika dalam perut tu pun mempengaruhi personaliti seseorang individu bila membesar. 


    Kita semua ada je kenalan yang yang ke arah terpesong dari jantina sebenar dia, paling banyak kalau yang lelaki tu agak2 lembut sikit. Aku geli dengan yang aw-aw ni, ngaku lah jugak salah sebenarnya kita nak menghukum dan menyisihkan kaum sebegitu, berkawan je lah, cuma kita jangan menyokong apa yang mereka lakukan agak2 dia lelaki tapi nak pakai skirt, kita halang! Bukan salah dia pun kenapa jiwa dia lain dari fizikal, tanggungjawab kita yang ada berhampiran ni, tolong dia mana tau terbuka jugak pintu hati dia untuk menerima takdir ciptaan Tuhan, esok lusa daripada lembut jadi keras gagah perkasa macam lelaki normal lain dan sebaliknya kepada perempuan. Tapi tak semua dari kita sanggup nak dekat dengan golongan macam ni sebab kita malu ada kawan macam tu bukan? kat sekolah dulu2 pun bila ada je kawan yang lembut ni, kita selalu ejek dia, ajuk2 dia. Mentaliti masyarakat macam ni yang patut kita ubah sebenarnya, instead kita sisihkan diorang, kita bawa dan lead dia jalan yang betul supaya dia tak terus dengan dunia dia yang dah kompem2 tersasar, sama jugak macam orang yang ada AIDS. Hmm. tak salah kalau lelaki tu lembut, perempuan tu keras, yang salah kalau dia tukar jantina. Begitu ceritanya semua lelaki nak jadi perempuan, abes pupuslah lelaki2, kalau ada lelaki betul2 tulen pun belum tentu ada yang boleh mengimamkan solat, last2 ramai wanita yang merana tak berkahwin bela anak kucing sebagai anak angkat. So, kepada lelaki, sila jaga mental dan jiwa anda untuk meneruskan populasi manusia... -.-' muahaha

    Sunday, July 24, 2011

    Hikmah Berdiam Diri


    MANUSIA berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
    Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
    Antara hikmah diam adalah:
    1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
    2. Perhiasan tanpa berhias.
    3. Kehebatan tanpa kerajaan.
    4. Benteng tanpa pagar.
    5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
    6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
    7. Menutupi segala aib.
    Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
    “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Abu Naim)
    “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
    “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.” (Riwayat At-Tirmizi)
    Madah Dari Hukama:
    * Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
    * Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
    * Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
    Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

    Thursday, July 21, 2011

    PERTANDINGAN UNTUK SEMUA BLOGGERS


    salam,

    seperti yang korang sedia maklum, post aku sebelum ni gambar dia boleh bergerak2. Jadi aku nak ajar korang macam mana nak letak gambar2 gerak(animated pic/gif) dalam blog korang. Justeru itu, aku plan nak buat satu pertandingan mengenai ilmu yang aku dapat ni. Apa yang perlu korang buat ialah :

    1. pilih animated pic/gif yang korang suka dan right click pada gambar tersebut. Tekan pada inspect element.

    2. Kemudian, akan muncul satu box kat screen korang seperti gambar di bawah ini. Di dalam box tersebut, korang akan nampak code2 yang memeningkan kepala. Apa yang perlu korang buat ialah, mula2 jangan tekan apa2, tapi kenal pasti code yang telah sedia di-highlight dengan warna biru seperti gambar di bawah ini. Kemudian, right click ATAS CODE tersebut untuk di copy sebagai 'copy as html'. kalau korang tak jumpa code yang mana satu, ikut step satu balik. Biasanya, code itu ada perkataan 'img' di hadapan.


    3. pergi kepada dashboard untuk buat new post. kemudian klik pada  edit html seperti gambar di bawah.


    4. selepas itu, paste code yang telah di copy tadi ke dalam ruangan edit html. nampakkan? ada perkataan "img" pada code. :D makesure ok!



    5. Then, korang tekan balik button compose untuk melihat gambar tadi gerak2 atau tidak. Selepas itu, teruskan menulis blog anda seperti biasa publish post :)


    CONTEST :

    1. Pertandingan yang aku anjurkan ialah , korang kena ikut step di atas tapi menggunakan gambar yang aku bagi kat bawah ni.
     2. Setelah itu, tuliskan cara- cara bagaimana kita nak memastikan kebersihan alam sekitar khususnya di Malaysia. Sikit2 pun takpe, ayat kalau nak skema pon aku tak kisah :D
    3. Publish post anda bertajuk "BLOGGERS UNITED"
    4. Sila hantar penyertaan anda SEBELUM 31 JULAI 2011. Kalau takut aku tak perasan korang punya post, mesej aku link post korang melalui fesbuk atau pun ym, sebarang pertanyaan akan dilayan. Jangan risau2.
    5. Hadiah disediakan untuk para pemenang yang bertuah hihi :DDD




    sila guna gambar dia atas!

    selamat mencuba, majulah sukan untuk negara :DDDD

    Monday, July 18, 2011

    When You're Studying for Finals

    expectation :






    reality




    the best solution is




    p/s : wish me luck. err doakan kejayaan kami :DD

    Saturday, July 16, 2011

    Shipwreck Survivor



    The only survivor of a shipwreck was washed up on a small, uninhabited island. He feverishly made Du’a for Allah to rescue him. Every day he scanned the horizon for help, but none seemed forthcoming. Exhausted, he eventually managed to build a little hut out of driftwood to protect himself from the elements, and to store his few possessions.

    One day, after scavenging for food, he arrived home to find his little hut in flames, with smoke rolling up to the sky. He felt the worst had happened, and everything was lost. He was stunned with disbelief, grief, and anger. He cried out, ‘Oh Allah! How could you do this to me?’Early the next day, he was awakened by the sound of a ship approaching the island! It had come to rescue him! ‘How did you know I was here?’ asked the weary man of his rescuers.’We saw your smoke signal,’ they replied.

    The Moral of This Story: It’s easy to get discouraged when things are going bad, but we shouldn’t lose heart, because Allah is at work in our lives, even in the midst of our pain and suffering. Remember that the next time your little hut seems to be burning to the ground. It just may be a smoke signal that summons the Mercy of Allah.

    Friday, July 15, 2011

    Entrusted Gift



    There was once a very pious and knowledgeable scholar whose son passed away at the tender age of 6. The scholar was deeply affected by his loss. He would go to the masjid for Salah and would return home immediately afterwards, not giving any lectures or evening daras, as he would usually do. Outside of his home he had stopped talking to people who lived in his neighbourhood.

    Upon seeing this routine for several weeks, the people of the town were severely concerned. They wished to help the Alim but did not know how to approach him. 

    A woman who was witnessing all of this came up with a plan, using her wisdom which Allah had blessed her with. She decided to take matters into her own hands and pay the scholar a visit.

    Upon reaching his house she asked permission to enter. The Alim’s wife told the woman to wait and went to her husband. Hearing this, the Alim was very disturbed. He told his wife to go back and tell the woman he wished not to speak to her. He told her to ask someone else. The woman was very reluctant in leaving. She continuously pleaded with the Alim that there was no one else who had studied Ilm and that she needed a specific question answering.

    The Alim gave in and told the woman to go ahead and ask the question. The woman began speaking. “The question I wanted to ask has to be answered in accordance to Islamic law.”

    The Alim nodded and gestured her to carry on. “A friend of mine was given a Amanat (a possession which needed to be kept safe). She had the Amanat for a few years and grown fond of it. On the return to the owner she became upset and didn’t want to give the Amanat back. Should she keep it or return it?”

    The Alim answered with ease and told her that the answer was to simply return the item as it did not belong to her friend in the first place. The woman asked again to make sure she had the right answer. “So even though my friend looked after the possession for so long, she still has to return it?”

    The Alim repeated the answer again and added, “Your friend should be grateful to the owner that the Amanat had been taken back so its not in her care anymore.” Then the woman spoke. “In the same way Allah had blessed you with a son. But he returned to Allah who was ultimately the owner.”

    With saying that the woman left. The Alim thanked Allah for opening his eyes. He raised his hands in Dua. The Scholar then returned to his normal self much to the happiness of all the townspeople.

    مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ
    ‘From the (earth) did We create you, and into it shall We return you, and from it shall We bring you out once again.’
    (Surah Ta’ha 20:55)

    Sunday, July 10, 2011

    Khinzir atau Babi


    salam, wahaha aku tak merujuk post kepada BERSIH atau sesape, sekadar ingin berkongsi kepada semua sekali terutama budak medic second year sebab ada certain word yang kita dah pernah jumpa dalam buku module. Penat aku research pasal ni kat google. hopefully, bermanfaat tapi serius menarik sebenarnya babi ni. BACALAH ! Quoted from Hani(again) "sampai hati awak baby baby kan saya" ;p




    1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.


    2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.



    3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.



    4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.



    5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.



    6. Boar : Babi liar



    7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

    Khinzir adalah daripada perkataan arab yang bermaksud babi. Seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika dilihat dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim, sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Ia gemar berkubang di dalam lumpur untuk membantunya menyejukkan badan. Ia mempunyai penglihatan yang lemah disebabkan matanya yang kecil. Ekornya pendek dan bergelung, Khinzir mempunyai kitaran pembiakan yang cepat dan boleh mengawan pada umur 8 bulan. Khinzir mempunyai anak yang banyak kebiasaannya ia melahirkan anak dari 8 hingga 12 ekor dalam satu masa.

    Khinzir adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengawan dengan khinzir yang lain di hadapannnya . Khinzir betina mendapat kebenaran dan tiada malu untuk mengawan dengan mana-mana khinzir jantan sekalipun, sedangkan pasangannya tidak cemburu terhadap apa yang dilakukan. Keadaan ini seolah-olah khinzir betina itu sebagai pelacur yang paling teruk manakala khinzir jantan pula tidak mempunyai moral yang baik dengan membiarkan pasangannya mengawan dengan khinzir jantan mana yang diingini. Justeru, seseorang yang memakan daging khinzir akan mempengaruhi personalitinya termasuklah melakukan zina dan homoseksual. 

    Kulitnya diproses di kilang dan dijadikan pelbagai kegunaan harian manusia seperti tali pinggang, sarung tangan, kasut, bulu berus, bahan penebat dan sebagainya. Firma farmaseutikal membuat insulin dan ubat lain yang dibuat daripada kelenjar khinzir. Darahnya dijadikan baja, makanan haiwan dan ubat. Lemaknya dibuat sabun, lilin, minyak pelincir, krim pencukur, bahan letupan dan tulangnya pula apabila dikisar dijadikan minyak tulang, glu, baja, bahan makanan haiwan dan lain-lain.




    "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Surah Al-Baqarah, Ayat 173)

    Diantara penyakit yang boleh dikaitkan dengan babi ialah : anthrax, ascarissuum, botulism, brucella, rabies, salmonellosis, salmonella choleraesuis, sarcosporidiosis, scabies, streptococcus dysgalactiae.

    Sejarah membuktikan bahayanya virus bawaan babi ini dimana pada tahun 1918 jangkitan virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 hingga 40 juta manusiaseluruh dunia.Kuman ini yang berasal dari babi-babi di Amerika menjangkiti tentera tentera Amerika pada perang dunia pertama dan tentera tentera ini pula menyebarkan penyakit ini ke Negara Negara lain pula.kajian keatas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan,punca wabak ini adalah daripada virus yang berasal dari babi.

    Wabak pada tahun 1957 yang dikenali sebagai Asian Flu dan wabak yang menyerang Hong Kong 1968 berkemungkinan besar berpunca dari kuman yang datang dari binatang ternakan sebelum mengjankiti babi.Didalam badan babi,virus ini berubah atau melakukan transformasi kepada bentuk yang lebih merbahaya sebelum menjangkiti manusia(reassortment). Wabak ini berjaya meragut 2 juta orang.

    Wabak JE(Japanese Encaphalitis) yang merebak pada 1998 beberapa negeri di Malaysia telah meragut banyak nyawa. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak jutaan ringgit untuk kos vaksin iaitu RM 25juta untuk penduduk dan RM 7.5 juta pula untuk 500000 khinzir.Virus ini merebak dalam ternakan khususnya khinzir. Penyakit ini dikesan di Jepun ada tahun 1935 dan di Malaysia pertama berlaku terhadap tahanan British ada tahun 1951. Virus ini menyebabkan demam-demam, kejang otot, dan boleh membawa maut.

    Terdapat beberapa parasit-parasit dan bakteria yang mengerumuni khinzir dan hidup dalam dagingnya yang akan berpindah kepada seseorang yang memakannya. Memberi pelbagai penyakit kepada manusia seperti cacing pita, cacing gelang dan cacing kerawit.

    Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita(tapeworm dalam
     kelas Cestoidea, dalam filum Platyhelminthes). Ia tersimpan di dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh.  Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan, kekejangan urat, histeria, kegilaan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir ke semua organ tubuh. 

    cacing pita

    Kejadian khinzir yang diharamkan oleh Allah SWT kepada umat menunjukkan bahawa Islamlah agama yang terbaik, syumul lagi benar di sisi Allah SWT . Ia amat menitik beratkan penganutnya agar sentiasa mendapat kesihatan yang baik, tidak memakan haiwan yang buruk perangainya yang dapat mempengaruhi seseorang yang memakannya. Allah SWT mengangkat martabat manusia ke peringkat yang terpuji bukannya hamba yang rendah martabatnya


     "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya", al Tin ayat 4

    Friday, July 8, 2011

    The Carpenter



    A highly skilled carpenter who had grown old was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house building business and live a more leisurely life with his family. He would miss the paycheck, but he needed to retire.

    The employer was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor. The carpenter agreed to this proposal but made sure that this will be his last project. Being in a mood to retire, the carpenter was not paying much attention to building this house. His heart was not in his work. He resorted to poor workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end his career.

    When the job was done, the carpenter called his employer and showed him the house. The employer handed over some papers and the front door key to the carpenter and said “This is your house, my gift to you.”

    The carpenter was in a shock! What a shame! If he had only known that he was building his own house, he would have made it better than any other house that he ever built!

    Our situation can be compared to this carpenter. Allah SWT has sent us to this world to build our homes in paradise by obeying His commands. Now, we have to decide how well we wish to build the homes where we will live forever

    Thursday, July 7, 2011

    Section 5


    last kelas utk second year


    good luck exam semuaaaaaaaa hihi hihi :D

    Wednesday, July 6, 2011

    Love Exchange



    dedikasi khas untuk pemberi buku ni :)
    kepada pembaca luar alex, meh sini aku story sikit. Batch kami telah mengadakan satu program yang diberi nama love exchange di mana setiap orang tak kira laki dan perempuan harus lah menyediakan satu hadiah untuk dijadikan pertukaran(main tukar2 hadiah). Nasib la, biasanya budak lelaki agak tak berperasaan dan  x serius dengan benda remeh temeh camni, so nasib la sesape yang dapat hadiah dari kaum tersebut. Anyway, aku suka dengan hadiah yang aku dapat, kompem dari pihak perempuan, sweet gila, dapat buku bertajuk "indahnya cinta" .. tenkiu :)

    tidak tahu sape pemberinya, haihh nak sangat tahu sebenarnya sebab rasa terhutang budi. Nak cakap thanks depan2, rasa macam nak balas balik pemberian dia. Oh macam ni ke perasaannya dapat hadiah daripada seseorang yang tidak diketahui identitinya, haha first time rasa macam ni tapi ak try act cool haha aku selalu berharap supaya dapat something dari unknown dan hari ni aku dapat rasa, semua orang tadi pun rasa benda yang sama :)

    kalau kita ingin orang memberi kepada kita, kita pun kenalah banyak2 memberikan? maybe aku tak banyak memberi kot dulu sebab tu lambat Allah bagi aku rasa macam ni, special feelings, thanks to you :)

    ..kalau Aku sudah mencintainya,  Aku menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan Aku menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat dan Aku menjadi tangannya yang dia pergunakan untuk memukul dan Aku menjadi kakinya dan ia berjalan dengannya. Jika ia meminta kepadaKu, nescayaKu beri dan jika ia meminta pertolongan kepadaKu, nescaya Aku melindungi..... Hadis Qudsi

    49 Days

    okey, post ni untuk sesiapa yang rindu aku mengolah dan bercerita sebab sebelum ni asyik post citer english, sume tu aku dapat dari sebuah sumber yang best. haha takde la bermanfaat sangat pon post ni, aku nak bercerita tentang sebuah drama bersiri korea yang baru je ak tengok beberapa hari lepas dan dah abes pun, tenkiu Hani, supplier terbesar heehee :D


    cerita itu mengandungi 20 episod dan berkisar mengenai seorang wanita bernama Jihyun yang koma selepas accident kereta. Yang menariknya, roh Jihyun diberikan masa selama 49 hari untuk mengumpulkan 3 titisan air mata dari 3 orang insan berbeza tidak termasuk parents dan adik beradik, maksudnya orang2 tu sume kena nangis seikhlas hati untuk Jihyun supaya roh dia dapat bersatu balik dengan jasadnya dan kembali hidup semula. Dalam masa yang sama, Jihyun diberikan peluang untuk meminjam badan perempuan lain sewaktu perempuan tu tidur. So, macam2 benda yang dilakukan oleh Jihyun sepanjang 49 hari tu, termasuklah menyelesaikan konflik cinta bersama tunangnya, masalah syarikat, salah faham kawan dan lain2. Jadi, berjaya kah Jihyun mengumpulkan air mata tersebut dan sedar dari koma? 

    komen aku, ada banyak pengajaran yang aku dapat bila tengok citer ni. Yang paling beri kesan kat aku bila pompan tu diberi masa 49 hari utk berusaha supaya sedar semula, kalau tak dapat, lepas tempoh tu dia akan mati. Kira bagus la pompan tu dapat peluang untuk selesaikan balik apa tak kena pada tempatnya sebelum dia accident, maksudnya dia boleh prepare awal2 so that dia tak menyesal kalau dia ditakdirkan mati nanti. Dalam kehidupan sebenar, mustahil la seseorang manusia tu diberikan petunjuk bila hari kematian dia, kalau seseorang tu tahu dia nak mati lagi sebulan, kompem sebulan tu jugak dia melekat kat atas sejadah kan? Dan aku juga nampak pengajaran mengenai pengkhinatan kawan sendiri, setelah berkawan sekian lama bertahun2, sampai hati kawan tu buat tahi kat kita. Dan kadang2 kita tak sedar selama ni ada orang lain yang kita tak sangka2 sayangkan kita sepenuh hati tapi kita buat bodoh dengan dia malah kehadiran dia pun kita lepas pandang. 

    kepada sesiapa yang minat nak tengok citer ni, boleh lah carik budak2 rumah najibah abdul malek hehe tapi make sure lepas exam baru sedut ok. aku dah bincang dengan budak2 rumah aku pasal citer korea yang rating dia paling memberi kesan, antaranya Secret Garden, My Girl, My Girlfriend is a Gumiho dan  Sassy Girl Chun Hyang. Setiap cerita ni ada pengolahan yang menarik + fantasi, ada jugak konsep cinta tapi pengarah dia bijak, macam2 benda dia selitkan. ohya, aku sedang mencari citer lama taiwan bertajuk A Prince Turn into a Frog, sesape yang ada boleh infom kat aku awal2, pas exam nanti aku nak amek :D


    sebenarnya, bukan la aku ni kaki drama korea ke ape, dan bukan tak minat nak support drama melayu. Cuma kadang2 aku rasa pengarah di malaysia perlu lebih kreatif dan janganlah asyik nak fokus kepada jalan cerita berunsur cinta dan hantu seram. Aku respect pengarah muda macam afdlin syauqi, tengok sumer citer dia, lain macam kan? mungkin kebanyakan filem2 dia berunsur komedi bodoh tapi pengajaran dia bagi impak beb. oh mungkin ada satu je kot drama melayu yang aku bagi tak lapuk, kalau korang ingat dulu, ada drama tajuk dia "cinderella", citer melayu je ni tapi ada banyak konflik. peh dari tadi konflik konflik, anyway, aku suka citer yang buat aku berfikir. Kenapa dia macam ni? kenapa macam tu? Dia stimulate otak secara tak langsung. Macam lord of the ring, Indiana Jones, Pirates, major akan cakap filem2 ni bosan tahap dewa, tapi ada adventure weh, seronok ape, rasa macam kita pun terikut serta dalam journey diorang. 

    semua orang ada taste masing2, dan itu yang membezakan antara kita, sama ada kau ni jenis orang yang berangan angan ataupun realistik :)


    Sunday, July 3, 2011

    The Apple on the Path



    There was once a man who was travelling and felt really hungry. Walking past a garden he saw an apple on the walk path.

    It had fallen off a branch that extended beyond the garden fence. He picked it up and ate it.

    Shortly thereafter, he was struck with the guilt that he had consumed a fruit that did not belong to him.

    He set out to find the owner of the garden to inform him that he ate one of his apples without permission.

    He intended to pay the monetary value of it, or be forgiven for this sinful deed.

    Upon finding the owner, the traveller confessed to him. Amazed at the mans integrity, the owner responded:
    “I will not forgive you unless you accept my one stipulation: that you marry my daughter. Who is deaf, blind, mute & paralysed.”

    The man was taken aback, and juggled his thoughts in his head for a moment. He then surrendered to the stipulation, knowing that persevering with such a misfortunate wife is less horrific than the torment of Allah SWT for ‘stealing’ an apple.

    Having accepted the stipulation the night of the marriage came. The groom walks into the brides room with the feeling of sorrow and deep regret.

    Only to find a woman of magical beauty awaiting him. She speaks, hears, sees and moves. Moreover she was very well learned in Islam and exceptional in piety.

    She says to her husband, “I know you are surprised.”

    “My father described me as blind because I have blinded my eyes from any sight which displeases Allah SWT.”

    “I am mute because I have muted my tongue from all speech but that which is remembrance of Allah SWT.”

    “I am paralysed because I indulge in no forbidden activity and I am deaf because I refrain from hearing all vain speech.”

    “My father wanted to ensure that my husband is a very pious man, one who deserves me.”

    The pious couple brought a gift to the Ummah; their child was one of the greatest scholars of Islam.

    The ‘Father of the Imaams’ and who established the 1st of the 4 major schools of thought.

    Imaam Abu-Haneefah (Rahimullah)

    “And women of purity are for men of purity and men of purity are for women of purity” (Quran 24:26)

    Be pure

    Obey Allah SWT.