Wednesday, July 6, 2011

49 Days

okey, post ni untuk sesiapa yang rindu aku mengolah dan bercerita sebab sebelum ni asyik post citer english, sume tu aku dapat dari sebuah sumber yang best. haha takde la bermanfaat sangat pon post ni, aku nak bercerita tentang sebuah drama bersiri korea yang baru je ak tengok beberapa hari lepas dan dah abes pun, tenkiu Hani, supplier terbesar heehee :D


cerita itu mengandungi 20 episod dan berkisar mengenai seorang wanita bernama Jihyun yang koma selepas accident kereta. Yang menariknya, roh Jihyun diberikan masa selama 49 hari untuk mengumpulkan 3 titisan air mata dari 3 orang insan berbeza tidak termasuk parents dan adik beradik, maksudnya orang2 tu sume kena nangis seikhlas hati untuk Jihyun supaya roh dia dapat bersatu balik dengan jasadnya dan kembali hidup semula. Dalam masa yang sama, Jihyun diberikan peluang untuk meminjam badan perempuan lain sewaktu perempuan tu tidur. So, macam2 benda yang dilakukan oleh Jihyun sepanjang 49 hari tu, termasuklah menyelesaikan konflik cinta bersama tunangnya, masalah syarikat, salah faham kawan dan lain2. Jadi, berjaya kah Jihyun mengumpulkan air mata tersebut dan sedar dari koma? 

komen aku, ada banyak pengajaran yang aku dapat bila tengok citer ni. Yang paling beri kesan kat aku bila pompan tu diberi masa 49 hari utk berusaha supaya sedar semula, kalau tak dapat, lepas tempoh tu dia akan mati. Kira bagus la pompan tu dapat peluang untuk selesaikan balik apa tak kena pada tempatnya sebelum dia accident, maksudnya dia boleh prepare awal2 so that dia tak menyesal kalau dia ditakdirkan mati nanti. Dalam kehidupan sebenar, mustahil la seseorang manusia tu diberikan petunjuk bila hari kematian dia, kalau seseorang tu tahu dia nak mati lagi sebulan, kompem sebulan tu jugak dia melekat kat atas sejadah kan? Dan aku juga nampak pengajaran mengenai pengkhinatan kawan sendiri, setelah berkawan sekian lama bertahun2, sampai hati kawan tu buat tahi kat kita. Dan kadang2 kita tak sedar selama ni ada orang lain yang kita tak sangka2 sayangkan kita sepenuh hati tapi kita buat bodoh dengan dia malah kehadiran dia pun kita lepas pandang. 

kepada sesiapa yang minat nak tengok citer ni, boleh lah carik budak2 rumah najibah abdul malek hehe tapi make sure lepas exam baru sedut ok. aku dah bincang dengan budak2 rumah aku pasal citer korea yang rating dia paling memberi kesan, antaranya Secret Garden, My Girl, My Girlfriend is a Gumiho dan  Sassy Girl Chun Hyang. Setiap cerita ni ada pengolahan yang menarik + fantasi, ada jugak konsep cinta tapi pengarah dia bijak, macam2 benda dia selitkan. ohya, aku sedang mencari citer lama taiwan bertajuk A Prince Turn into a Frog, sesape yang ada boleh infom kat aku awal2, pas exam nanti aku nak amek :D


sebenarnya, bukan la aku ni kaki drama korea ke ape, dan bukan tak minat nak support drama melayu. Cuma kadang2 aku rasa pengarah di malaysia perlu lebih kreatif dan janganlah asyik nak fokus kepada jalan cerita berunsur cinta dan hantu seram. Aku respect pengarah muda macam afdlin syauqi, tengok sumer citer dia, lain macam kan? mungkin kebanyakan filem2 dia berunsur komedi bodoh tapi pengajaran dia bagi impak beb. oh mungkin ada satu je kot drama melayu yang aku bagi tak lapuk, kalau korang ingat dulu, ada drama tajuk dia "cinderella", citer melayu je ni tapi ada banyak konflik. peh dari tadi konflik konflik, anyway, aku suka citer yang buat aku berfikir. Kenapa dia macam ni? kenapa macam tu? Dia stimulate otak secara tak langsung. Macam lord of the ring, Indiana Jones, Pirates, major akan cakap filem2 ni bosan tahap dewa, tapi ada adventure weh, seronok ape, rasa macam kita pun terikut serta dalam journey diorang. 

semua orang ada taste masing2, dan itu yang membezakan antara kita, sama ada kau ni jenis orang yang berangan angan ataupun realistik :)


No comments: