Sunday, July 10, 2011

Khinzir atau Babi


salam, wahaha aku tak merujuk post kepada BERSIH atau sesape, sekadar ingin berkongsi kepada semua sekali terutama budak medic second year sebab ada certain word yang kita dah pernah jumpa dalam buku module. Penat aku research pasal ni kat google. hopefully, bermanfaat tapi serius menarik sebenarnya babi ni. BACALAH ! Quoted from Hani(again) "sampai hati awak baby baby kan saya" ;p




1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.


2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.



3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.



4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.



5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.



6. Boar : Babi liar



7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

Khinzir adalah daripada perkataan arab yang bermaksud babi. Seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika dilihat dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim, sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Ia gemar berkubang di dalam lumpur untuk membantunya menyejukkan badan. Ia mempunyai penglihatan yang lemah disebabkan matanya yang kecil. Ekornya pendek dan bergelung, Khinzir mempunyai kitaran pembiakan yang cepat dan boleh mengawan pada umur 8 bulan. Khinzir mempunyai anak yang banyak kebiasaannya ia melahirkan anak dari 8 hingga 12 ekor dalam satu masa.

Khinzir adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengawan dengan khinzir yang lain di hadapannnya . Khinzir betina mendapat kebenaran dan tiada malu untuk mengawan dengan mana-mana khinzir jantan sekalipun, sedangkan pasangannya tidak cemburu terhadap apa yang dilakukan. Keadaan ini seolah-olah khinzir betina itu sebagai pelacur yang paling teruk manakala khinzir jantan pula tidak mempunyai moral yang baik dengan membiarkan pasangannya mengawan dengan khinzir jantan mana yang diingini. Justeru, seseorang yang memakan daging khinzir akan mempengaruhi personalitinya termasuklah melakukan zina dan homoseksual. 

Kulitnya diproses di kilang dan dijadikan pelbagai kegunaan harian manusia seperti tali pinggang, sarung tangan, kasut, bulu berus, bahan penebat dan sebagainya. Firma farmaseutikal membuat insulin dan ubat lain yang dibuat daripada kelenjar khinzir. Darahnya dijadikan baja, makanan haiwan dan ubat. Lemaknya dibuat sabun, lilin, minyak pelincir, krim pencukur, bahan letupan dan tulangnya pula apabila dikisar dijadikan minyak tulang, glu, baja, bahan makanan haiwan dan lain-lain.




"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Surah Al-Baqarah, Ayat 173)

Diantara penyakit yang boleh dikaitkan dengan babi ialah : anthrax, ascarissuum, botulism, brucella, rabies, salmonellosis, salmonella choleraesuis, sarcosporidiosis, scabies, streptococcus dysgalactiae.

Sejarah membuktikan bahayanya virus bawaan babi ini dimana pada tahun 1918 jangkitan virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 hingga 40 juta manusiaseluruh dunia.Kuman ini yang berasal dari babi-babi di Amerika menjangkiti tentera tentera Amerika pada perang dunia pertama dan tentera tentera ini pula menyebarkan penyakit ini ke Negara Negara lain pula.kajian keatas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan,punca wabak ini adalah daripada virus yang berasal dari babi.

Wabak pada tahun 1957 yang dikenali sebagai Asian Flu dan wabak yang menyerang Hong Kong 1968 berkemungkinan besar berpunca dari kuman yang datang dari binatang ternakan sebelum mengjankiti babi.Didalam badan babi,virus ini berubah atau melakukan transformasi kepada bentuk yang lebih merbahaya sebelum menjangkiti manusia(reassortment). Wabak ini berjaya meragut 2 juta orang.

Wabak JE(Japanese Encaphalitis) yang merebak pada 1998 beberapa negeri di Malaysia telah meragut banyak nyawa. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak jutaan ringgit untuk kos vaksin iaitu RM 25juta untuk penduduk dan RM 7.5 juta pula untuk 500000 khinzir.Virus ini merebak dalam ternakan khususnya khinzir. Penyakit ini dikesan di Jepun ada tahun 1935 dan di Malaysia pertama berlaku terhadap tahanan British ada tahun 1951. Virus ini menyebabkan demam-demam, kejang otot, dan boleh membawa maut.

Terdapat beberapa parasit-parasit dan bakteria yang mengerumuni khinzir dan hidup dalam dagingnya yang akan berpindah kepada seseorang yang memakannya. Memberi pelbagai penyakit kepada manusia seperti cacing pita, cacing gelang dan cacing kerawit.

Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita(tapeworm dalam
 kelas Cestoidea, dalam filum Platyhelminthes). Ia tersimpan di dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh.  Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan, kekejangan urat, histeria, kegilaan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir ke semua organ tubuh. 

cacing pita

Kejadian khinzir yang diharamkan oleh Allah SWT kepada umat menunjukkan bahawa Islamlah agama yang terbaik, syumul lagi benar di sisi Allah SWT . Ia amat menitik beratkan penganutnya agar sentiasa mendapat kesihatan yang baik, tidak memakan haiwan yang buruk perangainya yang dapat mempengaruhi seseorang yang memakannya. Allah SWT mengangkat martabat manusia ke peringkat yang terpuji bukannya hamba yang rendah martabatnya


 "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya", al Tin ayat 4

No comments: