Saturday, July 30, 2011

Menukar Jantina


Mari kita kaji secara mudah dan senang difahami mengenai hukum menukar jantina. Menukar jantina ialah menukar jantina seseorang melalui proses pembedahan dari lelaki menjadi perempuan, atau dari perempuan menjadi lelaki, atau dari khunsa menjadi salah satu dari dua jantina.


  • Taghyir dan Takmil


  • Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:

    1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
    2. Takmil (Menyempurnakan jantina)

    Apa perbezaan di antara Taghyir atau tabdil (Menukar jantina) dengan takmil (menyempurnakan jantina)??

    Ciri-ciri Taghyir atau tabdil ialah:
    Seorang lelaki yang sempurna/normal kejadian jantina luarannya (alat seksnya-zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna/normal dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.

    Ciri-ciri Takmil ialah:
    1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.

    2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.

    Hukum Taghyir dan Takmil
    a. Hukum Taghyir - mengubah status kelamin, dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya.

    Islam mengharamkannya dengan alasan:
    1. Firman Allah Taala: Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (surah al-Hujarat, 13)
    Pengajaran ayat di atas:
    Seluruh manusia sama taraf dan kedudukkannya di sisi Allah tanpa memandang jantina dan kaum. Yang menjadi penentu kemuliaan hanyalah ketakwaan kepada Allah. Anugerah jantina yang normal perlu disyukuri. Menukar anugerah tersebut bermakna mengengkari nikmat tersebut.

    2. Firman Allah Taala:
    Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (Al-Nisa', 119)
    Pengajaran ayat di atas:
    Menurut beberapa orang ahli tafsir, bahawa antara perkara-perkara yang boleh dianggapa sebagai mengubah ciptaan Allah yang diharamkan ialah: Homoseks, lesbian, membuat tato, mencukur alis mata dan berpakaian dan bertingkah laku dengan lawan jantinanya. Dengan ini menukar jantina yang telah dianugerahkan juga termasuk di dalam - Mengubah ciptaan Allah yang diharamkan.

    3. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
    "Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya - Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah."
    Pengajaran dari Hadis:
    Rasulullah menyenaraikan sebahagian dari perbuatan-perbuatan yang dianggap mengubah ciptaan Allah yang dilarang. Melihat kepada ciri perbuatan-perbuatan berkenaan, maka dapatlah kita simpulkan bahawa menukar jantina juga termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

    b. Hukum Takmil
    Islam mengharuskannya. Alasannya ialah:

    1. Untuk menarik kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan.
    Maslahat bagaimana? Dan mudarat bagaimana? Mudarat yang diperolehi ialah, kewujudan kaum pondan (dilahirkan dengan dua kelamin) boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial. Antaranya ialah gejala homoseks yang boleh mengakibatkan tersebarnya kuman HIV. Teknologi perubatan pada hari ini mampu mengatasi masalah pondan ini dengan melakukan pembedahan menyempurnakan alat kelamin mereka. Dan Islam memandangnya sebagai baik dan bagus, kerana maslahat yang dicapai hasil dari pembedahan itu nanti lebih besar dari kemudaratannya.

    2. Cuba lihat sekali lagi dalil-dalil yang digunakan didalam menghukumi keharaman Taghyir (mengubah jantina). Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari mengubah ciptaan Allah. Jadi timbul satu persoalan di sini, bukankah melakukan pembedahan untuk menyempurnakan jantina seseorang itu juga termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai mengubah ciptaan Allah? Memang benar, jika pengubahan itu tidak mendatangkan apa-apa maslahah/kebaikan atau menyebabkan mudarat maka haram hukumnya. Sebaliknya jika pengubahan itu dapat menghasilkan maslahah yang lebih besar serta dapat menghindarkan mafsadah/kerosakan, maka Islam membenarkannya.

    Apakah status mereka yang mengubah jantina?

    Kita perlu melihat kepada tujuan mereka. Seandainya atas tujuan:
    i. Taghyir (mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.
    ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.

    *************


    Mengenai isu seorang lelaki bernama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang telah menimbulkan kontroversi kepada seluruh tanah air kerana berkehendakan menukar namanya kepada kepada Aleesha Farhana di dalam ic, jelas mengundang ketidak puasan hati ramai pihak. Aku dah selidik dah pasal Ashraf ni, memang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan bukan khunsa. Jadi tak patut pun dia melakukan pembedahan penukaran jantina di Thailand pada 2 tahun lepas bermaksud dia menolak hukum Allah. First of all, arwah Mohd Ashraf telah pun kembali ke rahmatullah pagi tadi waktu Malaysia disebabkan hypotension dan masalah jantung. Ape pun kita doa semoga dosanya diampunkan Allah, kalau kita nak cakap "kesian tak sempat nak taubat dah kena tarik nyawa" pun tak manis, antara dia dengan Tuhan, kita pun tak tahu kita mati nanti macam mana, mungkin dia lagi mulia dari kita siapa tahu?

    Generally,kalau korang pun boleh berfikir, dulu kat sekolah kita tahu hukumnya HARAM menukar ciptaan Tuhan, even nak cukur bulu kening pun dah berdosa kita ni yang kaum perempuan. Apatah lagi menukar jantina. Isu ni banyak je berlaku kat malaysia, kes maknyah tuh sume, pengkid dan lain2. Yang terlibat kebanyakan orang melayu Islam, aku sedih macam mana boleh jadi macam ni. Adakah bermula dari masalah kegagalan keluarga, ibu bapa dalam mendidik anak2 atau pun dari faktor diri sendiri yang mengikut nafsu semata-mata. Mengikut cerita dan drama melayu yang aku tengok lah kan, mostly disebabkan dengan siapa kita bergaul iaitu kawan2 di sekeliling yang banyak juga mempengaruhi atitude, kalau kita kawan dengan budak smoking, maka kita pun ikut hisap sekali, kalau berkawan dengan budak surau, maka kita pun ikut turun sembahyang sama2. Dari segi sains, apa yang aku paham dia ada berkaitan dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Camne asalnya manusia ni dari pencantuman sperma ngan ovum kemudian menjadi sel yang berkembang pesat dan seterusnya melalui beberapa proses sehinggalah membentuk seorang bayi yang sempurna. Camne terjadinya perbezaan jantina ketika masih dalam perut mak kita tu lagi. Di mana genetik dan kromosom yang menentukan jantina tu akan berkembang. Tapi dalam masa yang sama jugak kekadang berlaku kecelaruan genetik dan kromosom tu menjadikan jantina bayi tu pun bercelaru sama. Tu yang kadang kadang ada bayi yang lahir sebagai khunsa. Khunsa ni maknanya individu yang memiliki dua alat kelamin. Apa yang aku pernah baca, walaupun ada individu yang berjantina khunsa ni tapi jarang sekali terdapat individu khunsa yang kedua dua alat kelaminnya berfungsi sama. Tapi kalau kes macam lahirnya berjantina lelaki, isi hatinya seakan perempuan tak pulak Islam mengharuskan buat pembedahan penukaran jantina. Camtu jugak sebaliknya. Malah Islam jugak mengharamkan sekeras kerasnya jika lelaki berperwatakan seperti perempuan dan sebaliknya. Dan golongan ni jugak dilaknat oleh Allah. Memang la ada individu yang zahirnya lain, batinnya lain. Tak dinafikan kadang kadang tu disebabkan perkembangan genetik ketika dalam perut tu pun mempengaruhi personaliti seseorang individu bila membesar. 


    Kita semua ada je kenalan yang yang ke arah terpesong dari jantina sebenar dia, paling banyak kalau yang lelaki tu agak2 lembut sikit. Aku geli dengan yang aw-aw ni, ngaku lah jugak salah sebenarnya kita nak menghukum dan menyisihkan kaum sebegitu, berkawan je lah, cuma kita jangan menyokong apa yang mereka lakukan agak2 dia lelaki tapi nak pakai skirt, kita halang! Bukan salah dia pun kenapa jiwa dia lain dari fizikal, tanggungjawab kita yang ada berhampiran ni, tolong dia mana tau terbuka jugak pintu hati dia untuk menerima takdir ciptaan Tuhan, esok lusa daripada lembut jadi keras gagah perkasa macam lelaki normal lain dan sebaliknya kepada perempuan. Tapi tak semua dari kita sanggup nak dekat dengan golongan macam ni sebab kita malu ada kawan macam tu bukan? kat sekolah dulu2 pun bila ada je kawan yang lembut ni, kita selalu ejek dia, ajuk2 dia. Mentaliti masyarakat macam ni yang patut kita ubah sebenarnya, instead kita sisihkan diorang, kita bawa dan lead dia jalan yang betul supaya dia tak terus dengan dunia dia yang dah kompem2 tersasar, sama jugak macam orang yang ada AIDS. Hmm. tak salah kalau lelaki tu lembut, perempuan tu keras, yang salah kalau dia tukar jantina. Begitu ceritanya semua lelaki nak jadi perempuan, abes pupuslah lelaki2, kalau ada lelaki betul2 tulen pun belum tentu ada yang boleh mengimamkan solat, last2 ramai wanita yang merana tak berkahwin bela anak kucing sebagai anak angkat. So, kepada lelaki, sila jaga mental dan jiwa anda untuk meneruskan populasi manusia... -.-' muahaha

    2 comments:

    nabil amira said...

    well written :) thanks silah for the explaination

    silah said...

    tq! dpt sumber rujukan hukum dari blog orang :)