Sunday, August 14, 2011

Perihal Kucing

sebuah cerita rekaan lahir dari imaginasi penulis. aku menulis untuk diri sendiri :)

Di sebuah kawasan perniagaan sekitar Kuala Lumpur, di mana banyak restoran dan gerai kecil menapak, tinggallah sebuah populasi kucing jalanan yang hidup mencari rezeki di sekitar kawasan tersebut. Terdapat seekor kucing jantan berwarna oren, berbulu nipis dan mempunyai ekor yang panjang, ia bernama Tuti. Badannya kurus dan mempunyai kesan2 luka akibat bergaduh dan gaya hidupnya yang aktif. Tuti selalu mengembara dari kedai ke kedai untuk mencari ketulan tulang ikan atau ayam, seperti pengemis, tetapi dia mempunyai prinsip, jika pengunjung sesebuah restoran itu sedang makan, Tuti tidak akan menganggu dan setelah mereka beredar baru lah dia ke meja makan dan mengutip sebarang sisa makanan yang jatuh ke atas lantai.

Pada suatu hari, Tuti sedang berjalan di tepi longkang berhampiran tempat pembuangan sampah di bahagian belakang kedai. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tangisan sayu kucing, hati dia penuh rasa ingin tahu lalu mencari punca bunyi itu. Alangkah terkejutnya Tuti apabila melihat seekor anak kucing berwarna putih, gebu terperangkap di dalam longkang. Tuti segera menyelamatkan anak kucing itu supaya tidak mati kesejukan. Leher kucing putih itu digigit kemas oleh Tuti dan dibawa naik ke tepi longkang. Tuti menjilat bulu anak kucing itu seperti kasihnya seorang ibu :D

"Siapa nama kau?" Tuti bertanya
"Wiwi"
"Bagaimana kau boleh berada di sini?"
"Aku telah dibuang, aku lapar, aku berjalan tapi aku tak tahu arah tuju, aku pening dan kepenatan lalu jatuh ke situ"
"Ikutlah aku"  :)

4 bulan berlalu, macam-macam yang Tuti ajarkan kepada Wiwi. Mengenai etika seekor kucing tidak boleh mencuri makanan manusia atau kucing lain, tidak boleh berak merata-rata dan tidak menganggu ketenteraman manusia. Usia Wiwi yang semakin meningkat remaja adalah penyebab dia selalu bergaduh dengan kucing lain, jadi Tuti lah yang akan menolong Wiwi, luka yang terdapat di badan Wiwi akan dijilat oleh Tuti sebab air liur kucing mempunyai bakteria yang mempercepatkan luka untuk kering.



Pada suatu hari, Wiwi diserang demam panas, hidungnya penuh dengan liquid dan badannya sungguh tidak bermaya. Dia tidak mampu mencari makanan sendiri. Tuti berasa susah hati lalu segera mencari makanan untuk Wiwi, tetapi pada waktu itu, di bulan puasa, banyak kedai makan yang tutup. Tuti terus menerus mencari dan ketika dia melalui jalan belakang deretan restoran, terlihat sebuah kedai orang bukan islam yang terbuka. Deria bau Tuti sangat kuat sehingga boleh menghidu bau ayam goreng, dia mendekati dapur kedai tersebut dan melompat ke atas meja. Tuti tidak mempunyai pilihan selain daripada mencuri ayam goreng itu. Sepantas kilat dia merangkul seketul ayam akan tetapi seorang pekerja kedai itu sedar akan kehadiran Tuti. Pekerja itu berang dan menangkap Tuti menggunakan kotak. Malang tidak berbau, dia mencuri bukan untuk dirinya sendiri tetapi kerana terpaksa, pekerja tersebut bertindak memotong 2 kaki Tuti menggunakan parang. Darah menitik ke lantai, Tuti dilepaskan, dalam keadaan terhincut hincut Tuti kembali menemui Wiwi. Air matanya mengalir, sakit.

Dia kucing yang kudung, berjalan terjengkit2, seperti kucing cacat yang menjijikkan, 3 bulan berlalu. Namun, semangat kucing oren itu sangat kuat, tidak mahu menyusahkan Wiwi dan berusaha mencari makanan sendiri. Wiwi kian membesar menjadi seekor kucing putih yang cantik, bulunya walaupun hidup sebagai kucing jalanan, badannya bersih kerana dia selalu menjilat bulunya. Seorang kanak kanak suka melihat Wiwi, lalu nekad untuk membawa Wiwi ke rumahnya. Tuti berasa sedih kerana akan kehilangan seorang kawan, dia mengekori Wiwi dan budak itu dari belakang. di rumah itu, Wiwi diberi layanan yang istimewa, makanan disediakan, dimandikan dan dibelai. Namun itu, Tuti selalu menjenguk Wiwi dan sering kali membawa makanan pungutannya. Wiwi berasa susah hati, dia semakin mahu mengelak dari Tuti.

"Aku tak suka kau datang ke sini" tengking Wiwi.
"Kenapa? Aku hanya datang sekali sekala untuk melihat kau, ada makanan ni, jum makan"
"Tak nak, mereka menyediakan Friskies utk aku, lagi sedap"
"Macam tu, jum kita main sama sama" pujuk Tuti.
"Tak mahu, kau kucing cacat dan kudung, aku geli dengan kau, kau tak layak berkawan dengan aku, pergi Tuti, cari lah kawan lain"

Hati Tuti menjadi luluh, dia sedih dengan kata kata Wiwi. Tiba-tiba sekumpulan kanak kanak mendekati Tuti, mereka berasa geram lalu bertindak membaling batu ke arah Tuti. Tuti berlari tetapi kudratnya semakin hilang. Ketika melintasi jalan, sebuah kereta laju menghampiri. Tuti cemas, kakinya kebas. Kereta itu gagal berhenti dan melanggar Tuti, dia tercampak ke tepi. Wiwi yang melihat kemalangan itu segera berlari melalui celahan pagar rumah mendapatkan Tuti. Lemah longlai, nafas kucing kudung itu semakin sesak, darah mengalir, lukanya besar, Wiwi sayu lalu menjilat luka Tuti, kemudian kucing putih itu memijak2 badan Tuti, menarik2 telinga Tuti, menggigit leher Tuti namun tiada lagi pergerakan. Wiwi bersendirian hari itu.

khas ditujukan kepada cikgu amin(guru BM), Bee, Wawa, Bel dan Laila.






*********************

Kucing kalau kita beri makan, dia suka kat kita, dia akan datang kepada kita selalu. Masa tu sebab dia rasa ada orang dah bersedia nak jaga dia. Semasa di Jasin, di dalam blok asrama, aku ada seorang kawan, dia suka kan kucing. Suatu hari dia jumpa seekor anak kucing, dari dewan makan kot, dia bawa masuk asrama, kucing tu diberi makan. Kawan aku sediakan tempat tinggal untuk anak kucing tu dalam sebuah kotak kasut Nose. Lama lama kitorang pun panggil kucing tu nose. Bila outing, kawan aku beli Frikies utk kucing tu. Susu pun dia bagi jugak dalam botol. Hadis mengenai pahala memberi makan kepada haiwan :

Rasullah pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud “Pada setiap makhluk yang punya perut,ada pahala.” Kata Rasullah lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi.” Baginda juga bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidak menyayangi,maka dia tidak disayangi.”(Riwayat bukhari)
ouh, aku jugak ada dengar satu cerita menarik dari Hani. Pasal seorang perempuan ni, dia bela banyak kucing. Tapi Allah uji perempuan tu, dia tak boleh mengandung. Balik rumah, perempuan tu menangis lepas tahu dia tak kan boleh mempunyai anak kandung sendiri. Semua kucing2 yang dia bela datang kat dia, semua keliling dia atas katil, kucing2 tu senyap seolah olah paham perasaan tuannya sendiri. touching :(




sebenarnya, bukan kucing je yang binatang yang ada kat atas dunia ni. Kalau seseorang tu tak suka kucing tak semestinya dia tak prihatin langsung kat haiwan kesayangan nabi tu. Mungkin dia takut kucing tu bertindak agresif. Aku tak tahu kalau perasaan sayang kat binatang ni satu anugerah atau tak, tapi kalau kau jenis yang membenci haiwan, memang kau bermasalah. Baik kau suka. 


3 comments:

Wan Zahidah said...

klo x suke kucing...lari laa...tapi ade yg sepak ngan kaki...ouchhh...sian weyh kucing tuh...tapi x pe...kucing tu baik je..x marah2 pon...klo ak kene tendang?? ohoho...ak pon nak jdi baik gak lah..bes imaginasi ko...

BeE~BiE said...

T^T...... dahsyat laa karangan cla....T^T

miss asilah said...

wan : walaupun kucing tu takde akal, tapi makhluk tu ada gak perasaan. tengs, imaginasi plus peristiwa benar tu, yang kudung tu pun citer betul

bee : haha dah lama tak mengarang :Dd