Thursday, August 18, 2011

Setiap 6 Minit Kanak2 Mati Kebuluran di Somalia


Pelarian Somalia, Mohamed Ibrahim bersiap untuk mengebumikan jenazah anaknya yang berusia setahun yang mati akibat kebuluran.

Kecik2 dulu selalu dengar pasal Somalia ni, tapi masa tu kita tahu ape, negara orang tu bergolak, takde kena mengena dengan kita langsung, setakat keluar kat tv je dia tunjuk ada gaduh2, orang mati kebuluran tuh sume. Malam semalam tengok berita pun, keluar jugak laporan pasal masalah kekurangan makanan yang melanda negara tu, pun masih lagi kesedaran tak sampai kat diri ni -.-' dan pagi ni, bila terbuka blog Yan ,memang tersentap abes ah. klik kat link bawah ni untuk tahu ape citer :


"ANKARA 8 Ogos – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa umat Islam menghulurkan bantuan kecemasan kepada penduduk Somalia yang dilanda kebuluran akibat kemarau, terutamanya pada bulan Ramadan ini."

Betul la orang cakap, kita ni kalau bab nak membantu orang lain bukan main payah lagi. Jadi apa kata korang dan korang yang mana rasa duit dalam bank tu banyak, yang dapat tajaan tak kisahlah Mara ke JPA ke kita sedekah kan lah kat saudara2 SEAGAMA kita kat somalia tuh. Tak susah pun kalau kita selit RM10 dalam sampul surat pastu post kat badan organisasi sukarela yang terlibat. Alang2 dah nak dekat 10 malam terakhir ramadhan ni, buatlah amal sedekah, sikit pun takpe, mana tahu tup tup kita jumpa ngan Lailatul Qadar disebabkan amalan kebajikan kita tu. Walaupun Mesir panas tapi ada jugak angin, diorang kat sana kemarau sampai kering kontang, air takde terpaksa korek perigi, itu pun kalau jumpa punca air. hah, Malaysia nih, panas2 pun hujan turun jugak petang2, dalam bulan pose ni pun haus2 kita buka ngan cendol, air soya, ABC tuh sume. Itu baru air, makanan lak berlambak. Kau tinggal tunjuk je nak makan ape kat bazar tuh beli sampai nak pegang beg plastik pun tak cukup tangan lah katakan nak bandingkan dengan Somalia tuh, macam langit dengan bumi, situ nak jumpa nasi pun susah.

Kadang sedih pun ada jugak, baru sekarang negara2 islam bertumpu kepada masalah somalia. BARU SEKARANG?? orang orang kat US tu, yang beragama Kritian tuh dah lama diorang prihatin dengan nasib saudara2 kita kat Somalia tuh, kita nih je yang pending. Di mana letaknya dasar berperikemanusiaan kita, kalau Palestin, GAZA tuh kita alert kenapa tidak Somalia?



2 comments:

siti hanisah said...

mane nak cari alamat ye cik asilah? :)

miss asilah said...

masuk website tu, tekan butang make a donation, nanti klua satu page, scroll bawah sikit, jumpa alamat :)