Monday, August 1, 2011

Terawih Bukan di Tempat Sendiri

salam,

hee hee. tak tahu nak start dari mana. oke, petang tadi pergi rumah kak amy, sebab rumah aku takde air so minta tumpang mandi kat sana. Dah alang2 rumah kak amy tu sebelah je dengan Gamek Ibrahim(masjid), solat terawih pun kat situ jugak. Untuk outsiders, Gamek Ibrahim adalah main point utk orang2 alex ni nak buat gathering ke ape ke, macam riot aritu pun kat situ jugak. Petang tadi, lalu je depan masjid tu, dah nampak diorang bentang kan tikar hijau kat atas jalan raya. Aku ngan Bel je yang merancang solat terawih kat situ, syera ngan hani pergi kat masjid muassah. Maghrib sume kat rumah kak Amy, pukul 8.30 mlm macam tu baru masuk isya', kitorang pun turun sama sama. Masuk kat bahagian perempuan, penuh lah jugak, yang bawak anak pun ada. Berlantaikan tikar sebagai pengantara jalan raya dan kaki, berbumbungkan langit kelam, bersuluhkan cahaya bulan, tett bersuluhkan lampu jalan haha angin sepoi2 bahasa manjadi kipas semula jadi, nasib baik Alex dekat dengan pantai :) 

Dah jumpa tempat best, kitorang duduk. Letak selipar berhampiran tempat sujud kita takut2 hilang nanti, tak pasal2 balik berkaki ayam. ok, solat terawih kat sini hanyalah 8 rakaat sahaja, tapi imam akan habiskan satu juzuk setiap kali terawih, maksudnya, dalam 30 hari ramadhan ni memang khatam al quran la kiranya. So, bayangkan lama tak lama imam kena menghabiskan satu juzuk dalam 8 rakaat, jadi ada satu perkara yang aku tak pernah buat tapi aku buat di sini, memegang tafsir al-quran sebelah tangan semasa terawih. Agak kekok. Banyak orang arab buat macam tu, senior pun sekali. Bagus jugak sebab kalau ikut logik pun takde la makmum leka masa imam baca surah panjang2, boleh la cek bacaan kat tafsir. Kerana perkara ini, aku terus cek hukum memegang al-quran semasa solat. Tak berani nak komen lebih2. Ada yang kata sah je, and dibenarkan dalam solat terawih bulan ramadhan. Benda ni baru bagi aku, tapi for those yang dah pernah pergi Mekah mungkin benda ni biasa. Tapi ada gak yang aku kurang senang, orang arab ni, bila kita tengah solat tuh, nak lalu punya pasal ada ke patut dia tolak kita ke tepi, abes terbelah saf aku. Kalau sorang nak lalu takpe lagi ni sampai lebih sepuluh orang, hilang konsentrasi dalam solat masa2 tu jugak. So pasni, kalau nak pilih tempat tu, carik yang jauh dari pintu masuk -.-' ouhh, diorang kan bawak anak2 sekali, tengah2 kita fokus kat tempat sujud boleh lak ada anak kecil berlarian depan2 tuh, menangis carik mana mak dia, orang arab yang kat sebelah aku pun satu hal jugak, dia dah takbir, bila budak kecik tu lalu jek dia terus pandang budak kecik tu sampai hujung saf, memang dah lama aku hairan dengan cara solat orang arab semenjak aku datang mesir dulu. hm, tengah2 antara rakaat 4 ngan 5, kalau kat malaysia ada selawat ngan doa kan? kat sini dia bagi khutbah ringkas, sedih tak dapat nak paham :( witir dia pun sama je 3 rakaat macam kita, tapi kita hari 15 terakhir tu baru ada baca doa qunut kan? kat sini, first day lagi dah baca Qunut dengan sambungan doa kat belakang. Aku rasa doa tuh la yang buat makmum tacing menangis, kalau lah aku paham apa yang imam tu doa kan...  

Terawih baru, esok buka puasa tak tahu macam mana :)
selamat berpuasa semua!

4 comments:

Izyan Hanis said...

S E R O N O K


JELLEEEESSSS~

waaa. nak nanes. :(

jeles jeles jeles.

Wan Zahidah said...

SELAMAT BERPUASA!!!!!! JANGAN NAGES2!!

ainaa said...

jeles jugak.
at least merasa ramadhan sini
selamat berpuasa silah!
have a nice experience

silah said...

hahah takde pe nak dijeleskan, kat malaysia pun best juga :)