Friday, September 23, 2011

How to Make Coconut Shake


Memandangkan Malaysia sangat panas sekarang ni, jadi aku dan ayah mengambil keputusan utk membuat coconut shake, handmade seyh. Mula2 kita perlukan sebatang pokok kelapa, bukan kelapa sawit ya. Dan pastikan pokok kelapa tersebut mempunyai buah. Tak kisahlah buah kelapa tuh kaler kuning ke hijau ke, takpe, janji dye buah kelapa sebab orang pun ada yang kaler hitam, ada jugak yang kaler kuning, putih, coklat dan sebagainya, bak kata ayah saya huhu





korang kena tarah buah dekat pucuk dye supaya senang nak tebung lubang utk mengeluarkan air. Pastu, tapiskan air kelapa ke dalam jug. 

belah kelapa kepada dua untuk korek isi kat dalam tuh dan masukkan ke dalam bekas, bukan lepas korek masuk dalam mulut ye.

masukkan air kelapa, isi kelapa, dan ais ke dalam blender. Bubuh gula banyak2 jugak.

Pastu blend! and...
*
*
*
Vualllaaaa~~~

Coconut Shake Sdn Bhd :DD

anyway, i'd like to promote my second blog hihi. Takde la bermanfaat sangat just nak sharing je. Kalau korang rasa facebook membosankan, buka blog tu, ada la sikit2 tazkirah dan selebihnya hanya nak happy kan mood korang je :D ouh, ada gak quote yang best2, boleh lah post kat facebook korang, kita share eh, takyah credit kat aku pun takpe. kalau tak keberatan tinggalkan mesej korang kat situ, so aku tahu sape yang dah visit. here is the link :)

 adiwanang.tumblr.com



Friday, September 16, 2011

Mengenali Ikan Hiasan

Ikan merupakan sumber makanan dari laut yang mengandungi zat protein penting untuk pembinaan sel sel dalam badan kita. Bukan ni yang aku nak citer sebenarnya -.-' Buat mereka yang menggemari aktiviti membela binatang sudah pasti tak lari daripada memiliki sama ada kolam ikan ataupun aquarium di dalam rumah. Kehadiran spesies kehidupan tersebut sememangnya akan menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah. Justeru itu, aku mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kepada korang beberapa jenis ikan hiasan air tawar yang aku pernah bela dahulu kala supaya next time korang datang rumah orang, dengan bangganya korang boleh cakap "elehh, aku tahu nama ikan ni, kau tahu tak?" ngahaha

Ikan MPS


Ikut tempat, kalau kat seremban, nama ikan ni MPS(majlis perbandaran seremban). kalau kat kuantan maybe jadi MPK. haha kenapa nama dye macam tu? sebab  kerja yang dye lakukan. Kalau nak tahu, ikan ni bukan lah jenis ikan yang suka berenang ke sana ke mari, dye akan lekat kat satu2 permukaan tuh, macam kat cermin aquarium ke, batu ke, dye melekat bukan suke2 tau. Sebab dekat permukaan tuh sumer ada lumut, so ikan ni memang makan lumut dan sisa makanan ikan lain. Sedihkan huhu tapi ikan ni sangat berjasa supaya kebersihan aquarium terpelihara di samping membantutkan pertumbuhan lumut2 hijau. Kalau ikan ni takde, aquarium korang tuh boleh jadi hutan hijau :D


Ikan Goldfish


Aku panggil ikan ni sebagai ikan bola pingpong sebab bentuk dye macam bola pingpong. Dah lah bulat, geram giler tengok ikan ni sebab dye berenang tergedek gedek. Kalau hulur je tangan dalam kolam, kompem dapat tangkap ikan ni, takyah pakai tangguk pun takpe, dye berenang lembab sikit sebab gemuk dan resistence dye untuk melawan arus pun tinggi wahaha. Bila aku pegang ikan ni,dekat kepala dia tu macam ada jelly, kening dye kot, aku suke nak kutil2 kepala dye, geram kot. Tapi nanti ayah aku nampak, takut kena marah aku pun lepaskan ikan ni ke dalam kolam hoho.


Ikan Tikus

ahah. ikan ni kalau korang tengok kepala dye macam bentuk kepala tikus dan ada sesungut kat depan tu represent misai tikus la kononnya. Dalam aquarium dulu ada batang kayu hiasan. Semua ikan memang suka main rumah2 kat celah2 kayu dan batu. So, ikan tikus ni, bila kitorang tutup lampu waktu malam, dye mesti pergi kat celahan kayu, dye duduk situ diam2 macam tengah baring tapi tak pejam mata pun, but still kitorang akan anggap dye tengah tido. Nanti bila dah pagi, kitorang bukak lampu, dye pun bangun dan sambung berenang. Esoknya, dye akan repeat tabiat yang sama dan tido di tempat yang sama jugak. comel :D

Ikan Tiger

Ishh. Tak suka gila ikan ni. Nak tahu kenapa? sebab dye suke gigit ekor ikan lain sampai koyak rabak ekor ikan tu. Lagi2 kalau dye kacau ikan bole pingpong, ikan tuh dah la gedebab, berenang terhegeh hegeh, memang abes lah ekor dye kena gigit ngan si tiger tuh. Bila aku nampak je ikan tiger ni kacau ikan lain, nanti aku akan tangkap dye and kurung dalam tangguk. Biar dye sorang2 tak dapat kawan. Nama pun tiger kan, memang nakal tapi takde la ganas.


Kissing Fish

Aku panggil dye ikan cium cium hahaha :D Sebab ikan ni memang pe'el dye suka bercium. Kalau jumpa couple dye tuh mulalah berkelakuan tak senonoh depan orang lain, bajet romantik jek haha. Tapi kalau dye gaduh ngan pasangan dye nanti, haa frust lah dye. Last2 cium cermin aquarium jek ngahaha

Ikan Kap

Ayah cakap ikan ni berasal dari jepun. Ikan ni takde ape yang menarik pun. Biasa orang bela kat dalam kolam. Mulut dye memang besar. Kalau nak bagi makan pallet tu kan, sekali ngap 10 biji pallet dye telan. Dah lak tu, ikan lain dye pegi tolak. Tamakkan? Dah tentu cepat je dye besar, ikan2 lain sumer kering2. Tuh pasal, kalau aku nak bagi makan ikan, aku suka berat sebelah dengan ikan2 kap ni, nanti aku tabur makanan kat ikan2 yang kurus2 dulu, nasiblah ikan kap tu dpt makan ke tak ngahaha kejam kan aku. Ah! ikan tuh dah cukup makan, kesian kat ikan2 lain. Ikan kap ni agak mahal, lagi2 kalau kaler badan dye berwarna gold atau silver. Pehh, memang jadi kesayangan lah ikan kap kaler2 antik ni.

Ikan Sepat

haa. ikan ni ada 2 jenis yang aku pernah bela. Kaler kuning dengan biru. Ikan sepat ni lembut2 sikit. Sirip atas dye tuh kalau kena cahaya memang cantik. Dye ada sepasang sesungut panjang. Selalu kalau berdepan dengan objek, ikan ni akan ke depan kan sesungut dye terhadap objek tu, kira macam dye nak pegang2 dulu selamat ke tak objek tu, cehh macam ada deria rasa lak. Aku pun main cakap je hagagaga.

Ikan2 takde nama

haha ikan ni ada je nama dye tapi aku tak tahu saintifiknya apa. Ikan2 ni senang nak bela sebab dye tak perlukan air yang berombak. Lagi satu, ikan ni memang cepat sangat membiak. Entah bila dye bunting pun aku tak tahu. Tapi, kalau nampak agak2 perut dye kembang buncit, ada telur lah tu. Tapi yang sedihnya, kalau pun seratus ekor anak berjaya dye hasilkan, belum tentu sekor pun dapat hidup sehingga mencapai saiz yang selamat. Anak2 ikan, dye mula2 menetas bentuk macam berudu. Dalam aquarium aku tuh dulu, ada banyak spesies ikan, so mesti ikan2 besar lain dah makan anak2 ikan ni. Another reason is banyak jugak anak ikan yang tersedut ke dalam water pump. Thats why la tiada survivor huhu sadis

Ikan Laga



haaa. ikan laga nih bela dalam separate balang. Dye tak boleh hidup dengan ikan lain sebab nanti sumer dye buat lawan bukan jadi kawan, nama pun ikan laga. Pantang betul kalau dye jumpe ikan laga lain(sama spesies), pastu nanti dye rasa jeles dan marah, mula lah dye kembangkan ekor nak eksyen sape lagi cantik. Kalau korang letakkan cermin depan dye pun nanti ikan ni boleh naik darah tak pasal2, padahal tengok image sendiri je pun haha.

ikan2 bawah ni pun aku bela jugak.

Ikan Silver Dollar
Angelfish
Ikan Guppy
Ballashark 
Papepun, sekarang ayah aku dah tak main dah dgn ikan kecik2 nih, dye beli yang besar punya beb. taraaaa~

ikan kelisa
aku pun tak nampak tang mana yang cantiknya pasal ikan nih, tapi yang pasti ikan ni makin dye besar makin tinggi value dye. Dye jenis ikan karnivor, makan ikan lain, biasa ayah aku beli ikan bilis hidup untuk ikan ni. Gasak lah kau wahai ikan2 bilis yang malang huhu




hee hee kolam ikan buatan sendiri kat rumah aku. Masa tu 2002, before ayah aku decide nak renovate rumah sekarang ni. Kalau kolam ni kotor, kitorang adik beradik jugak la yang kena cuci, berus lantai dye yang berlumut tuh, cuci filter dye, berus batu2 hiasan. Aku ingat lagi, air kalau kotor boleh menyebabkan ikan tuh sakit kulit dan menjurus kepada kematiannya wahaha. So, lepas kolam bersih, ayah aku akan letak chlorine, pewarna air dan garam kasar. Pallet(makanan) pun kitorang bagi yang berkaler hijau dan merah. Kesannya, taik ikan2 tu pun kaler hijau dan merah campur2 macam aiskrim rainbow padlepop tuh haha. Lepas renovate, kolam ikan terpaksa ditimbus dan ikan di-transfer ke dalam aquarium huhu. Tak dpt nak berenang sama2 dengan ikan lagi dah hehe :D

tribute untuk semua ikan2 aku yang dah mati dan berkubur di tepi longkang, sesetengahnya mati kena balun dengan kucing jiran huhu 

Wednesday, September 7, 2011

Cinta Kembali Bertasbih

Mula mula, nak cakap sori kat yan. Dah janji dengan dye nak buat review pasal buku for a competition organized by her, whoever wins dpt hadiah buku bertajuk Healing with the Medicine of the Prophet, tapi due date dye dah lepas, so kompem aku tak menang haha takpelah janji tetap janji :)

Tajuk buku : Cinta Kembali Bertasbih
Mukasurat : 727 ( sebab tu lambat baca hehe )

okeh aku nak share ape yang aku dapat biler baca novel ni, especially utk yang tak minat baca novel dan juga male readers :)

"Amalkan ayat Kursi kemudian ayat 285 dan 286 daripada surah al-Baqarah. InsyaAllah kamu akan diselamatkan Allah daripada perbuatan kianat orang lain"

"Sekiranya benar mahu mencari keabadian cinta, kita perlu mencari kuasa yang mampu membina dan meruntuhkan. Kuasa yang mampu menghidup dan mematikan. Hanya yang berkuasa menghidup dan membina sahaja dapat mengabadikan kewujudan sesuatu benda. Dan kekuasaan itu sudah pasti adalah milik Allah"

"Solat adalah pembuka rezeki. Nabi Muhammad pernah berpesan, 'suruhlah ahli keluargamu bersolat. Pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu dari jalan yang tidak disangka-sangka"

"Kerana cinta itu adalah ukuran iman. Orang yang kita cintai itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat. Orang yang kita cintai itu akan melambangkan apa yang ada dalam hati kita. Sama ada keimanan ataupun kefasikan."

"Ada sebuah hadis sahih menyebut mafhumnya, 'Sebarang kerja yang dibuat tanpa membaca basmalah, maka amalan itu pasti cacat"

"Sunah nabi kita. Setiap kali beliau menaiki unta ataupun kuda(kenderaan), beliau membaca doa, lalu memandang ke langit tanda syukur kepada Allah yang memberikan tunggangan atau kenderaan yang baik kepada manusia"

"Berdoa adalah sunah ringan, ia tidak memerlukan kos besar. Apabila mahu bersedekah, kita perlukan harta ataupun wang, mahu berjihad kita perlukan persiapan dan alatan. Berdoa tidak memerlukan apa-apa kos. Ia lebih ringan drpd bersolat malam ataupun pergi menuntut ilmu. Jadi aiblah bagi saya sekiranya sunah ringan sebegitu gagal saya lakukan"

"Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyarankan kita supaya berbuka puasa sunat apabila ada tetamu mempelawa kita makan"

"Nabi pernah berpesan yang mafhumnya, 'Luruskan atau rapatkan saf kamu atau Allah akan memecahbelahkan hati sesama kamu'. Hadis ini jelas dan terang menyatakan saf yang renggang itu menjadi punca perpecahan di kalangan umat Islam"

"Pernah suatu ketika iblis ditanya nabi, siapakah musuh kamu. Lalu iblis menjawab, musuhku ada 10 jenis manusia. Antara orang yang menjadi musuh iblis adalah orang mukmin yang penyayang"

"Ya-Allah, Nabi-Mu pernah menyebut syurga dunia ada tiga iaitu kenderaan yang baik, rumah yang baik dan pasangan yang soleh ataupun solehah"

"Ikhlas itu hadir dalam 3 bentuk, pertama seseorang yang beramal kerana mahukan pahala dan syurga. Kedua orang yang beramal kerana takutkan dosa dan neraka. Ketiga, orang yang beramal kerana mahukan keredhaan Allah semata-mata tanpa mengharapkan syurga dan takutkan neraka. Apabila niat serupa dengan salah satu, baru kita dianggap ihklas"

"Tidak baik menghina anak yatim. Nabi Muhammad juga anak yatim. Menghina anak yatim sama dengan menghina status nabi. Sedangkan nabi jauh lebih mulia drpd kita"

"Apabila seseorang itu berlagak sombong dan bongkak, agama menuntut supaya kita berlaku sombong dan bongkak kepadanya"

"Nabi mengesyorkan kita apabila meminta hendaklah meminta yang terbaik. Sebagai contoh, apabila berdoa mahukan syurga, maka kita perlu memohon syurga Firdaus. Tiada salahnya"

"Cinta nabi adalah kerana mengharapkan seluruh umatnya terlepas dari azab Allah. Dia risau umatnya dibakar dalam neraka. Itulah cinta yang benar2 tulus dan sejati"

Selain tu, novel ni jugak ada selitkan penerangan complete mengenai
1. haramnya ber'couple'.
2. ciri2 yang perlu ada pada lelaki sebagai calon suami
3. Perkara2 asas yang perlu diketahui sebelum berumah tangga
4. hukum pakai botox dan braces

err actually buku ni korang boleh jumpa kat bahagian 'bacaan umum' dan bukan'novel' kat mph. Islamik, takde ayat jiwang2, gaya bahasa standard.

Sinopsis:

Berkisar tentang kehidupan seorang remaja bernama Rahman yang panas baran pada mulanya tetapi sangat protektif terhadap adiknya iaitu Fatimah. Sewaktu di sekolah menengah, Rahman jatuh hati terhadap Rasima kerana keayuan gadis tersebut lalu nekad mengutus surat kepada Rasima. Ustaz Kahar meminati Rasima dan sering menganggu gadis tersebut sehingga pada suatu ketika, ustaz tersebut cuba merogol Rasima tetapi diselamatkan oleh Rahman. Beberapa tahun kemudian, Rahman menyambung pelajaran di Kaherah Mesir bersama adiknya Fatimah di Iskandariah. Dia telah berubah menjadi lelaki yang baik dan bercakap dengan penuh hikmah. Rahman berkenalan dengan seorang lelaki iaitu Dato Ehsan dan bersetuju bekerja dengannya apabila pulang ke Malaysia. Rahman bertanggungjawab mengahwinkan adiknya terlebih dahulu sebelum meninggalkan bumi anbia itu. Sekembalinya Rahman ke Malaysia, dia bertemu semula dengan Rasima, buah hatinya dahulu. Dato' Ehsan berkenan kepada Rahman untuk dijadikan menantu, untuk dijadikan suami kepada anaknya iaitu Wawa. Selepas kepulangan Wawa dari Korea, dia berkenalan dengan Rahman yang berkeja sebagai tukang kebun di rumahnya sendiri. Wawa berbelah bahagi perasaannya terhadap Haziq yang dikenalinya sewaktu belajar di Korea dan Syakir(sepupu kepada Wawa). Syakir sangat2 menyukai Wawa. Konflik wujud apabila Dato' Ehsan enggan mengambil Syakir sebagai menantu kerana lelaki tersebut goyah agama. Syakir semakin tersepit apabila Melissa muncul lalu mengatakan sedang mengandungkan anak luar nikah mereka dan kemudian dia(syakir) nekad untuk memperkosa Wawa manakala tindakan Haziq menjadi pak sanggup, menerima seadanya Rasima untuk dijadikan sebagai isteri dan sila hampiri kedai buku berdekatan utk mengetahui kisah selanjutnya :D

Monday, September 5, 2011

Lukisan Aku


tajuk : an apple a day keeps the doctor away

4-5 tahun tak pegang crayon, kekok dan buruk -.-' oh, jumpa crush kat jusco semalam ngahahaha oke, dye kawan lama dari skolah rendah. hurmm ape yang kita tak pernah expect berlaku kadang2, itu surprise dari Tuhan, Dia nak bagi hadiah kat kita dlm pelbagai bentuk terutama bila hati kita ni merundum kesedihan. Aku suka je terserempak secara tidak sengaja dengan kawan2 lama, kita tighten the bonds again(hikmah). Kawan aku tu, dulu dye senyap, jumpa orang je senyum lagi2 kalau jumpe aku muahaha jenis yang shy2 sikit, haha sweet je laki pemalu. Tapi sekarang, memang betul la kan, sumer orang berubah, dia buka mulut citer macam2, nampak la dye punya keramahan di situ, orang nak berkawan pun senang kan. okeh sesape yg nak carik pakwe peramah, expert melukis, muke macam hero adamaya sikit tapi lagi cute, kalau nak kenal dye aku boleh bagi direct nombor wahaha :D

enuff for today :)

Sunday, September 4, 2011

Ada Jodoh Kita Jumpa Lagi



Function : reunion kelas 505 KL branch 
Lokasi : Jusco AU, Keramat 
dari kiri : asilah, qistina, amira, afiq, imtiaz, koray, amy, nana






Function : Gathering ex-mrsm batu pahat 04/06
Lokasi : Mahkota Parade, Melaka
Penaja : Bank Negara ( acap) :DD
Berdiri kiri : fifi qc, asilah, peka, do, wawa, amie, zuleka, temah, zac, zarina, ain, luqman
duduk kiri : amar, asyur, acap, asrul, syahid

sebenarnya, gathering budak2 batu pahat secara tak langsung, acap dah nak fly, so dye ajak kitorang makan2, sume dye support, thanks kat acap sebab dye aku jumpe balik kawan baik aku, wawa. thanks kat dia sebab sumer org dia belanja, thanks jugak sebab aku jumpe balik budak2 homeroom mutiara dalam 5 org camtu, ape2 pun aku anggap acap hanyalah pengantara di antara keredhaan Allah menemukan kami semula selepas beberapa tahun. Alhamdulillah :)