Wednesday, September 7, 2011

Cinta Kembali Bertasbih

Mula mula, nak cakap sori kat yan. Dah janji dengan dye nak buat review pasal buku for a competition organized by her, whoever wins dpt hadiah buku bertajuk Healing with the Medicine of the Prophet, tapi due date dye dah lepas, so kompem aku tak menang haha takpelah janji tetap janji :)

Tajuk buku : Cinta Kembali Bertasbih
Mukasurat : 727 ( sebab tu lambat baca hehe )

okeh aku nak share ape yang aku dapat biler baca novel ni, especially utk yang tak minat baca novel dan juga male readers :)

"Amalkan ayat Kursi kemudian ayat 285 dan 286 daripada surah al-Baqarah. InsyaAllah kamu akan diselamatkan Allah daripada perbuatan kianat orang lain"

"Sekiranya benar mahu mencari keabadian cinta, kita perlu mencari kuasa yang mampu membina dan meruntuhkan. Kuasa yang mampu menghidup dan mematikan. Hanya yang berkuasa menghidup dan membina sahaja dapat mengabadikan kewujudan sesuatu benda. Dan kekuasaan itu sudah pasti adalah milik Allah"

"Solat adalah pembuka rezeki. Nabi Muhammad pernah berpesan, 'suruhlah ahli keluargamu bersolat. Pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu dari jalan yang tidak disangka-sangka"

"Kerana cinta itu adalah ukuran iman. Orang yang kita cintai itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat. Orang yang kita cintai itu akan melambangkan apa yang ada dalam hati kita. Sama ada keimanan ataupun kefasikan."

"Ada sebuah hadis sahih menyebut mafhumnya, 'Sebarang kerja yang dibuat tanpa membaca basmalah, maka amalan itu pasti cacat"

"Sunah nabi kita. Setiap kali beliau menaiki unta ataupun kuda(kenderaan), beliau membaca doa, lalu memandang ke langit tanda syukur kepada Allah yang memberikan tunggangan atau kenderaan yang baik kepada manusia"

"Berdoa adalah sunah ringan, ia tidak memerlukan kos besar. Apabila mahu bersedekah, kita perlukan harta ataupun wang, mahu berjihad kita perlukan persiapan dan alatan. Berdoa tidak memerlukan apa-apa kos. Ia lebih ringan drpd bersolat malam ataupun pergi menuntut ilmu. Jadi aiblah bagi saya sekiranya sunah ringan sebegitu gagal saya lakukan"

"Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyarankan kita supaya berbuka puasa sunat apabila ada tetamu mempelawa kita makan"

"Nabi pernah berpesan yang mafhumnya, 'Luruskan atau rapatkan saf kamu atau Allah akan memecahbelahkan hati sesama kamu'. Hadis ini jelas dan terang menyatakan saf yang renggang itu menjadi punca perpecahan di kalangan umat Islam"

"Pernah suatu ketika iblis ditanya nabi, siapakah musuh kamu. Lalu iblis menjawab, musuhku ada 10 jenis manusia. Antara orang yang menjadi musuh iblis adalah orang mukmin yang penyayang"

"Ya-Allah, Nabi-Mu pernah menyebut syurga dunia ada tiga iaitu kenderaan yang baik, rumah yang baik dan pasangan yang soleh ataupun solehah"

"Ikhlas itu hadir dalam 3 bentuk, pertama seseorang yang beramal kerana mahukan pahala dan syurga. Kedua orang yang beramal kerana takutkan dosa dan neraka. Ketiga, orang yang beramal kerana mahukan keredhaan Allah semata-mata tanpa mengharapkan syurga dan takutkan neraka. Apabila niat serupa dengan salah satu, baru kita dianggap ihklas"

"Tidak baik menghina anak yatim. Nabi Muhammad juga anak yatim. Menghina anak yatim sama dengan menghina status nabi. Sedangkan nabi jauh lebih mulia drpd kita"

"Apabila seseorang itu berlagak sombong dan bongkak, agama menuntut supaya kita berlaku sombong dan bongkak kepadanya"

"Nabi mengesyorkan kita apabila meminta hendaklah meminta yang terbaik. Sebagai contoh, apabila berdoa mahukan syurga, maka kita perlu memohon syurga Firdaus. Tiada salahnya"

"Cinta nabi adalah kerana mengharapkan seluruh umatnya terlepas dari azab Allah. Dia risau umatnya dibakar dalam neraka. Itulah cinta yang benar2 tulus dan sejati"

Selain tu, novel ni jugak ada selitkan penerangan complete mengenai
1. haramnya ber'couple'.
2. ciri2 yang perlu ada pada lelaki sebagai calon suami
3. Perkara2 asas yang perlu diketahui sebelum berumah tangga
4. hukum pakai botox dan braces

err actually buku ni korang boleh jumpa kat bahagian 'bacaan umum' dan bukan'novel' kat mph. Islamik, takde ayat jiwang2, gaya bahasa standard.

Sinopsis:

Berkisar tentang kehidupan seorang remaja bernama Rahman yang panas baran pada mulanya tetapi sangat protektif terhadap adiknya iaitu Fatimah. Sewaktu di sekolah menengah, Rahman jatuh hati terhadap Rasima kerana keayuan gadis tersebut lalu nekad mengutus surat kepada Rasima. Ustaz Kahar meminati Rasima dan sering menganggu gadis tersebut sehingga pada suatu ketika, ustaz tersebut cuba merogol Rasima tetapi diselamatkan oleh Rahman. Beberapa tahun kemudian, Rahman menyambung pelajaran di Kaherah Mesir bersama adiknya Fatimah di Iskandariah. Dia telah berubah menjadi lelaki yang baik dan bercakap dengan penuh hikmah. Rahman berkenalan dengan seorang lelaki iaitu Dato Ehsan dan bersetuju bekerja dengannya apabila pulang ke Malaysia. Rahman bertanggungjawab mengahwinkan adiknya terlebih dahulu sebelum meninggalkan bumi anbia itu. Sekembalinya Rahman ke Malaysia, dia bertemu semula dengan Rasima, buah hatinya dahulu. Dato' Ehsan berkenan kepada Rahman untuk dijadikan menantu, untuk dijadikan suami kepada anaknya iaitu Wawa. Selepas kepulangan Wawa dari Korea, dia berkenalan dengan Rahman yang berkeja sebagai tukang kebun di rumahnya sendiri. Wawa berbelah bahagi perasaannya terhadap Haziq yang dikenalinya sewaktu belajar di Korea dan Syakir(sepupu kepada Wawa). Syakir sangat2 menyukai Wawa. Konflik wujud apabila Dato' Ehsan enggan mengambil Syakir sebagai menantu kerana lelaki tersebut goyah agama. Syakir semakin tersepit apabila Melissa muncul lalu mengatakan sedang mengandungkan anak luar nikah mereka dan kemudian dia(syakir) nekad untuk memperkosa Wawa manakala tindakan Haziq menjadi pak sanggup, menerima seadanya Rasima untuk dijadikan sebagai isteri dan sila hampiri kedai buku berdekatan utk mengetahui kisah selanjutnya :D

3 comments:

Izyan Hanis said...

Haa, sila lah terang kan part braces tuh :D

atika said...

Silahhh,Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Btin :) Lambat plk wish yer,nnt dtg la rye uma aku

miss asilah said...

dlm buku tu, pendapat dye sume negatif pasal braces huhu.

selamat hari raya, maaf zahir batin jugak tikapad :)