Monday, October 31, 2011

Don’t Judge Too Quickly





There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.
 
The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall. When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen. 
 
The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted. 
 
The second son said no it was covered with green buds and full of promise.
 
The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.
 
The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment. 
 
The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree’s life.
 
He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.
 
If you give up when it’s winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.


Friday, October 28, 2011

Golak Bosa


sori, seminggu dua facebook aku penuh dengan semangat ke-negerian. Seronok sangat dapat menyokong dari jauh tanpa turun ke padang. Aku perhatikan ada je benda positif pasal bola sepak ni, yang paling ketara, tak kisah la kau orang pas ke, umno ke, pengkikut anwar dan sebagainya, bila sampai piala malaysia,  takde langsung politik dalam sukan, tidak ada "kau" yang ada hanya "kita".  Sape kaitkan sukan dengan politik memang nak kena laga kepala eh tu -.-

page anak-anak negeri sembilan menjadi kegemaran aku, memang selalu bukak untuk tahu update dan membaca komen2 orang lain, serius tak kering gusi menghadap page tuh. Dengan dialek nogori nye. Aku duduk bandar, tak reti loghat2 ni, tapi bila ayah dengan nenek cakap, aku boleh paham :D































Thursday, October 20, 2011

Sampah

tengok kat alex ni, sampah di merata tempat. Sejak balik sini aritu, alex semakin kotor, aku langsung tak heran lah kalau orang arab ni pergi cat2 corak bunga kat koridor jalan (satu perubahan mencantikkan bandar? -.-). Aku perasan kat jalan yang selalu aku guna nak gi uni dulu, sepanjang jalan tu daun yang gugur tak bersapu. Tong sampah besar ada tapi sampah kat luar, tunggang terbalik lagi. Satu malam tu, aku nampak kat kawasan tong sampah, ada 2-3 org arab tengah kusai2 sampah, asingkan botol plastik dan kotak, mungkin untuk dijual. Tapi, sampah yang selebihnya dibiarkan bersepah di tepi tong, bau bangkai, kalau wangi takpe la jugak. Kalau kat malaysia kawasan hospital adalah tempat yang paling hygenic, tapi di sini tidak, keluar pagar terus nampak sampah, kalau bernasib baik jumpa lah taik binatang sikit2. Macam brush under the carpet, setiap celahan kereta yang diparking di tepi jalan, pasti ada sekelompok sampah. Nak cakap janitor tak buat kerja, setiap hari sampah depan imarah berpungut je. Mungkin mesir tak cukup peruntukan untuk kebersihan sekitar bandar alex ni. Bandar pelancongan kot, setakat cantik dan gah di tepi pantai sahaja, baik tak payah. Nak bela pokok, tapi takde maintenance, baik jangan tanam. Ah asilah, nampak sampah, tapi tak pungut, baik kau diam, tahu cakap je, hikoprit. Siyesly, ratus melon melon sampah keliling kot, ada kawan aku yang blaja kat ireland nak dtg mesir nanti, tetibe perasaan malu wujud mengenangkan keadaan di sini =.= Aku rasa semua orang tentu bersetuju jika masalah ini diselesaikan dari peringkat akar umbi, educate kat budak2 skolah sini tentang kebersihan dan disiplin, sebab memang budaya diorang dari yang muda hingga ke tua, tabiat membuang sampah merata-rata seperti kurap, makin digaru makin sedap. Aku dulu, lepas perhimpunan cikgu suruh setiap murid carik at least satu sampah, nanti akan ada sorang pengawas check kat tepi tong sampah, takde sampah kat tangan takleh masuk kelas, aku sampai koyak secebis kertas(sampah) nak bagi kat kawan yang gagal mendapatkan sampah, betapa pentingnya sampah di masa itu. -.-

so, kita ni orang melayu, nenek2 atuk2 kita kat kampung dulu selalu sapu halaman rumah diorang, sebab tu kalau korang masuk kawasan kampung, sejuk je mata memandang kehijauan laman rumah orang2 kampung. Kita ni orang Islam, bukan ke menjaga kebersihan itu dituntut, nak sembahyang pun kita berwudu'. Tak tahu betul ke tak, kalau buang sampah merata rata ni termasuk sebahagian dosa kecil, kalau kita buat setiap hari boleh jadi dosa besar kan? huhu tepuk dada lah ye :)

Monday, October 10, 2011

jarak antara 2 hati

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali “Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?” Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.



source : facebook je :)

Thursday, October 6, 2011

Life #1

salam,

baru balik dari carefour. Tak ada ape yang berubah pun. Aku merasakan seolah olah mesir ni seperti malaysia, tengok orang2 arab macam tengok orang melayu, apekah perasaan ini? 2 tahun belajar kat sini, alex macam rumah kedua bagi aku. Seperti biasa, perkara yang menjengkelkan tetap menjengkelkan, ketamakkan pemandu teksi di sini memaksa kami mempamerkan sikap kedekut. Dari kubri gamaah ke carefour, bayar sepuluh genih, oke fine. Dari carefour ke kubri gamaah bayar 15 genih atas alasan kitorang bawak barang. Bab bayar2 teksi ni, yes aku memang kedekut, bukan aku jek -.- tawar menawar tambang teksi sehingga kadar yang terendah sangat2 lah membantu junior dan orang2 lain. Supaya orang arab tak cekik darah, kalau bukan kami yang memperjuangkan tambang murah, lambat laun semakin meningkat lah tambang teksi. Silap2 dari kubri gamaah ke carefour boleh jadi 20genih utk masa yang akan datang. Tapi aku rasa budak laki boleh dapat lagi murah kot, sebab diorang fluent jugak ckp arab, boleh bodek2 sume haha, budak pompan je malas nak gaduh2 ni, redha lah katakan.

anyway, aku sedang mencari filem magika, citer melayu, dah lama kot haha sesape ader aku nak sedut. sekian. :)

Saturday, October 1, 2011

jom balik alex


hehe ambik gambar ni kat belakang balkoni rumah alex. background buruk giler tapi ada satu bahagian tu rasa macam comel haha. tetibe rasa rindu kat alex lak, seru supaya pulang menuntut ilmu dah sampai kot atau mungkin jugak rindu nak jumpa kawan, boleh jadi juga ada sesuatu yang lebih baik tengah tunggu aku kat alex ni, harapnye lah. Kat facebook, ada status berbunyi "budak2 kmb sume tempat best2", kawan aku tu komen, ".pergh korang...ak mesir je..hari2 berjalan kene elak tahi bersepah kat jalan" haha! rindu2.okeh, ayuh kawan2, semangat pulang ke alex! haha :D