Thursday, October 20, 2011

Sampah

tengok kat alex ni, sampah di merata tempat. Sejak balik sini aritu, alex semakin kotor, aku langsung tak heran lah kalau orang arab ni pergi cat2 corak bunga kat koridor jalan (satu perubahan mencantikkan bandar? -.-). Aku perasan kat jalan yang selalu aku guna nak gi uni dulu, sepanjang jalan tu daun yang gugur tak bersapu. Tong sampah besar ada tapi sampah kat luar, tunggang terbalik lagi. Satu malam tu, aku nampak kat kawasan tong sampah, ada 2-3 org arab tengah kusai2 sampah, asingkan botol plastik dan kotak, mungkin untuk dijual. Tapi, sampah yang selebihnya dibiarkan bersepah di tepi tong, bau bangkai, kalau wangi takpe la jugak. Kalau kat malaysia kawasan hospital adalah tempat yang paling hygenic, tapi di sini tidak, keluar pagar terus nampak sampah, kalau bernasib baik jumpa lah taik binatang sikit2. Macam brush under the carpet, setiap celahan kereta yang diparking di tepi jalan, pasti ada sekelompok sampah. Nak cakap janitor tak buat kerja, setiap hari sampah depan imarah berpungut je. Mungkin mesir tak cukup peruntukan untuk kebersihan sekitar bandar alex ni. Bandar pelancongan kot, setakat cantik dan gah di tepi pantai sahaja, baik tak payah. Nak bela pokok, tapi takde maintenance, baik jangan tanam. Ah asilah, nampak sampah, tapi tak pungut, baik kau diam, tahu cakap je, hikoprit. Siyesly, ratus melon melon sampah keliling kot, ada kawan aku yang blaja kat ireland nak dtg mesir nanti, tetibe perasaan malu wujud mengenangkan keadaan di sini =.= Aku rasa semua orang tentu bersetuju jika masalah ini diselesaikan dari peringkat akar umbi, educate kat budak2 skolah sini tentang kebersihan dan disiplin, sebab memang budaya diorang dari yang muda hingga ke tua, tabiat membuang sampah merata-rata seperti kurap, makin digaru makin sedap. Aku dulu, lepas perhimpunan cikgu suruh setiap murid carik at least satu sampah, nanti akan ada sorang pengawas check kat tepi tong sampah, takde sampah kat tangan takleh masuk kelas, aku sampai koyak secebis kertas(sampah) nak bagi kat kawan yang gagal mendapatkan sampah, betapa pentingnya sampah di masa itu. -.-

so, kita ni orang melayu, nenek2 atuk2 kita kat kampung dulu selalu sapu halaman rumah diorang, sebab tu kalau korang masuk kawasan kampung, sejuk je mata memandang kehijauan laman rumah orang2 kampung. Kita ni orang Islam, bukan ke menjaga kebersihan itu dituntut, nak sembahyang pun kita berwudu'. Tak tahu betul ke tak, kalau buang sampah merata rata ni termasuk sebahagian dosa kecil, kalau kita buat setiap hari boleh jadi dosa besar kan? huhu tepuk dada lah ye :)

2 comments:

Zulfikar Hazri said...

setuju, aku pernah jugak kena kempen macam tu, lepas perhimpunan kena kutip sampah...


tapi org arab ni degil dan bongkak...


semua penting tombolok sendiri..

zulaikha said...

mentality masyarakat mesir yang susah nak ubah...even yang dah berpelajaran tinggi pon xreti nak buang sampah dalam tong sampah.

ade hari tu, sape tah cakap kat aku..orang mesir ni cakap "NO DIRTY NO EGYPT"...

huhu...

asalkan kite xterikut perangai mereke2 ni...