Friday, November 25, 2011

10 Favourite Korean Dramas


first time upload video sendiri kat youtube *bangga*




p/s : koleksi citer korea yang aku pernah tengok dan aku suka :)

Saturday, November 19, 2011

Memujuk Hati

Salam,

bila satu masa tu tertinggal solat, tak pun telajak waktu, tak terasa ke korang perasaan bersalah, rasa macam nak solat taubat banyak2, perasaan takut akan ditinggalkan sorang diri oleh Tuhan, seolah-olah sebab tak solat tu, walau sekali, kemungkinan Allah dah tak pandang kite lagi.

semasa dalam usrah, ada satu soalan yang menarik berbunyi "kalau seseorang hanya mengetahui perkara basic tentang Islam macam solat dan puasa je boleh ke masuk syurga?"

dan ada rakan menjawab, dalam dunia ni ada banyak manusia, ada ramai yang lebih baik amalannya, jadi apa yang kita nak harapkan dari Allah, padahal dah tentu2 Allah akan lebih memandang hambanya yang lebih soleh berbanding dengan org yang tahu perkara basic. Disebabkan itu kite kena compete dengan org2 lain utk masuk syurga, supaya Allah jugak nampak kita di antara banyak2 orang yang beriman. Yakin ke kite dengan amalan asas kite tu je dah cukup menjamin utk masuk syurga?

bila dengar jawapan dye, aku rasa macam syurga tu jauh sangat2 daripada aku. sedih.

aku tertarik dengan status facebook ni :

"Heal my heart ya Allah.. Bless me with a new heart..."

sememangnye, nak! :'( kadang2 rasa sakit kenapa Allah uji dengan pelbagai masalah, tapi selalu sedapkan diri, Allah buat macam tu sebab Dia sayangkan kita.


Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda

"Berfirman Allah kepada para malaikatNya! Pergilah kamu kepada hambaKu si fulan, dan timpakan ke atasnya bala ujian, kerana Aku suka mendengar suaranya(doanya)"
(Riwayat Thabarani)

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” 
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

dan setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. kadang2 marah jugak kenapa bila berdoa tu lambat sangat Tuhan nak makbulkan. Ada sorang kawan ni jawab, bukan Allah tak dengar doa kita, tapi mungkin pertama, apa yang kita doa tu buruk utk diri kita. Kedua mungkin kalau Allah makbulkan doa tu cepat2 takut nanti kita lupa kat Dia terus lepas dpt apa yang kita nak dan ketiga, Allah akan makbulkan doa kita tapi lambat sikit sebab Dia nak tengok kesungguhan kita bila berdoa merayu2 minta tolong dari Dia.

bila satu masa tu, kenapa bila kita kenal seseorang, mula2 baik tapi lepas dah lama2 tu jadi renggang dan orang terus pergi dari hidup kita. Dan ada teman menjawab, Allah hantarkan kita seseorang supaya kita dapat belajar sesuatu dari dia untuk satu tempoh. Dan kalau orang tu masih dengan kita, maksudnya, masih
ada lagi yang perlu kita belajar. Contoh, dapat roomate, tinggal setahun lepas tu pindah sekolah, maksudnya dalam tempoh setahun kita tinggalkan dengan orang tu, mesti dah banyak benda kita belajar dari dye. 

lagi satu soalan, "antara Allah dan mak, siapa yang lebih kita sayang?" 

jawapannya, kita kena sayang Allah lebih sebab Dia yang hadirkan rasa sayang dalam hati kita utk mak dan org2 lain. Dia hantar mak kepada kita sebagai pengantara untuk Dia tunjukkan kasih sayangNya kat kita sebab Mak kita tu pun Allah yang cipta, segala2 sifat pada mak kita, Allah yang bagi. Jadi selama kita membesar dari baby sampai sekarang ni, selama ni kita sangka hanya dapat kasih mak dan ayah semata-mata, kita tak sedar Allah jugak sampaikan kasihNya kepada kita. 

Tak cukup lagi ke alasan untuk kita kembali dan menyayangi Tuhan?


mood : dakwah diri

Thursday, November 17, 2011

Menghapus dosa

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.