Monday, December 26, 2011

Life #2

salam,

haaaahhh, macam dah lama sangat tak tulis pasal life kat sini. so far, rasanya satu batch tahu aku pindah rumah baru dan tak kurang juga kemasyhuran cerita mengenai persengketaan kitorang dengan previous tuan rumah lol -.- insyaAllah, segala urusan kitorang akan dipermudahkan by the end of this month, menjangkakan hatiku ini bakal bertambah sakit dan sakit kembali lagi2 bila dengar nama EX-tuan rumah "kesayangan".

Papepun, rumah baru sekarang, dekat ibrahimyah, ada satu perasaan tenang bila buka tingkap pagi2 selepas subuh, angin yang bertiup sejuk dan nyaman beserta langit yang kosong, samar2 pancaran cahaya fajar menyuluh ayat2-quran, duduk di tepi, kadang2 rimbun hujan belum lagi sempat kering, musim sejuk mula menjengah, syukur :) *ayat puitis abes. haha, baru sekarang rasa buka tingkap bilik, kat rumah lama ada tingkap dapur ngan toilet je, yang lain sumer pintu lol

rasa duduk bilik sorang masing2, ceh macam tak biasa je kat mesia haha. takpe la, kitorang serumah akan pastikan ukhwah, keakraban tu kekal, lebih2 lagi masa solat dan tazkirah, insyaAllah.

rasa pergi uni sorang2, lintas jalan etc, sebelum ni dengan nadhirah ngan ibah, mungkin ada hikmah supaya aku berani sikit, antara kitorang bertiga, aku lah paling penakut nak lintas jalan. iye ke ibah? iye ke nadhirah? :pp

kawasan sini dekat dengan pasar dan mini market. dekat jugak dgn mesin atm cib (bahaya). Cuma aku tak jumpe kedai makanan. Rumah dulu mengharap kat spicy dan firah masywi kalau malas nak masak, kat sini *pandang kiri pandang kanan*.....

pasal study, err dah buka buku baru. nak tulis azam baru pun malu2 ni, kerajinan dan kemalasan tak pernah duduk sama taraf, either salah satu tinggi dan lawannya rendah -.-' dont worry, setakat aku belajar 16 tahun ni, pasal belajar aku serius jugak especially time exam, of course ahah

ouh, the other day, ada buat potluck utk section dan floor, SUKA GILA! maybe sebab makan free kot hahaha. tak jugak. dye ada rasa semakin sayang antara ahli tu, err pengakuan sebenar-benarnya ni haha :D

overall, kehidupanku bertambah baik, alhamdulillah. ujian yang Allah bagi tu tak pernah berhenti, instead kita mintak ringankan beban, mintak la supaya kekuatan Allah bagi hari demi hari.

err, gambar bilik nanti aku upload lepas tacap sumer haha :)

xoxo