Saturday, December 3, 2011

Memujuk Hati #2

Salam. Ada banyak perkara yang aku bincang ngan kawan. Antaranya.

Mungkin sekarang kita susah nak berubah ke arah kebaikan, takut nak berhijrah memperbaiki diri, risau dengan tanggapan orang lain, dan mungkin kita tak yakin akan terus istiqamah. Takpe, kita start perlahan2, tak payah drastik sangat. Contoh, mungkin kat malaysia kita free hair, tapi bila belajar kat mesir kita digalakkan pakai tudung. Mula2 sampai sini tak suka, rimas rasa macam hipokrit, takpe, tunggu la dalam masa 10 bulan belajar kat mesir, kita pakai tudung selama tempoh tersebut. Percaya atau tidak bila balik malaysia untuk summer break, masa nak keluar jalan2 nanti akan terdetik dalam hati, "asal rasa macam sejuk je kepala ni eh, rambut terbang2, rasa tak proper lak". Perasaan kekok sebab tidak bertudung muncul dengan sendiri, kenapa?    atas alasan dah terbiasa pakai tudung utk tempoh 10 bulan di mesir. Ini lah dinamakan, "hipokrit dapat mengislahkan diri" :)

Dan ada seseorang yang pemakaian tudungnya tak sempurna, pendek lah mungkin. Seorang sahabat memberinya sehelai tudung besar(labuh) kepada dia. Juga, di rumah, hanya kita seorang je yang pakai tudung, tapi adik beradik lain free hair je. Takpe, kita terus pakai tudung yang cantik2 la sikit, pakai kemas2, nanti lama2 diorang tengok kita "eh2 cantiknya tudung, nak pakai jugak". Dalam hati, dye rasa cantik kalau pakai tudung boleh tunjuk dengan orang lain, tapi sekurang kurangnya kita berdakwah through action, kita selamatkan dye dari seksaan azab.

Ada soalan, "boleh ke masuk syurga tapi tak payah tahu pasal sirah nabi?". jawapanya, kite kena lah ambil tahu jugak pasal sahabat2 nabi, sebab kat dalam syurga tu nanti kebanyakan ahlinya terdiri daripada para sahabat. So kita kena prepare awal2 nak kenal dengan kawan2 nabi.

Pengalaman rakan menceritakan, masa pulang dari kelas dengan menaiki teksi, Aminah (bukan nama sebenar) bertanya kepada rakannya yang dari tadi terkumat kamit seolah2 sedang membaca sesuatu. Rakan tersebut menjawab yang dia sedang membaca al-mathurat. Aminah bertanya lagi, "mana buku mathurat?", sekejap lepas tu, Aminah tersedar sendiri, kawannnya telah menghafal doa2 mathurat. Nak cakap kat sini, masa lapang menaiki kenderaan, ada lebih baik diisi dengan menyebut ayat2 Allah, berzikir dan lain2. Ada juga rakan yang pulang berjalan kaki dengan tasbih di tangan supaya setiap langkahnya hanya mengingati Allah. Mungkin bagi yang suka mendengar, boleh letak nasyid asma ul husna dalam mp3, secara tak langsung kita elak daripada berbual kosong dengan kawan.

Korang tak rasa jeles ke bila tengok kawan serumah atau roomate bangun malam mengerjakan solat sunat. Perasaan tu datang sendiri sebab kita takut Allah akan lebih rapat dengan orang lain berbanding kita sendiri. Sama macam kita jeles tengok kawan kita berkawan baik dengan orang lain, tapi perasaan jeles yang pertama tadi lebih manis kot :)

Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(surat at-taubah ayat 24)


ayat di atas menjelaskan sebenarnya Allah jeles jugak dengan kita. kenapa? mungkin sekarang kita kejar cinta manusia, setiap hari kita nampak bayang orang tu je, doa pun memang hanya nak dengan orang tu je, sampai satu masa nanti Allah buat sesuatu, Dia ambil orang yang kita sayang tu daripada tangan kita. Allah nak beritahu, jangan sampai menyayangi makhlukNya lebih dari sayang kita untuk Allah. 


Bersyukurlah wahai diri ini kerana sebahagian dari para sarjana menyebut “syukur kadang kala lebih tinggi makamnya dari sabar"


ada kawan yang ditimpa musibah, aku tanya ape perasaan dye dah sakit2 ni nak pergi kelas tak boleh, dah lah subjek berat untuk semester ni. Dye jawab, "takpe la, ni nasib baik ligament tear  je, kalau bone fracture lagi susah, Alhamdulillah sangat" .. kita bila susah ada kalanya kita banyak mengeluh, yang ada kesedaran sikit dye akan tenang dan sabar, tapi orang yang lagi up sikit, dye bersabar dan bersyukur, untuk setiap dugaan, ujian yang Allah turunkan, perkataan Alhamdulillah sentiasa disebut, tak kisah lah perit mana pun sakit yang ditanggung.


dan doa yang paling baik adalah doa yang paling dekat dengan prioriti kita. kalau waktu tu kita nak exam, kita doa lah permudahkan untuk menjawab soalan.


"jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun dalam sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu"-doa mathurat
takutlah bila apa yang kita buat, Allah dah tak ambil kisah, Dia takkan tolong kita lagi.


jadi jika ada sesuatu yang ingin kita buat, dengan niat yang baik, insyaAllah dipermudahkan. renungkan surah al-Ankabut ayat 69.


mood : masih lagi dakwah diri

4 comments:

siti hanisah said...

Asilah pn join jugak eh?? Ahlan!! ;)

Izyan Hanis said...

woooo ~
;D

syukran atas perkongsian ini
(;

humaira said...

:)



mari menuju kebaikan, meninggalkan kemungkaran...:)

biar sedikit-sedikt dahulu, asalkan istiqamah...^^

dr cardiothoracic FHR said...

:)