Monday, January 2, 2012

Memujuk Hati #3

salam,

err isu ni dah lama kot, just nak ingatkan balik. Pasal Asmaul Husna iaitu nama nama Allah. Aku ingat lagi masa skolah rendah dulu, setiap hari jumaat, kat perhimpunan pagi sumer murid kena nasyidkan asmaul husna. Cikgu fotostet kertas untuk dijadikan panduan. Masa diri dalam barisan, asmaul husna dimainkan, sampai satu masa tengah2 nasyid, selalu gak lak mata ni berair, sorokkan sebab nanti kantoi ngan kawan, malu lah, kita nak bajet cool pergi skolah berani tak payah mak ayah teman kan huhu. And then satu hari ni, nama cikgu tu ustaz yusri, dia cakap, kalau kita betul2 menghayati asmaul husna tak lama pastu kita akan rasa macam nak nangis. :)

masuk menengah rendah, still asmaul husna dijadikan kebiasaan masa rollcall pagi sebelum masuk kelas, tapi 'feeling' tuh dah tak sama macam skolah rendah. keras sangat ke, gelap sangat ke hati ni? Jadi aku nak tanya, selama korang menyebut 99 nama Allah tu, ada tak perasaan sayu tetibe muncul, bila dengar kalimah Allah, tak bergetar ke hati korang?

ada kawan share, dia cakap kita boleh gunakan asmaul husna dalam doa. macam mana? contoh, kalau pada waktu tu kita rasa sempit, takde duit ke ape, kita seru nama dia "ya razzaq(pemberi rezeki) murahkan rezeki bagi keluarga etc"... takpun "ya ghafuur"(Maha Pengampun) bila mana nak mohon taubat. Plus, dalam banyak2 doa kita mintak kat Dia, nak mudah menuntut ilmu la, mudah urusan ke, doa jodoh dan sebagainya, yang paling penting kita mintak supaya Allah terima taubat dan solat kita. :)


dan dan dan, nasyid bawah oleh sami  yusuf jugak yang jadik kegememaran aku, ulang puluh2 kali pun tak panas telinga punye. Rasa tenang huhu


2 comments:

Izyan Hanis said...

:D

asilah....

aynL said...

kita suka sngt yang sami yusuf
somehow ada rasa kat sami yusufnya
mungkin dia menghayati sampai terasa kat kalbu. thanks for the reminder :)