Tuesday, March 27, 2012

Aku AJK Ekonomi

salam

Ngahaha! gambar ihsan blog iezy :D

rase macam dah lama tak update haha. lately aku agak busy hahaha. dan aku rasa masa aku agak pack dan hectic hahahaha -.-

keputusan untuk membusy kan diri adalah atas kemahuan aku sendiri. Menjadi salah satu ajk untuk unit ekonomi memang aku idam2(lol) kan semenjak beberapa bulan yang lepas. Aku sendiri yang nak rasa pegang tanggungjawab sebab dah lama sangat hidup dalam keadaan yang rilek hanya pikir belajar dan lagha dengan benda lain walaupun sebenarnya module GIT sekarang menjanjikan kesibukan yang sama macam genito aritu haha.

tak ingat da, dah sebulan kot aku pegang jawatan ni, banyak jugak la yang aku dapat sebenarnye, thanks dekat abang rahmat sebab ada suatu hari ni dye sedarkan aku walaupun kita bekerja mostly dengan junior, dan junior jugak adalah ketua kita, sebagai orang yang mungkin 'agak' tua sikit ni tak boleh nak besar kepala sangat kan. Anak2 buah aku, respect je aku ofkoz panggilan akak sumer dan diorang sangat bagus dalam memberi komitmen sumer. Mungkin ada orang yang ragu2, "takpe ke bekerja dengan junior", and certain drpd diorang tak sama course dengan aku pun, ada yang ambil farmasi, dentist.. sampai sekarang, aku tak nampak tang mana susahnye bekerja dengan diorang, contact budak first year datang meeting, tolong pack barang sumer oke dan diorang sangat2 lah semangat dan bernas dalam memberi idea, aku rasa inferior dan suka mendengar idea diorang.Tq kat ayu dan zikri sebab diorang banyak bagi tunjuk ajar, tenkiu ye adik2 hoho. Selain aku dapat menambahkan kenalan especially dlm kalangan junior dan mungkin juga dalam kalangan batch aku sendiri.

Di samping itu(lol) aku rasa semakin bertambah update dengan keaadaan sekeliling contoh masa perubatan sports day ritu dan juga hari keluarga yang akan diadakan tak lama lagi. Kiranya aku harus peka dengan segala program besar yang diadakan oleh Perubatan. Sebelum ni haprak ah aku nak ambil tahu pasal event2 ni sumer, nak masuk join sekali apatah lagi lol. Tambahan pula(lol),  bile dah tahu diri ni semakin sibuk, probability utk mendapat oncall ada meeting tergempar majlis tertinggi unit ekonomi adalah sangat tinggi, so aku harus harus harus semakin bijak dalam menguruskan masa sendiri, masa belajar, masa utk diluangkan bersama smart circle, usrah, kelas arab, tafaquh, AID(tak pernah pergi lagi sebab busy dan penat wahaha), dan masa bersama ahli beit hoho sebenarnye, waktu malam yang agak terganggu sikit, tapi takpe, aku boleh uruskan masa sendiri dan semua perjalanan harian dipermudahkan olehNya, aku rasa pertolongan dari Dia tu dan sangat bersyukur :)

Antara yang lain ialah(lol), aku dapat tukar tabiat aku kalau sebelum ni membazir masa online(lagha) kepada bermanfaat. Dulu buka facebook memang lagha semata-mata, sekarang buka facebook sebab nak balas inbox atas dasar urusan ekonomi, siyesly bab ni aku tak tipu! pastu jengok update group ekonomi, i-mumtaz(kalau rajin), smart circle dan usrah, pastu tutup laptop haha kalau nampak aku komen2 tu memang aku tengah free laa. Ape yang dapat disimpulkan sini ialah, disiplin masa tuh penting.

Tuntasnya(lol), ape yang sebenar2nye aku dapat ialah, aku hidup ni bukan aku sorang je yang ada kat dunia ni, orang selalu cakap utk berbakti kepada masyarakat, dan ini lah apa yang aku cuba buat. Supaya nampaklah jugak aku ni bef"function" utk orang lain, dan aku seronok mentawarkan diri untuk menolong badan kepimpinan di sini walaupun hanya sebagai ajk kecil and yet, aku suka dengan apa yang aku buat.


nampak nama aku kat atas? siyes macam tak percaya je huhu

p/s: doakan aku dan rakan2 di sini :)

3 comments:

ibah said...

erti hidup itu dengan memberi, tahniah asilah!

Izyan Hanis said...

silah, kite nak sate yang murah

HAHAHAHAHA >.<"

btw, nak ckp
best kan hidup busy ?

hik hik hik

all the best babe!

C-lah Mahmod said...

thank you :)