Monday, March 12, 2012

Melancong ke Italy

salam, arh kekok betul rasanya. kalau kamu tahu ape maksudku -.-'


straight to the point, hari ni genaplah sebulan sudah tarikh flight ke italy haha. nak cerita banyak pasal ape yang yang aku buat kat sana, pergi mana sumer, history setiap tempat tu aku biarkan korang google sendiri lah. aku just letak video yang dibuat sendiri ini utk korang tengok2.



group kami terdiri daripada 7 orang. First impression pasal italy, pick pockets sebab senior ada ingatkan pasal peragut sume, tapi Alhamdullillah kitorang tak de kena curi walau sesen euro pon. Aku nak cerita pasal sistem pengangkutan kat itali ni yang bagi aku agak efisien. Sepanjang kat sana transport utama nak bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain ialah menggunakan train(trenitalia), macam dari perak nak ke selangor. Kalau kite nak pergi tempat dye yang historical, tempat tumpuan pelancong sumer, guna bas atau metro(macam putra, monorel etc). Berbeza dengan keadaan di mlysia, setiap perhentian bas kat itali ada tulis nombor bas yang akan lalu kat situ, dan ada board tulis nama tempat sesebuah bas akan lalu, jadi benda ni memudahkan perjalanan kitorang tanpa perlu menggunakan map selalu, guna jugak map especially masa berjalan kaki ataupun sesat. Penting korang decide kata lah arini korang dekat Rome, plan lah dekat rome nak pergi tengok colloseum ataupun fountain trevi, so just tengok nama tempat tersebut kat perhentian bas tuh, tengok lah bas nombor bape yang akan bawak korang ke situ. Err, tak sure lah kat KL sama ke tak sistem dye, sebab tak pernah ber'bas' dalam kl, bese naik putra, ktm je haha. 

Macam singapore, negara diorang memang akan keluarkan denda kepada sesape yang buang sampahkan? kat iatly pun lebih kurang tetapi dorng more to mendenda mereka yang tak mematuhi peraturan menggunakan kenderaan awam. Kat sana, kitorang akan beli tiket bas dari kedai runcit yang berdekatan dengan satu2 perhentian tu, dan tiket tersebut wajib 'validate' bile naik bas, err macam punch card lah. Kalau tak validate tiket tu, nasib tak baik, kot kot lah mase korang naik bas tu ada jugak pengawas nak check tiket sume, redha je lah bayar denda dye yang berpuluh2 euro. somehow aku rasa bila diorang nampak foreigner naik bas baru lah pengawas2 tuh nak jalankan kerja, biasalah kan, kite ni mana lah tahu peraturan negara dye an, nak tak nak kena lah bayar kalau dah buat salah. peh, punya sangka buruk, banyak kot kena denda, 2 kali plak bai. -.-'


okeyh, pasal makanan, hmm kitorang lebih kepada bernasib baik sumer atas pertolongan dari Allah, seriesly masa kat Milan, jalan2 je jumpe kedai runcit orang arab mesir yang jaga. Di situ jugaklah kitorang dapat tahu ada jugak kedai arab yang jual makanan halal, siap dye bawak kiotang pergi restoran tu lagi. Dekat rome pula, jalan2 penat2 sumer terserempak dengan kedai yang jual piza, pasta halal, pun orang arab mesir jugak yang jaga. Memang 3 hari berturut sepanjang kat rome lepak kedai tu jelah. Nak nak makanan dye affordable kan. kat venice pun sama gak, nasib baik ada kedai bangladesh berhampiran hotel kitorang, dye jual indian food tapi halal, dapat jugak merasa nasi beriyani ayam/daging 2 kali sepanjang 10 hari kebulur asyik makan roti je. Tu pun ada jugak sorang pemuda italy yang baik hati belanja kitorang 7-7 makan kat situ, mungkin kesian tengok kitorang makan  dengan ber'sungguh-sungguh' kot, yelah, nasi beb!  Italy bukan lah negara islam, so everything pasal makanan kena rasa ragu2 even se-seimple muffin, kek sebab kite takut dye boleh masukkan alcohol sebagai ingredients. Kite haram makan daging yang tak disembelih dengan nama Allah, so alternatif? kitorang makan seafood je, tuna ke salmon ke, ketam ke, udang ke, sedap pun sedap. Pegi mcD pun beli burger fillet je. Air dye ofkoz lah halal, cume be careful sebab certain air mineral di campur gas, macam korang minum air sprite tapi takde rasa langsung melainkan gas, tak rasa air sampai ke tekak.

rasenye, banyak lagi aku nak citer tapi aku akan citer kalau ada permintaan. ni pun i make it short haha. Sepanjang kat italy banyak bende yang berlaku, seronok dan manis untuk dijadikan sebagai kenangan, pengalaman yang sangat berharga. serius, aku galakkan korang travel, masa tuh mata yang sepet akan menjadi bulat. :)


p/s : gambar kepunyaan mun.
antara blog yang ada update pasal italy :


and and really i would love to tell you all about italy, kalau rasa nak pegi italy, just tengok video kat atas sebagai rujukan tempat, ada pape soalan tanye je lah kitorang, ibah, yan, TK, bel, mun, hasni :)

No comments: