Sunday, November 10, 2013

Dulu Bertiga Kini Berdua

dari kiri :najibah, nadhirah dan asilah

Assalamualaykomm.. Setahun tak menulis blog rase semakin kekok, vocab melayu mahupun english semakin menghilang ditambah dengan tabiat diri yang kurang bercakap tetapi tidak bermakna aku sombong cuma kurang ramah. Sifat lama sukar dibuang sebab inilah diriku, seorang yang pendiam dan suka berahsia jauh sekali seorang yang menyimpan dendam.. ecehh :p

Terasa wajib aku menulis entry ini untuk aku pahatkan satu lagi sejarah dan memori sepanjang waktu aku berada di bumi alex ini. Dedikasi khas untuk nadhirah, seorang kawan rapat aku di sini, yang banyak membantu aku dalam pelajaran mahupun keperluan sebagai sahabat, menjadi penasihat dan pendengar yag baik sepanjang masa tak kira musim panas, luruh atau sejuk. Terasa sedih tapi takkan lah sampai mati kite harus berteman dengan orang yang same.. Kalau pergi mana2 mesti bertiga, kalau seorang hilang, orang lain akan bertanya, "mana najibah?" "mana nadhirah" "mana asilah". Kalau ada potluck atau jamuan section, kitorang bertiga selalu meng-offer diri untuk membawa air instead of bawak makanan sebab senang, tak perlu nak masak2, kalau air berlebih, air tu dibawa pulang ke rumah semula.. :)

Kehilangan beliau bukanlah untuk selama-lamanya, tetapi kehendak dia menentukan jalan hidup sendiri berbeza sedikit dari kami yang di alex ini, aku nak ucapkan selamat meneruskan pengajian di tanah air, semoga sukses dan segala urusan mendapat kemudahan. im gonna miss you :')

 video arab bersama 


No comments: