Monday, November 11, 2013

Tentang Lipas


satu telur lipas menghasilkan lebih kurang 20+ ekor anak lipas

Bercerita mengenai "kawan baik" yang tinggal serumah dan tak malu berkongsi makanan dengan aku. Lipas2 tersebut mula beranak-pinak secara kondusif pada awal summer tahun ni dan aku merasakan kehidupan aku sebagai manusia normal semakin terancam dek peristiwa termakan lauk yang terdapat lipas di dalamnya, ditambah pula pada waktu itu sedang blackout jadi aku tak sedar ade lipas dalam lauk kurma daging. Tenkiu kat bel sebab bagi tau, dan aku hanya mampu redha dan bertawakal selepas mengetahui perkara tersebut T.T..

Dan aku rase, aku tak boleh hidup dalam rumah yang dihuni makhluk perosak lebih2 lagi ruang dapur sudah menjadi seperti kampung lipas2. Justeru aku mengambil beberapa preventive step bagi menghalau lipas2 tersebut. Antaranya, sebelum balik raye aritu, aku dan housemate menyimpan semua makanan termasuk gula, garam, teh, tepung, tin2 tuna etc dalam beberapa buah kotak dan setiap bucu/lubang pada kotak tersebut kami sealed/salotep dengan rapi. Lebihan makanan kami biarkan di dalam peti ais macam ikan bilis, kicap etc.. dapur kosong dari sebarang makanan dan semoga lipas2 kebulur.

Alhamdulillah, usaha kami berjaya sebab takde langsung lipas kat dapur selepas kitorang balik semula ke sini. Dari laci sampai ke kabinet dapur, sume clean n clear. Tetapi, seperti dialogue dalam citer jurassic park "nature will find its way".. pabila pintu peti ais dibuka.. jeng jeng jeng......................................... kami menemui ratusan makhluk hitam pelbagai saiz sedang berpesta dengan riang di dalam peti itu. Lantaran aku dan housemet mengambil langkah agresif dengan menyembur ridsect ke seluruh isi peti ais, maka lipas2 mengalami symptom dizziness headache hallucination delusion sebelum coma dan seterusnya mati bertebaran di sekitar peti ais. Kitorang cuci peti ais dengan cuka ngan sabun dettol.

Saki baki lipas masih lagi ada dan direct killing(penyek dengan tangan & ketuk dengan botol) dilakukan ke atas mana2 lipas malang yang bergerak depan mata aku. Selain ridsect, kitorang gune racun lipas berbentuk serbuk dan paste. Sampah dapur pun kitorang dah kerap buang di samping semua makanan akan ditutup dengan rapat selepas masak. Nak menghapuskan lipas 100% dalam masa sehari memang tak lah kan. Aku jangka akan ambik masa dalam sebulan dua. Ade jumpe lipas kaler putih aritu, tapi kejap tu dah hilang. Aku search kat google pasal lipas kaler putih ni, ade tu memang ada tapi bukan semua orang jumpe lipas jenis albino ni, so kire aku bernasib baik lah huhu..


3 comments:

aynaalokman said...

eeeeeeeeeeeeeee gelinya tgk lipas2 tuh :/

BeE~BiE said...

Fuhhh nat geo mag!

miss asilah said...

nat geo mag? what is that? huhu