Sunday, March 2, 2014

video ost drama korea dan hit english songs

hermmm...

assalamualaikum..

telah menjadi hobi plak bende2 ni.. huhu.. tak berniat pun nak share kat sume org. ingat nak buat utk subscriber je tapi yg ade pun 8 org je huhu.. so, untuk sesape yg selalu usyar youtube dan blog aku.. haha sadis..

HIT SONGS ENGLISH - revised video

TOP KOREAN DRAMA OST -personal list



Wednesday, February 5, 2014

Jaulah Kami ke DUMYAT, egypt

Salam,

1 februari yang lepas, seramai 29 akhawat 5th year medic mengadakan jaulah ke daerah Dumyat mesir yang terkenal dengan cerita kerang2 terdampar secara besar besaran di pesisir pantai. Fenomena tersebut hanya berlaku pada musim winter sahaja, dan mase kitorang pegi tu pun kerang mcam da x banyak sangat so kena pegi awal pagi sikit kalau nak kutip kerang. Tak pena tahu pun macam mane kat mlysia nelayan2 pegi tangkap kerang, pakai jala ke? huhu oarang arab tak makan kerang sebab dye haiwan dua alam wallahualam, disebabkan itu maka bertimbunlah populasi kerang bertahun2 lamanya sehingga wujudnye kerang sebesar separuh tapak tangan. ceh suke2 je buat assumption..




Ketika di pantai beberapa aktiviti riadah dijalankan seperti bola beracun, kuiz dan presentation haha peserta rombongan dibahagikan kepada 5 group dan diberi nama berdasarkan system yang ade pada badan manusia. Selepas beraktiviti, para peserta mula naik ke daratan utk sesi BBQ.. Tenkiu kepada pembakar2 bbq termasuk la musyrep2 yang dijemput khas dari alex mahupun ustat dari dumyat sendiri. haa.. kat dumyat ni ade je student mlysia diorang blaja agama tapi tak pasti lak takhasus(jurusan) ape. Tak lupe kepada segerombolan ahli yang tolong saye dan bel decorate sourvenir kerang utk peserta2.




Kami kemudian melawat Masjid Amru al-Asr yang dikatakan antara masjid terawal yang dibina di mesir.. Binaan lama masih dikekalkan. Macam blue mosque kat istanbul, ade ruang kosong kat tengah.


Kemudiannya, peserta rombongan dibawa ke destinasi terakhir iaitu Roksulbar di mana di sini lah tempat pertemuan antara dua laut dan sungai yang disebut dlm beberapa ayat quran berkaitan kisah nabi musa. Pun begitu, sbb da petang, x nampak sangat pun perbezaan warna. Ustat dumyat cakap kalau tengahari ada matahari bole nampak beza warna. Sungai lebih tenang dan laut berombak. Lama gak tenung, tapi masih x jumpe kat mana garisan perpisahan tu.


Pengembaraan kami bukanlah sia2 semata-mata sbb ade beberapa pengisian yang diberi oleh sakinah. Sepanjang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat, melalui pekan dumyat yang terkenal dengan industri pembuatan perabot. Cantik gile perabot dye. Melihat bangunan2 rumah org arab mesir style sama brick kaler merah, tapi sikit pun x rase bosan tengok tempat orang walaupun kat alex ade je rumah brick2 merah yang tidak diplaster tu. Aku suke tengok kampung orang, tapi kalau perjalanan macam kat highway yg ade kelapa sawit atau padang pasir tu tak bape minat la, memang selamat jalan la aku tido je. Kadang2 je ritu  cuti summer on the way balik kampung johor tak tido, sebab da lame an tak tengok bende hijau, pokok2 selain bole usyar kereta ape yg cantik kat jalan lewwls..

Dalam perjalanan pulang, hadiah kepada pemenang ahli dari group GIT disampaikan, pengagihan hadiah dan sourvenir kpd sume orang pun ade. Terima kasih kepada pengarah program fatiq, alin sebagai penasihat dan ajk2 yang terlibat juga para peserta yg menjayakan aktiviti jaulah batch I-Mumtazziah tahun ni..

Semoga ketemu lagi dong.. :D

credit: ainaa utk gamba2 yang lawa2 ni :D






 baling kerang




last but not least.. ade video.. xDD

sehingga jari bertemu keyboard semula . adios

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru, OB baru


salam,

Mase yang berlalu sangat pantas seperti kelajuan cahaya. Mungkin pernah terdetik nak mengulangi waktu lampau , membetulkan kesilapan dulu tapi masa itu tetap berjalan meninggalkan sejarah di belakang dan menjanjikan harapan dalam masa hadapan. selamat tahun baru semua, membolehkan kita memperbaiki diri dan amalan, mencipta pengalaman dan memori baru. pehh puitis abes :p

batch aku baru je memperbaharui OB(organisasi batch).. tahniah kepada burn dan alin. Dengan menaikkan muka2 baru, dan harapan semoga OB kali ni dapat meneruskan kegemilangan legasi bawah takluk pimpinan saudara naza dan liyana sebelum ini. Bagi aku, kepimpinan naza adalah paling teratur atau organized nak dibandingkan dengan kepimpinan sebelum ni. Dari segi idea dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun, nampak matlamat yang cube dicapai adalah merapatkan ukhwah sesama ahli batch. Cume bergantung kepada ahli untuk menyokong atau tidak segala program yang dijalankan. Bukan nak kata kepimpinan sebelum diorang tak bagus, let say manusia berubah menjadi lebih matang, batch i-mumtaz semakin matang begitu juga dengan isinya..

setiap pemimpin ada cara tersendiri dalam menerajui pemerintahannya. mengharapkan sesuatu yang fresh daripada OB baru..