Sunday, January 4, 2015

Aku Pembuat Video



"within few hours from now, u might see my next video about malaysia's tv commercial.."

salam, dah lama tak menjengah ke blog adiwanang. i deserted you but i still love you n forever will do hehe.. dulu seronok berblog, tapi selepas terjebak ke kancah youtube, maka hala tujuku berubah arah. Mengasah bakat sendiri dlm pembikinan video yg takde la segempak editor2 media perubatan PCI mengedit video.

Aku suke buat video dan tak tahu sampai bila minat ni akan bertahan. Mungkin selepas bekerja di hospital, barulah hobi ini akan terhenti dek kerana masa ku yang akan didedikasikan sepenuhnya utk pesakit2 ku kelak huhu. Lantaran itu, akan aku guna sedikit masa yang ada sekarang utk menghasilkan beberapa buah video utk dijadikan koleksi peribadi, sebagai kenangan. Ada sesetengah video yang memang aku buat untuk memori bersama kawan2. Dan yg lain adalah atas kemahuan hatiku sendiri seperti video ost korea, list top cartoon etc.. video ini di mana aku buat bukanlah utk meraih pujian orang ramai tetapi aku edit kerana melakukan hobi dan aku enjoy apa yang aku buat.

Ada terdetik dalam hati, mungkin ada je orang yang rase "pelik asilah ni, buat video pasal bercuti makan angin adalah normal tapi video pasal cartoon, korea yang ntah pape tu macam tak matang je". Aku sedar yang tak semua kita mempunyai kecenderungan atau minat yang sama. Tapi ini tak membataskan aku untuk menghasilkan video atas idea aku sendiri yg tak bape kreatif ni. Kenapa kita nak suppress keinginan sendiri semata-mata kerana respons negatif orang lain. Kadang2, sesuatu yg pelik itu lah menjadi ikutan orang. Aku selalu ingat pesan ayah, untuk jadi diri sendiri, kenapa nak ikut2 orang, walaupun kadang2 perkara yg kita buat tu pelik di mata orang lain tapi lama kelamaan orang kan terima jugak.

Aku buat video bukan nak impress kan orang, tp aku suke nak share ape yg aku rase dengan orang lain. Aku suke bercerita dalam video aku. Ada sesetengah video berjalan misalan ke turki dan spain aritu, semuanya berdurasi sepanjang 20minit. Panjang masanya, tapi itulah yang membezakan aku dengan orang lain, aku bercerita dalam video, aku tunjuk satu2 tempat yang aku pergi dan aku tahu tak semua orang bernasib baik macam aku untuk melancong ke negara orang, tapi melalui video2 aku tu, aku harap diorang rase seolah-olah diorang sendiri dapat pergi ke situ walaupun pada zahirnya hanya dapat melihat dari video, aku berharap viewer2 video aku rase ape yang aku rase, dan mungkin jika suatu hari nanti mereka berpeluang ke melancong, video2 aku tu dpt dijadikan panduan..

Aku mungkin tak pandai utk edit video gempak2, aku edit pun gune movie maker je dan aku rase berpuas hati dengan movie maker sbb jenis video yang aku hasilkan bukanlah untuk dijadikan montaj2 program dan sebagainya. Dan jika ada kesempatan, aku akan cuba utk belajar guna software yg advance sikit huhu..

Aku tak mintak duit atau pujian. Aku hanya ingin memohon support dari orang lain untuk meneruskan hobi ini selagi mana ia tidak menyalahi sensitiviti orang lain. Dan aku berterima kasih lebih awal untuk kesudian itu.



3 comments:

Izyan Hamizi said...

saya support 100% hobi asilah. tho thumbs upp!

Izyan Hamizi said...

opss typo. *two

humaira said...

rare. that's asilah. itu lah dipanggil hobi bila ia nya rare dan we even tak payah need to care about what others opinion. yang penting kita own kepuasan. hehe.

saya juga sokong asilah's hobi.


:)
-ruzanna-