Monday, March 9, 2015

random post


assalamualaikum..

Maka pada hari ini, aku ingin menulis apa yang aku dapat sebelum aku terlupa. Selepas exam, kita cenderung untuk melakukan perkara yang membuat kita jauh dari Sang Pencipta tanpa kita sedari. Contohnya, melambat2kan solat dan terputus dari membaca al-Quran sebab time ni lah nak ganti tido dan layan movie.. Biasalah tuh. Sebelum exam, doa bukan main lebat lagi, solat pun cepat2 huhu. Maka sekiranya terdetik je dalam hati rasa macam dah semakin jauh dari Allah, cepat2lah beristighfar dan muhasabah diri sebab ayat ni ;

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka Dialah yang mendapat petunjuk; dan Barangsiapa yang disesatkan Allah1, Maka merekalah orang-orang yang merugi." surah al-araf ayat 178

sebab kita tak tahu bila Allah akan bagi petunjuk kat kita, so even dengan hanya terdetikkat hati "oh, rasa nak buat baik arini, rase nak baca quran, rase nak solat awal".. maka buatlah pada masa itu juga untuk memastikan diri berada pada landasan yang betul dan tidak terpesong dari Allah. huhu.. Ada yang berkongsi yang apabila kita terjaga di tengah2 malam, kalau terlintas nak buat solat tahajud, maka segeralah bertahajud kerana menandakan Allah ingin bertemu dengan kita.

Lagi satu, masa pergi luxor aswan aritu, balik naik bas, pastu driver pasang ayat al-quran. serba salah nak dengar qura atau mp3. Yelahkan, biasa waktu dlm bas sambil memandang ke luar jendela tu lah yang paling best nak layan perasaan dengan lagu2 jiwang dan slow. tapi, hari ini,aku diingatkan Allah dengan ayat ini :

 “Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A’raf: 204)

kesimpulannya, dengar ayat quran lebih baik, dapat pahala an. huhu

wallahualam