Wednesday, January 19, 2011

Girls! Lets Wear It Right!!


Menutup aurat secara sempurna. It’s not easy. It’s a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let’s do it right!
 Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut.
So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumblr, etc.
forward msg :)

Tuesday, January 18, 2011

Cara Mematikan Fungsi Right Click


oke, mungkin korang pernah melakukan blog walking dan tersinggah di mana mana blog yang best macam blog zackzukhairi. Korang nak copy sebahagian ayat daripada blog tersebut atau mungkin nak tekan link link lain, bila right klik jek tetibe keluar window kecik dan tulis mesej seperti "maaf, anda dilarang copy paste sebarang ayat dari blog ini" ...
huhu, bunyi macam sedih, takpe!
jom kita cuba buat macam tu jugak.sila ikut step step di bawah





eerkk.! mula mula kena tahu coding html dulu yee, Macam mana nak tahu coding/HTML? 
sila tekan SINI untuk mematikan fungsi right click. copy(CTRL+C: Copy) coding dari website tersebut dan paste(CTRL+V: Paste).
edit pada bahagian messege, suka hati lah nak tulis ape ape pun okeyh :)


tekan SINI plak untuk mematikan fungsi text selection. Copy coding dari website ni, tapi jangan sekali kan dengan coding utk right click. Guna ruangan HTML/javascript yang berbeza ye :p

sebenarnye, blog aku nih takde la femes mane pun sampai orang luar nak copy paste, saje je sebab takde keje tehehee 

selamat mencuba :)


Saturday, January 1, 2011

Perempuan, Lelaki dan Cinta (:

Assalamualaikum,
Firstly,  Alhamdulillah aku dan rakan2 telah pun dengan selamatnya menduduki peperiksaan skill lab dan final module neuroscience. Insyallah semua okey dan yang tinggal hanyalah doa yg tak akan pernah putus dan bertawakal. Err but still ada lagi 4 paper kena ambil beserta dengan assignment dalam bulan satu. Fyuh!

Sebenarnye, aku dah lame nak update blog terutamanya mengenai tajuk yang tertera di atas ni. Hi hi. Macam gatal jek. Tak tak! Ada something yang aku nak lontarkan sebagai pandangan yang mungkin bagi pembaca sekalian..., “hak alahhh, ni kau punya point of view jek, kau pompan tau bende pasal lelaki” atau “eyhh, betul betul betul.!”.. Ape pun, kalau tak puas hati ke, sori laa & dipersilakan tampil memberi respon or maybe korang boleh tulis pendapat kat blog sendiri. (:

Aku ngaku memang takde pengalaman dalam bab bab bercouple nih. Jumlah purata lelaki lelaki yang menunggu giliran untuk merebut hati aku ni pun ade la dalam -60291, ehh negatif tu cik kak oii sila sedar diri sikit -_____- eheemm, kenapa “Perempuan, Lelaki dan Cinta” ? hah, aku cuba ingin melihat situasi sebenar antara dua gender yang berbeza ini mengikut perspektif aku berdasarkan kisah kisah hidup suka tawa duka derita kawan kawan aku sendiri. Woahh agak gempak jugak post kali ni ye, *asek citer pasal life je, nampak macam aku syok sendri plak haihh ;p

Bagi aku, lelaki ini sukar untuk difahami apekah yg sebenarnye yang berada dalam kepala otak diorang. Adakah sepanjang masa mereka memikirkan tentang perempuan? Bola? Atau makan? Berbeza dengan perempuan, lelaki tak suke ambil serius pasal sesuatu perkara. Meaning diorang tak suke bende yang remeh temeh. Kalau nak keluar jumpe member pun, pakai selebet selebet jek, tshirt ngan jeans (eih memang ni je pun pakaian diorang, tak kan nak suro pakai dress pulak hadoii x_X)  in contrast with girls yg sebelum outing, mesti tanye adik atau kawan dulu, ok ke tak baju ni, cantik tak? Ketat tak? Nampak gemuk tak? See, pompan suka bikin kepala serabot, laki plak simple je. Dalam islam, selagi pakaian tu yang tidak mencolok mata, pakai ler.

Ya, memang betul sesetengah orang cakap lelaki ni macam takde sensory receptor je, i mean diorang tak berape nak sensitip. Betol tak? Yelah, mostly in a relationship, mesti pompan yang emo terlebih lebih padahal takde papepun. Hemm macam ini lah ye. Kepada lelaki lelaki di luar sanaa, perempuan sangat lembut hatinya, sesetengah diorang tak mengharapkan lelaki mesej diorang everytime, cukuplah kalau setiap mesej yg dihantar itu dibalas, kalau ade hal, beritahu ade ade hal. Jangan buat pompan risau. Mula lah diorang pikir yang bukan bukan nanti bila korang tak reply. Nampak macam perempuan ni mengada ngada dan menyemak, tidak sama sekali sebab diorang sangat sangat lah  mengambil berat. Once korang reply jek mesej, sesungguhnya walaupun perempuan layan macam cool tapi dalam hati diorang, gembira tahap dewa, melambung lambung hatinya sehingga ke langit hokayyy! :p

Pompan ni biasenye suke pikirkan benda benda yang indah saja, ofkoz laaa sape tak nak bahagia kan and silap diorang, tak nak pulak pikir bende yang tak best. Kadang kadang kalau ape yg pompan expect dalam sesuatu perhubungan itu tak berlaku, mereka akan mudah rasa kecil hati dan merajuk. “kenape dia tak call hari ni?”.. “hari ni terserempak dengan dia, asal dia buat bodoh je eh?” jangan buruk sangka, maybe lelaki lelaki itu ade sebab sendiri yang tak perlu nak diceritakan kpd orang lain, dah cakap tadi kan, diorang tak suka benda kecik kecik nih di perbesar besarkan. Tapi lelaki plak suka bagi ayat penyata yang tergantung dan tertinggal koma  = =  cakap biar terang terang sikit la bro. Kalau tak nak cakap tak nak, kalau suka cakap suka, lagi bagus antar rombongan meminang, takde la dosa. Kalau kau takde perasaan langsung kat dia, jangan layan budak pompan tu macam kau betul betul nak kat dia. Sebab pompan ni kadang kadang mudah sangat perasan sendiri x_X. Kau buat ayat bunga sikit, dia cair macam cokelat, tapi pompan tak kan nak tunjuk sebab malu lah dye nanti. So? Kalau you serious nak kat dia, nak chop di awal awal, bagi lah hint. Aku prefer korang janji nak terus akad nikah jelaaaaahh. ;) he heh he

 
Haa. Sinonim sangatlah orang cakap kebanyakan lelaki lebih suka mencari perempuan yang cantik cantik belaka bak puteri gunung ledang. Tapi nak kahwin ngan puteri gng ledang pun ade syarat dow. Mengapa ya? Kesian kat perempuan yang tergolong dalam kategori “kurang comel” nih. Mereka rasa inferior tauuu. You tau? Lelaki tak perlu jadi hensem nak pikat pompan. Seriously! Cukuplah hati kau baik dan smart! Penting di sini, smart boleh jadi bijak atau pun kemas. Kemas lah yang utama okeyhh, yelahh sape nak lelaki yg selekeh, rambut panjang tak sikat unless kau macam ramli sarip, rambut dia panjang pun rebonding baii. * err rebonding ke? Teehee ;p* See, kemas ha! Same jugak macam nak pilih perempuan, suka ke girls yang pengotor? Tak kisahlah nak cakap perempuan ni cerewet, banyak songeh, leceh ke.., kesemuanya suka lelaki yang ade mase depan, yang boleh support hidup, cari nafkah dan sebagainya.

Lagi satu yang aku perasan, perempuan ni kuat jeles. Ni memang common arrr. Memang certain lelaki suka berkawan dengan ramai pompan, yelah nama pun lelaki, dah begitu lumrahnya, tapi dalam hati diorang ade sorang je, don’t worry *tak pasti lah sebab kadang kadang lelaki ni mudah juga berubah hati. Penting kena pandai control jelousy. Pompan lak tak leh nak marah marah lelaki sesuka hati sebab diorang tetap diorang. Kita sape nak mengubah sikap dan egoistic seorang lelaki. “guys are guys”. Diorang tengok bola pun jangan ler kau kacau sebab dah memang ke situ minatnye, even aku pun tak tahu hape ke bende ntahh yg menarik tengok bola kena sepak terajang ke sana ke mari. Lelaki kalau tak ego, tak tegas.., alamat dayus ar jawabnye. Paham? Rambut sama hitam hati lain lain, semua manusia sama, biasalah buat silap sikit. Kena lah terima diorang seadanya sebagai mane kita mahu mereka menerima kita seadanya okeyy ;)

Aku tahu 2 benda yang tak boleh diubah iaitu jodoh dan ajal. Tak kisahlah, janji dia boleh terima baik buruk aku. ;)
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,

Muhasabah diri masing masing.


Tuesday, December 21, 2010

mencuri tu budaya kau ke?

aku nak share something ngan readers sekalian.

kejadian ni berlaku pada petang 19 disember.
lokasi di sepanjang laluan mengahala ke uni yg sebelum ni pernah ade construction longkang, kalau sesape perasan.

Hari tu, memang mood ak sangat baik, heart rate pun normal. Mase tu aku jalan ngan nadirah. Tengah rancak2 borak2 tu, perasan lah jugak macam ade 2 org arab(PEREMPUAN) ikut kat belakang kitorang. Makin lame makin dekat pulak org arab tu, rase macam ade orang pegang2 beg. Aku tak suspect ape lah maybe sebab aku berjalan terhinjut2 kut mase tu = =' , thats why beg gerak2. Jalan tak boleh nak dekat lagi ke?? sampai macam nak tolak2 aku ke depan lak. Bengang ah aku. Aku dah rase macam ade something yang tak kena so aku pusing lah ke belakang. Involuntary aku pegang tangan minah arab tuh, aku check2 beg tengok zip compartment paling depan ternganga abes. Aku syak mesti minah2 ni buka beg aku sebab nak mencuri. Setahu aku, lepas abes lecture memang zip2 sumer aku tutup dengan rapi nye, sampai nyamuk pun takleh masuk ah. Nasib baik takde ape yg hilang, nasib baik hari tu aku tergerak hati nak letak phone kat compartment paling bawah sekali cause sebelum ni memang bese letak kat compartment depan. Yalah, betul orang cakap, kite kena husnuzon(bersangka baik), fine pastu memang aku lepaskan je minah2 arab tu blah sebab nak tuduh takde bukti, nak marah kang bahasa arab aku lak berterabur. Yang sakit hatinye boleh lak dye gelak2. HAAAAhh ngeng ah! Kau pakai lawa, make up tebal2, rantai berkilau2 keliling leher tapi perangai tak bertamadun. Tempat sikit punye open camtu kau boleh berkelakuan tak senonoh, mane kau punye attitude weyh, dah ah pompan. Kalau memang ye beg aku terbuka dari awal, kalau yek pun niat kau baik nak tolong tutupkan, kau tegur ah aku, cakap ah "cik, beg kamu terbuka". Ape ah buang tabiat kau nak langgar2 aku. pehh panas2 -_________-"

maybe aku over react tapi aku takde pun sampai mencarut2 kat situ, kalau aku ingat perkataan "enti gamus wala eh"(engkau ni kerbau ke ape) ngan "enti alel adab"(takde adab!).. dah lame aku cakap kat situ, tak kasar pun kan? err.. sape rase banyak mencarut tu, tekan sini --> klik haris


Daripada mood baik2, jadi bengang ngan tachycardia plus aku bole rase palpitation yg kuat sekali (sympathetic  fight and flight), nih buka buku PART 1 balik. Aku tak tahu ah diorang tu islam ke tak, tapi kalau betul2 kau orang beriman, kalau betul solat kau khusyuk, kau tak kan buat bende2 yg tak bemoral macam tu. Tak de paedah pun kau mencuri kat dunia, kelak akhirat azab kau merana. Aku just amek pengajaran from previous experience, henpon aku kena curik kat skolah dulu, ok tu memang salah aku lah kan, sape suro langgar peraturan bawak henpon pegi skolah. Plus dengan kes amie lagi, henpon dye kena curi jugak before nak lintas jalan, ade orang seluk dlm beg dye, capai phone. Tu pasal aku memang sensitip bab2 mencurik nih. Nak2 dah 2 kali phone kena curi sebelum ni. You're disturbing others life!

oke, ape yg dah jadi biar jadi pengajaran.
kali ni memang aku express abes, bukan untuk impress, bukan jugak sebab aku depress.

im sorry for being rude. ;(

Monday, December 13, 2010

se.se.sejuuukkk


err, as'salam.. ;)

semalam sangat sejuk, amat! bese sejuk2 ni lah nak tido pun nyenyak kan. somehow, ak jugak yg pelik. Ak tak paham kenape ak boleh terjaga dari tido kul 2 pagi tadi = =, rasa sangat segar sekarang.
aku tahu aku tido awal malam tadi, around 10.30 mlm da tumbang huhu
tido yang serba tidak kena malam tadi, buku terbukak, laptop atas katil.
aku pentingkan kesempurnaan tidur hehe
dah bangun2 tu, habiskan jugak lagi 2 pages buku PART 2 gyahaha(da masuk part 2) ;pp
pape pun, sebagai org islam, kite kalau bangun di tengah malam buatlah solat sunat tahajud ke, hajat ke.
bukan senang nak bangun dengan sendiri tengah2 malam camni secara fresh.

Ecah banyak duet, nak beli kot kat Zara jek. kite beli kat h&m je! tapi sweter kite ade bulu2 macam saratoga(selimut). Ehh, stokin tu cop ibrahimia street muahahahaha :DD

arini, belambak budak alex buat status sejuk, hujan batu, snow, tak mandi, hujan ais di negeri orang bla bla.
ak pun buat jugak.
alex da start sejuk yg ekstrim semalam lagi. but yesterday angin ribut la.
da ler pakai baju kurung lagi menambahkan resistence utk melawan arus.
abes sumer kertas2 note aku terbang, nasib baik ade kawan tolong kutipkan, Akmal pun tolong pungut (err Ieyka kalau tahu ni, mengamuk dye, abes aku hehe ;p)
aku pun satu, ade beg tanak gune, pe salah letak kertas dlm beg, nak jugak di pegang2 ^^

ais dye macam bentuk embun tapi sebenarnye tu aiss WEHH haha jakun*

balik kelas td pun teruk gak. kuyup weyhhh huhu
ak da rase macam nak nangis, sejuk gile, aku paham peribahasa sejuk menggigit tulang. tak tipu!
sakit tau sebab hujan ais. tuh first time merasa hujan air batu.
ape kau ingat mesir ni panas kemarau sepanjang tahun ke?
tu la, aritu memintak2 bila musim sejuk nak masuk ni, panas! Skang, nak wudu' pun terketar2. Nak buang air lagi la kecut.
mane heater kau weh? ade ade, yang kuno punye, yang pakai gas uh. Amek lighter, nyala api kat serombong dye, tunggu bape minit jap, pastu baru bole buka air panas. Pun! aku malas nak gune.
istilah "aku tak mandi seminggu" akan bese kedengaran pasni. Eh ak tak pena lagi tau sampai seminggu, betul.. haha
tak macam penguin kat sebelah, suke jek sejuk2 huhu ;D

the outbreaking news!
ade kebakaran malam semalam. bole bukak blog ecah kalau nak tahu lebih.
blog ecah
blog tk
blog yan
(ak tau mesti ade percanggahan fakta kalau compare blog lain haha)
fire tu selang satu bangunan dari rumah aku. Da dekat la tu kan?
kau tahu aku buat ape mase tu? aku tido. ngantuk ah. Hani ngan syera je yg klua pegi tengok jap.
Bel ngan cik aiffa suib je yg tunggu kat rumah, diorang tak kejut aku pun huhu
(aifa overslept umah kitorang sebab toilet umah dye rosak)- kesian..
ibah (ibah suri mention name dye) siap citer lagi budak2 rumah dye nak bawak klua laptop incase api merebak, aku pun cakap camni kat dye "abes bah, aku yg dok membute kat rumah lagi tak heran ape.."

aku bace gak status fesbuk ade org mati due to bad weather,
sebab nye kena hempap pokok. ribut kut kat cni huhu.
paling sejuk waktu pagi, -2degrees kutt!
letak ayam, ikan, daging kat luar pun tak busuk punye.
org arab cakap, dah 3 tahun hujan tak turun seteruk camni, pokok tumbang tengah jalan sumer.
dan ade jugak org cakap maybe ade salji turun kat cairo huhu tak tahu la.
budak2 US ade snoww, jeless !
status syera lak camni:

"ustaz saya cakap salah satu tanda kecil kiamat ialah turunnya salji di padang pasir. egypt pon padang pasir jugak. kalau betul turun, gudlucklah semua. selamat beramal.."


papepun, sume atas kuasa Tuhan, hujan itu kan rahmat. bersyukur ah kau kena hidup kat mane pun. ;)
oke subuh dulu~



Saturday, November 20, 2010

cuti cuti mesir :D


assalamualaikum!


cuti sinonim dengan duduk di rumah, relax dan tido. tapi definisi cuti ak kali ni berbeza sikit, penat, adventure dan experience. Agak slow meng-update, tapi kena gak wat sebab dah janji dgn kawan dan famili utk bercerita.  


HIGH CLASS VACATION IN SHARM EL SHEIKH, EGYPT


                                      
jangan enlarge gambar nih!


cuti raye haji budak2 alex dah start jumaat yg lepas, and pihak uni anjurkan trip ke Sharm El Sheikh, salah satu pusat peranginan kat mesir ni berhampiran laut Merah. Kalau alex lak dekat ngan laut Mediteranean. Berbeza okey. Kau tau ak bayar berape, ade la dalam 1500 genih. Nasib baik hotel 5 stars, food yg superb, 4 pinggan sekali makan, toilet pun tak tersumbat ahaha







err. berenang atas floating bed. hehe


Ada la dalam 50 org yang pegi termasuk laki pompan, yg tgbians only me, aiffa and rasydan. Housemet sume pegi sekali. 12jam dalam bas, memang tido jelah + sakit tengkuk. weh, bas kitorang ade toilet, 5 stars punye bas beb, ni pun nak kecoh.

act-tea-v-tea :

1. Cruise, dream boat.


ak expect cruise dye mcm kapal titanic tu. Kecik je pun macam dalam mane2 filem yg buat shooting kat atas private boat tu and ada toilet yg comel. *tak habis2 dgn toilet.
semua jakun duduk atas kapal, ambik2 gamba lah, aku je cool ahaha. Yang buat dye spesel maybe sebab ade chef and lunch kitorang kat atas kapal. 






2. Snorkelling
Ak tak reti pun snorkelling2 nih. Kita boleh tengok ape yang ade kat dalam laut macam batu karang dan ikan dengan terapung kat sea surface je. Time aku, jumpe lah jugak ikan, sekor je kut and ade coral reef kaler hitam, batu kut haha sedih baii. Memang nasib orang yang tak reti berenang macam aku, semua bergantung kat life jacket. aduhh haii. Aku dah terapung2 kat laut yang kedalaman dye berpuluh2 meter dohh!







ramai gila kawan yang pandai berenang. aku rase down sikit haha. Kalau nak snorkelling ni bukan takat fokus kat satu tempat je. Kitorang gi gak tempat lain macam kat kapal karam belakang tu. Mustafa cakap kat situ pun ade gak coral reef. Cerita macam mane kapal tu boleh karam? sebab kapal tu terlanggar batu karang and sorang je yang mati. Takde lah tragis macam titanic tuh. But still terkebil2 mata melihat kapal tu depan mata separuh tenggelam huhu

dah basah lencun tu, sempat lagi di suruh ambil gambar bersama2. Dah lah sejuk, tuh la sape suro tak bawak baju spare. Abes semua tak senonoh duduk dalam bas basah2 macam tuh haha.



mind set aku, boat ni diperbuat dari kristal dan kaca yang berkilau2. tettt! Salah, sebab hanya basement boat ni jek yang diperbuat drpd kaca. Kalau nak tengok dasar laut, bolehlah naik boat nih. Sumpah cantik bila tengok coral reef yang berwarna warni plus ikan2 dye macam ikan nemo tuh for real. Nampak la jugak ikan pari yang telah menyebabkan kematian Crocodile hunter, diorang cakaplah. Ade gak butterfly fish, ikan couple yg paling sweet. Kenape sweet? sebab bila salah seorang couple mati, yg lagi sekor akan berenang sampai bawah utk bunuh diri akibat water pressure yg tinggi. Manis ke, dalam Islam mengharamkan bunuh diri, sape buat masuk neraka terus.



semua orang nampak udang, aku jek tak nampak2. Semua orang excited tengok ikan, aku lak natural jek sebab kat rumah aku pun ayah bela ikan dalam akuarium. Besar lagi tuh hu~





5. Alf leila Wa leila



malam seribu malam? err macam night club tapi bukan, lebih kurang macam konsert jomheboh tuh. there, kami melihat pertunjukkan yg best by arabians, lebih kepada dance and ade gak aksi bermain dgn ular. Gelek arab pun ade gak -___- budaya diorang kan. Pelik kalau negara islam macam mesir ni tak tapis bende2 macam ni. Last2 takde sape pun letak gambar tarian gelek kat facebook. haha sumer interested kat tarian pancake. best! tarian pancake tgok kat blog TK.


macam pancake putar kan. Bila abes jek show pasal ular, aku terus tido haha



6. All Terrain Vehicles (ATV)


nih paling cool. takde la rase excited sangat pun sebab dah pernah main masa gi sinai aritu. Yg bestnye sebab kitorang bawak bende ni kat padang pasir. nak langgar ape kan? Aku bawak gak, cume waktu malam, so takde la gambar sebab gelap haha. Memang rase macam rempit gila gila lahh. Partner aku lak Nina. Pehh lagi dasyat Nina bawak walaupun dye takde langsung lesen kerete ke motor ke. Semua orang suka ATV ni =)







7. Sourvenir and Check Out



setiap malam memang kejenye berjalan cari sourvenir. Ada lak tu sampai balik hotel kul 12.30 mlm. Tapi best la shopping! abes ah... 



bye bye sharmel sheikh!

RAYA HAJI DI ALEX




sampai2 jek alex, kitorang ngan budak rumah bawah sepakat nak buat open house. Jemput satu batch except budak laki. Masak soto je tapi sedap, diorang cakap la :DD
Memang badget lari lah, first time organize jamuan besar macam ni. Semua org nak datang selepas zuhur. Nasib baik rumah bawah (ibah, hasni, tk, yan, laila) besar sikit. Nasib baik jugak soto cukup2 utk semua tetamu hu~ 


tak tahu ape motif dye sebenarnya ;p


dari kiri berdiri: hasni, hani, bell, nab, biha, syera, tk,
dar kiri depan: yan, ibah, laila


mama, yang tudung hitam depan org tu Laila anak Cik kalsum sepupu ayah. Semua yg kat sini tuan rumah open house kitorang yang x seberape nih. thanks for coming!






BIRTHDAY PARTY BELL, MEOWW

lepas open house, esoknye terus sambut birthday bell. Syera masak mee bandung. Lawak gila diorang. HAHA. sumpah penat sepanjang minggu nih. huhu


okeyh, seminggu ni memang busy gila. Takde satu hari pun boleh guna istilah relax dan tido. Orang cakap, jauh perjalanan luas pemandangan, go travel ;)


credits :-


semua gambar ambil dari album orang lain kat facebook. sorry and terima kasih kpd nursyahera bahtiar, sarah nursyaza, nur thaqifah, zulaikha mat jusoh, nur hanina dan syamsul anwar. :). nasib orang tak berkamera memang macam ni haha ;pp


senarai blog yg update gak pasal sharmel sheikh, please visit sebab certain points aku tak cerita and gaya bahasa diorang lagi best :)


3. blog TK


senarai blog budak medic yg tahu menggunakan masa cuti dan membuktikan budak medic tak semestinya takde life, KAMI BUKAN NERD OKEYH.








special video for special person(s). maybe you. tapi gedik sikit lah haha

rindu semua. ;)

Saturday, November 6, 2010

Dear,


MAMA,


Hari ni orang masak laksa mesir(laksa penang). Ambil resepi dari kawan. First time buat sendiri MA. Sedap jugak. Orang masak dengan budak rumah. Hari ni kan MAMA, orang bangun awal, sebab ade gotong royong bersihkan rumah. Orang ngan syera kemas dapur, hani kemas kan hall, bell cuci toilet. Pastu, baru kitorang pergi pasar. MAMA, orang sihat, baik2 sahaja, jangan risaukan orang, baru 2 kali je jari luka kena pisau, small matter kan MA?


testing je nih, next time boleh ajak kawan2 datang rumah.

resepi laksa mesir :


bahan : bawang besar blend, belacan, sardin mackerel, cili kering blend, garam, serai, asam keping, spaghetti


step : 1. tumis kan bawang besar, belacan, cili kering
         2. masukkan sardin
         3. letak air
         4. masukkan serai, asam keping dan garam secukup rasa



                            bell yg tudung hitam, er style lah. Yg senyum tu hani, sebelah dia lak syera. click photo to enlarge. Housemet orang semua cantik2 MA. haha ;)


ni rumah kitorang. Yang baju purple tu Bel, yang baju hijau tu Hani. MAMA nak tahu? Hani boleh dengar ape yang Bell ngumpat dengan orang kat dlm bilik walaupun jarak kami 5meter + 2meter + 1meter. Hm, macam mana MAMA manage barang2 dapur & rumah setiap bulan supaya tak terlebih budget ha? Baru sekarang orang tahu pening pikir pasal rumah sendiri -____-


MAMA, hari tu orang ada kelas anatomy, profesor tunjuk tengkorak betul. Kan kali ni orang kena belajar pasal nervous system, so kena jugak belajar pasal brain, kepala etc. Orang teringin nak beli tulang2 macam anak kawan MAMA yg dekat India tu. Tapi, mahal lah tulang2 kat sini MA. Selagi ada buku dan internet, takde tulang pun takpe la kan. 


MA, orang tanam serai dengan halia. Tanah beli kat carefour(10 genih je sepaket). Tak tahu lah hidup ke tak. Tapi, kali ni, InsyaAllah orang siram diorang hari2 supaya tak layu macam pokok bunga MAMA. Sorry MA! :D kalau orang nak pergi bercuti jauh sikit minggu depan, boleh kan MA? Nanti orang cerita lagi.

From : your daughter

Sunday, October 3, 2010

bahagia


buncit besama kawan baru, si Putih (thanks to qistina ahmad ridzal =]..)
yang kaler kuning tu, Adipose namenye, bell punyee.

oke firstly, aku tak tahu kenape posting aku bergaris- garis macam ni. Menyemak gila.
abaikan..

dah selamat sampai rumah. Barang2 dapur still ade yang tak cukup lagi.
tapi kitorang dah start masak. first lauk ak yang masak, nasi berlauk ayam goreng(macam ayamas tu), serunding, sambal kacang ikan bilis(bell bawak) dan fries(beli kat carefour). haha western bebb.. :D

banyak gila duit habis utk beli barang2 tu sumer, mesin basuh pun baru je berfungsi, tapi internet tak pasang lagi, ni pun curik wireless org lain huhu.
housemate pun oke je sebab dah kenal mase kat ktt lagi. baiklah, name2 baru yg akan selalu ditulis dlm blog pasni ialah:

1. hani(ketua memasak haha)
2.bell(rumet merangkap bendahari rumah)
3. syera(ketua rumah)
dan aku sebagai setiausaha rumah.. ;p

next time ak upload gambar rumah kitorang, excited nih..

pasal pelajaran, kitorang blaja pasal bende yang kecik kali ni. parasite macam pepijat tu lah. tengok kat baju masing2, mesti ade parasite punye, kalau nak bersin sila tutup mulut sebab nanti anda menyebarkan kuman kecik2 tu. name bende2 tu tak boleh tahan panjang, berbelit lidah mnyebutnye.. oke cuba sebut ni
"male schistosoma mansoni" - name cacing ni haha
ngek gilaa huhu
ya Allah, permudahkanlah kami menuntut ilmuMu ini, amiin`