Monday, October 12, 2009

Asilah dan Alex <3


Sampai di Iskandariah pada 5 Oktober 2009.

Rase excited apabila melihat keadaan sekeliling bandar Alex yg lebih bersih berbanding di Cairo.


Masuk kat pekan dye, ader banyak kedai especially kedai kasut dan baju.


Ader banyak pengangkutan awam kat sini, antaranya...
1. teksi
2. tremco ( van penumpang)
3. trum ( macam monorel/LRT) setiap perjalanan hanyalah 25 plaster ( 25 sen )


Pergi ke perpustakaan Universiti Alexandria. Sangat besar dari luar, tapi tak pernah masuk dalam lagi.

perpustakaan u alex

Pantai Laut Mediteranean , x de ape2 perasaan pon bile sampai kat pantai. Port Dickson, N. Sembilan lebih cantik dan indah....!!!


bilik tido

hall

dapur

Pelajar2 MARA ditempatkan di Hostel MARA, rumah mcm apartment, bilik mcm hotel. Setiap rumah complete dengan 2 set komputer, peti sejuk, mesin basuh, water heater, tv, set sofa, wifi, ampaian baju.................. hoho mewah sungguh..! Tp, next year kena carik rumah sendiri.. T_T

1St kuliah belajar ethics.. 2nd kuliah aku dah start mengantuk. tersengguk2.. hehe =P


Suatu hari kua nak gi carik makanan utk berbuka. Beli nasi ngan ayam. Perhhhhh...!
Macan itik ngan ayam. Kitorang suro bungkus, diorg suro duduk makan kat kedai lak.
Aku dah start rase cuak, menyesal tak blaja betol2 maser foundation bahase arab... ngah3
Last2, kitorg cakap "bi kis" (dgn plastik) then, barulah diorg bungkus makanan tuh.

shawarma

Tuesday, October 6, 2009

Asilah Kejar Firaun Dalam Piramid





Flight 29 September 2009, 3.15 pagi
Naik plane je terus tido.
Tiba di Kuwait pada pukul 11.30 pagi waktu Malaysia( transit selama 7jam)
Flight terus ke Cairo pukul 2 ptg waktu Kuwait.
Sempat lunch dlm plane di kala org2 Malaysia sedang makan malam.
Waktu di Malaysia cepat 6 jam dari Mesir.
Tiba di Kaherah pukul 4 ptg waktu Cairo.
Tiba di airport Cairo yang agak sesak. Tetibe jek kena tegur ngan sorang awek arab ni. Cun glerrrr... Dye tanye aku
“ Where are you from? Philiphines??”
Aku pon jawab, “ Im from Malizie”
Muke aku macam org philiphines kah???
35 org jek yg same flight ngan aku. Kami telah dibawa oleh senior ke Dewan Malaysia Abbasia Kaherah, tempat penginapan sementara kami di Cairo.
30 September 2009
kereta keldai
Akak2 senior telah membawa kami berjalan di sekitar Bandar Kaherah.
Tujuan utama adalah untuk menukarkan USD Dolar kepada nilai matawang mesir iaitu Genih, kat HSBC bank.
1 Genih bersamaan dengan RM0.6O.
Then, kitorang pergi ke University Al-Azhar cawangan Kaherah. Solat Asar kat masjid university tu.
al-azhar university
Maser tulah dapat tengok cara org2 arab solat. Diorang duduk antara 2 sujud macam nak tak nak jek. Yelah kan.. mazhab berlainan.
Pastu, kitorang minum asir(jus). Pekat+manis glerr jus dye.. Bayangkan, jus mangga diorang macam buah mangga yang di blend tanpa dicampur air langsung. Memang 100% asli arhh.
sg nil
Nak balik ke Dewan Abbasia kitorang naik bas. Perghhh..... sesak seyhhh. Kitorang terpaksa berdiri sepanjang perjalanan pulang.
Nak tau, first word arab yg keluar dari mulut aku biler sampai jek kt bumi mesir ialah.. ‘ma alisy’ (sorry). Tuh pon sebab terjatuh kat atas sorang makcik arab ni maser kat dalam bas. Tetibe jek bas tuh break emergency. Heyhh.. Mak cik arab tu pon jawab ‘ma alisy’ gak. Hehe =P
1 Oktober 2009
Ketibaan budak 2nd batch.
tetibe lak ader kat china
Petang tu, pergi Hadiqah tul Dauliah ( Taman Negara). Kat situ ader pokok, taman, bangku... perlu citer ker?? Hmmm
pizzahut delivery... kfc delivery pon ader??
Kitorang pergi taman tu naik tremco(van penumpang). Balik naik teksi. Ader 7 org dlm 1 teksi, bayangkan~~~. Meter kelajuan teksi tu tak bergerak langsung. Statik kat 10km/h. Dah rosak kot.
Atitude pengguna jalanraya di Cairo agak teruk. Susah nak jumpe traffic light kat sini walaupon kat simpang besar. Yang ajaib nyer, kesesakkan jalanraya jarang berlaku. Diorang sempat gaduh2 kat tengah2 jalanraya tu.

3 Oktober 2009
Kitorang pergi mengikuti program Pengembaraan Sekitar Mesir ( Jaulah di Kaherah)
Pergi tengok pyramid kat daerah Giza. Ader 3 piramid yg besar kat situ.
Then pergi Kubu Salahuddin Al-Ayyubi cawangan Kaherah.
kubu salahudin al-ayubi
Pastu pergi Masjid Sultan Hassan ngan Masjid Rafie. Finally pegi melawat Maqam Imam Syafe’i. Nampak banyak peminta sedekah kat situ. Kat tempat maqam tu ader bekas tapak kaki Nabi Muhammad saw. Nak ambik gambar tapi..... tetibe bateri weak. So.... gambar tapak kaki tu tak de lah.. hoho
lastly ialah program kebajikan anak negeri. Kat Mesir, macam ader satu sistem rumah di mana, setiap pelajar diberi peluang untuk kembali ke kampung halaman iaitu rumah negeri mengikut negeri asal masing2. Aku... negeri 9 laa.
=D

Wednesday, September 9, 2009

BUAH HATI ASILAH!!

Tak ader saper pon yang tahu sapekah buah hatiku selama ini. Semenjak aku Form 2 lagi perasaan sayang aku terhadap buah hatiku telah wujud dan sampai sekarang aku masih lagi caring dengan buah hatiku.

eheh.. emm me!!

Setiap hari,(almost averyday lah) aku akan membasuh kandang buah hatiku untuk menghilangkan bau2 yang kurang menyenangkan supaya kebersihan diri buah hatiku terpelihara.

kandang abit

abit

mama abit

kakak abit

mak cu abit

Pastu, aku akan memberi buah hatiku makan hidangan special yang dibeli pada setiap bulan supaya tidak kelaparan. Sedikit tazkirah di sini, ayah aku cakap, kalau kte slalu memberi makan dan menjaga kebajikan haiwan2 peliharaan, mereka akan mendoakan kte supaya Allah murahkan rezeki...

palet abit(food)

eh burung pon ader gak! hehe


Interaksi antara Asilah dan buah hatinya...

Asilah : Makanlah Abit, hihi =)

Abit : Mekaseh2, hehe..

Kte pon tau haiwan dan tumbuh-tumbuhan selalu berzikir kepada Allah, jadi tak salah kalau kte tolong mak kte siram pokok bunga sebab nanti pokok2 tu akan mendoakan kesejahteraan kte~, wallahualam..

pokok bunga mama.. meoww~

Kadang2 pada waktu petang, aku akan menemani buah hatiku. Bawak buah hatiku keluar dari kandang untuk berkejar-kejaran di halaman rumah. Sambil2 memerhatikan kelincahan buah hatiku melompat2 sana sini.. hehe

oit kantoi ! nak lari mane hah?!

taik2 abit.. mcm koko krunch kan??

Konklusi: Sayangilah makhluk2 ciptaan Tuhan