Thursday, May 20, 2010

First Tazkirah

Aku rase macam nak private kan sikit kisah hidup sebab kalau aku dah ade family sendiri nanti takut dah takde interesting stories nak citer kat anak cucu.. muahaha. Especially kalau future husband aku bace blog ni (takde lagi buat mase sekarang gyahaha), mesti dah takde benda best nak citer kat dye, mesti dye pun bosan ngan hidup aku, pastu carik pompan lain T_T, last last aku yang sedih, aku pun cari laki lain jugak hoho


Kali ni nak share something yang lari sikit dari hidup aku. Nak citer pasal jenis jenis manusia yang mendapat doa malaikat. Actually, ni first tazkirah dalam hidup aku yang dibuat secara rasmi sebab budak-budak floor bagi tanggungjawab kat aku utk menyampaikan tazkirah lepas solat maghrib. Antara jenis manusia itu ialah :


1. orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. orang berada di saf hadapan solat jemaah
4. orang yang sambung saf jemaah
5. malaikat mengucapkan amin apabila seseorang imam selesai membaca alfatihah ; Rasulullah saw besabda : "sesiapa yang baca amin seiring dengan malaikat akan diampunkan dosanya yang lalu"
6. orang yang duduk di tempat solatnya selepas solat
7. orang yang solat subuh dan asar secara berjemaah
8. orang yang doakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu
9. orang yang infakkan harta
10. orang yang makan sahur
11.orang yang melawat orang sakit
semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat doa malaikat :)


currently :
1. exam 27 may
2. result first sem - very good
3. balik malaysia - 19 julai
p/s: abaikan post yg sebelum ni x_X

Monday, April 26, 2010

Flowers Season

Musim sejuk dah abes, so sekarang ni tengah spring~

SC aritu buat picnic kat sebuah taman yang besar iaitu Montaza, Alexandria.

First time pergi situ lepas 7 bulan duduk kat sini haha.
Kat situ ade King Farouk Castle.

King Farouk ni dah mati pun.
Dye ialah pemerintah Mesir dulu.

Dengar citer, dye ni ade simpan banyak gundik.

So, bilangan gundik dye tu digambarkan dengan bilangan palm tree yang ade kat sekitar taman tu.

Huh, banyak giler dow.


Kalo kat seremban, Montaza sama macam lake garden sikit.
Cume kat sini taman dia bertutup.
Ada banyak bunga kat sini.
Walaupon aku tak minat bunga sangat tapi,
aku rase macam bunga kat Montaza lagi cantik dari bunga mama yang kat rumah tu hohoho :DD
SC aritu citer pasal kebesaran Allah menciptakan segala yang di langit dan bumi.
Sambil2 dengar tazkirah tu, sambil makan kek aiskrim hehe sedap wo0 ;p
Tengah aku tangkap bunga kat taman tu, tetibe ade orang tegor lak..

Orang tegur : ambik gambo bungo taik ayam ko?
Aku : umangaiii, bahaso den nih. mano pulak sosat ohgang nogoghi kek sini.(nada berbisik)

laaaaa, rupe2 nye ade orang malaysia dari rembau buat umrah, sambil tu diorang singgah mesir melancong kejap.
Aku tengok diorang sumer same macam aku tengok nenek nenek aku.
Rindu kat nenek huhu~
Mase tuh tetibe ade perasaan pelik tetibe ramai orang melayu kat sini
Patung ni ade kat dalam library alex(bibliotekha).
First time masuk jugak lepas 7 bulan sini. macam sengal jek.
Sumpah besar giler library dye, bertingkat-tingkat.
Lainkali aku upload gambar tu aku tunjuk.
Sorang kawan aku ade tunjuk gamba patung ni dulu. haha dulu lah
haaa, ni citer panas punya beb...!!
TV3 datang asrama mara aritu hohooho
actually diorang tengah buat shooting program jejak rasul.
dah sampai alex ni, sempat lah jugak nak buat salam perantauan.
Niat asal nak rakam ucapan budak2 yang tak balik raye malaysia tahun ni.
tapi, sumer budak first year balik. haha. ni sume kes menipu.
aku pon join sekali.
mane tahu, sampai sampai jek kat seremban, tetibe keluar salam perantauan student mesir.
lagi lagi keluar lak gambar aku hohoho =)) (gelak besar)
bukan senang nak masuk tv beb.


bukan setakat crew tv3 jek.

personaliti tv3 pon datang gak.

mesti mama kenal pengacara kat atas ni. ade gak suhaimi baba. hehe

tak yah pergi jomheboh pon dah boleh tangkap gambar same2

jangan jeles....
currently : blaja muscles upper & lower limb

Friday, April 16, 2010

Apabila Doktor Masuk Kawad Kaki


sape cakap bdk2 medic tak pentingkan sukan. sepanjang bulan april ni, kitorang budk2 alex buat sports event. aku masuk kawad kaki jek. Antare kebaikkannye;
1. dapat kenal budak2 same batch yg sebelum ni tak same kolej persediaan especially budak ikip =)
2. jadi lebih berdisiplin sebab mase practice selalu kena marah ngan Dibot huhu ;
"Asilah..! tangan tak paras..!! , Asilah..! tengok org sebelah..!! " ....tak kesah pon ;)

pehalpon, aku seronok dpt contribute something utk batch aku. Kitorang bertanding kawad kat Istad Gamaah. Boleh lak dah sampai kat situ, baru aku teringat... "alamak, lupe bawak baju kawad..!!" x_X serius aku lupe dowh. nasib baik mintak tolong budak yang ade kat hostel bawakkan baju tu. dah lah jauh nak sampai istad tuh, kena naik teksi.. huhu
see. baju kawad same ngan baju brassband maktab hahaha. mengimbau kembali memori silam~


oke, 3rd year rumah biru. yang menariknye, mase formasi utk rumah ni, diorang buat dance nobody by wondergirls. comel giler haha :D




yang color merah utk 4th year, baju diorang yang paling cantik sekali. Ade pakai kain kat belakang. mcm superman hoho. Akak2 4th year pon comel jugak, mcm tak matured je. aku tak percaye diorang ni dah 22 tahun but still formasi diorang mcm budak2, comel gilerrrrrrr~ =)


kalau ade orang tanye : "asilah, nak masuk kawad tak tahun depan?".. aku rase tak de masalah kot. tapi aku dah bersedia nak retired la ;p