Thursday, December 3, 2009

Azam Kami


Kat atas ni adalah azam TK. Dye cakap nak cari suami kat sini. Aku tanye dye kenape tak nak cari kat Malaysia jek, dye cakap nanti dah sibuk susah nak pikir pasal kahwin2 ni sume :D


Ni plak azam Nina, aku setuju yang part jadi doktor yang dedicated dan beriman. Dah alang2 aku belajar medic kat mesir ni, baik pungut segala ilmu agama kat sini :)


Ni plak azam Hafsah. Great student medic tuh dah betul tapi bile dye lukis gamba org lidi dengan hanye memakai tudung sahaje tanpa baju, aku rase pelik sikit hehe :P


Ni plak azam aku hehe.. Aku tulis amaran ni dalam buku sebab everytime kalau pergi lecture aku bawa buku ni. Aku jek yang tak mention pasal bab2 kahwin ni. Hafsah ngan Nina menyiniskan pandangan mengenai topik kahwin manakala TK menegaskan matlamatnya huhu :D

Ini adalah sebahagian azam kitorang. Aku display mane yang yang penting je. Actually, dalam hidup kita perlu sentiasa muhasabah dan memasang niat untuk menjadi sebaik2 manusia :)


dari kiri Nina ( dah ade 3 Nina dalam hidupku ), Hafsah, saye dan TK. Mase ni tengah raye rumah akak senior.

Lihatlah wajah buncit yang seakan-akan jeles dengan Boomoo

Buncit mendapat pesaing baru di dalam bilik, namenye Boomoo. Ni adalah hadiah bufday untuk TK. Nina geram sangat ngan Buncit sebab Buncit sentiasa menjadi perhatian ramai bebudak floor aku. So, Nina pon beli Boomoo untuk menandingi pengaruh Buncit. Haha Buncit masih lagi yang terhangat di pasaran..!! :P

Tenkiu kepada Ninayus, Bee and Nina kerana menghadirkan buncit dalam hidupku~

Sunday, November 29, 2009

Eid Adha Fi Alexandria, Egypt


ni laa hostel mara

“Kullu Sanah Antum Toyibbin” : slamat ari raye(lebih kurang la)
26 november
Lepas asar ana dan 4 org budak floor pergi rumah akak senior. Buka puasa dengan sambut ambang raya kat rumah diorang siap takbir ringkas sekali. Akak2 senior masak sedap sangat. Bebudak floor ana tolong akak2 tu buat mee soto (racik2 ayam je) & bikin kuih raya =)
kuih raye akak senior
27 november
Bangun seawal 5 pagi. Lepas solat, tepon mama sebelum pergi sembahyang raya kat Masjid Ibrahim depan uni. Ramai gile org arab sampai tikar dibentang kat atas jalan raya. Ada yang bawa sejadah sendiri, solat kat tepi2 jalan. Lepas tu, ada makcik arab sedekah gula2 kapas kat bebudak Malaysia yg ade kat situ. Orang arab kat Alex ni, merata je tempat diorang sembelih korban, darah mengalir kat lopak2 jalan. Diorang tak gali lubang sebab tak de tanah kosong kat sini. Isi2 perut pon bersepah2.
arab yg jual gule2 kapas
Sampai je hostel, bebudak floor sumer belasah lontong. Nina masak kuah lodeh malam sebelumnya. Pastu, pergi sambutan eid adha anjuran persatuan Perubatan Cawanagan Iskandariah kat Ibrahimia. Dapatlah jugak merasa kuih karipap =(
kebuluran
Malamnyer, waaa~~~ kebuluran ..!! Mane ade kedai yang buka mase ari raye. Tp, nasib baek Liyana tapau rendang, kuah kacang dgn nasi himpit from senior dia. Tu pon tak cukup jugak.Finally, paksa Nina teman ana pergi beli KFC malam tu. Hehe :P
p/s: act, tak bape nak puas hati ngan gamba ni semua. Blur, no quality at all. I need a camera. :D

Selamat Hari Jadi


hepi birthday anis..!! huhu~
29 november 2003

rindu same dia..

ni adalah last gambar kat airport sebelum aku fly...... :(