bersama ahli2 brassband
Suasana hutan amat gelap dan hanya diterangi samar2 cahaya bintang dan bulan di langit juga ditemani bunyi2an unggas dan cengkerik. Setiap daripada kami diberi amanah untuk membawa paling2 pun sebungkus mee maggi, roti, sebotol air mineral, beberapa ketul kentang dan bawang, 1 tin sardin, buah epal dan pinggan. Tak termasuk barang2 peribadi dan siapa yang beg galasnya besar terpaksa membawa kuali dan periuk. Kami dinasihati agar mambawa banyak bekalan coklat dan glukosa untuk memberi tenaga sepanjang ekspedisi. Aku memilih untuk membawa choki2.
di puncak gunung
Kami tiba di tapak perkhemahan pada lewat malam dan sebelum itu kami harus mendaki curaman batuan besar menggunakan tali dengan bantuan pencahayaan dari lampu suluh. Kami segera tidur selepas mendirikan khemah kerana kepenatan dan aku terpaksa memakai stokin berlapis2 kerana sangat sejuk. Pakai 3psg stokin pun tak cukup wo! Pada keasokkan harinya, kami menyambung perjalanan selepas bersarapan dan bergerak dalam barisan yang panjang. Rombongan ekspedisi sampai di puncak Gunung Ledang dlm pukul 11pagi. Kami dapat melihat hutan tebal dan kabus mengelilingi puncak, suasana yang amat dingin. Setelah selesai sesi bergambar, kami pulang ke tapak perkhemahan dan mengambil kesempatan untuk mandi di air terjun yang berdekatan.
Pada waktu malamnya, macam ada campfire beserta hidangan mee maggi yang enak. Abang Malek(pengiring) sempat menceritakan kepada kami mengenai kisah mistik di sekitar kawasan gunung selama pengalamannya mendaki Gunung Ledang. Esoknya, kami menuruni tapak perkhemahan untuk meneruskan perjalanan pulang selepas bersarapan pagi. Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dan berharap dapat mendaki Gunung Ledang lagi.
kabus di sekitar gunung





No comments:
Post a Comment