Monday, April 26, 2010

Flowers Season

Musim sejuk dah abes, so sekarang ni tengah spring~

SC aritu buat picnic kat sebuah taman yang besar iaitu Montaza, Alexandria.

First time pergi situ lepas 7 bulan duduk kat sini haha.
Kat situ ade King Farouk Castle.

King Farouk ni dah mati pun.
Dye ialah pemerintah Mesir dulu.

Dengar citer, dye ni ade simpan banyak gundik.

So, bilangan gundik dye tu digambarkan dengan bilangan palm tree yang ade kat sekitar taman tu.

Huh, banyak giler dow.


Kalo kat seremban, Montaza sama macam lake garden sikit.
Cume kat sini taman dia bertutup.
Ada banyak bunga kat sini.
Walaupon aku tak minat bunga sangat tapi,
aku rase macam bunga kat Montaza lagi cantik dari bunga mama yang kat rumah tu hohoho :DD
SC aritu citer pasal kebesaran Allah menciptakan segala yang di langit dan bumi.
Sambil2 dengar tazkirah tu, sambil makan kek aiskrim hehe sedap wo0 ;p
Tengah aku tangkap bunga kat taman tu, tetibe ade orang tegor lak..

Orang tegur : ambik gambo bungo taik ayam ko?
Aku : umangaiii, bahaso den nih. mano pulak sosat ohgang nogoghi kek sini.(nada berbisik)

laaaaa, rupe2 nye ade orang malaysia dari rembau buat umrah, sambil tu diorang singgah mesir melancong kejap.
Aku tengok diorang sumer same macam aku tengok nenek nenek aku.
Rindu kat nenek huhu~
Mase tuh tetibe ade perasaan pelik tetibe ramai orang melayu kat sini
Patung ni ade kat dalam library alex(bibliotekha).
First time masuk jugak lepas 7 bulan sini. macam sengal jek.
Sumpah besar giler library dye, bertingkat-tingkat.
Lainkali aku upload gambar tu aku tunjuk.
Sorang kawan aku ade tunjuk gamba patung ni dulu. haha dulu lah
haaa, ni citer panas punya beb...!!
TV3 datang asrama mara aritu hohooho
actually diorang tengah buat shooting program jejak rasul.
dah sampai alex ni, sempat lah jugak nak buat salam perantauan.
Niat asal nak rakam ucapan budak2 yang tak balik raye malaysia tahun ni.
tapi, sumer budak first year balik. haha. ni sume kes menipu.
aku pon join sekali.
mane tahu, sampai sampai jek kat seremban, tetibe keluar salam perantauan student mesir.
lagi lagi keluar lak gambar aku hohoho =)) (gelak besar)
bukan senang nak masuk tv beb.


bukan setakat crew tv3 jek.

personaliti tv3 pon datang gak.

mesti mama kenal pengacara kat atas ni. ade gak suhaimi baba. hehe

tak yah pergi jomheboh pon dah boleh tangkap gambar same2

jangan jeles....
currently : blaja muscles upper & lower limb

No comments: