Saturday, February 13, 2010

Sinai Explorer 2010

Along our trip to Sinai, there are lots of beatiful, historical places that we've visited. We spent the 1st week from our 2 weeks winter break for this trip. Experience & knowledge. These 2 words best enough to describe the whole journey :)


_sinopsis_
Nabi musa dilahirkan ketika firaun memerintahkan agar ke semua bayi lelaki di bunuh dari kalangan bani israel. Namun, nabi musa yg masih bayi telah dihanyutkan ke sungai oleh ibunya dan akhirnya isteri firaun menjumpainya dan ingin memeliharanya. Ketika dewasa, Nabi musa cuba menyampaikan mesej dari Allah kepada firaun. Tapi, firaun memperlekehkan nabi musa dan terus-terusan menindas kaum israel. Lalu, Allah telah memerintahkan agar nabi musa dan pengikutnya berpindah.
_______________________


Uyun Musa
Ade 12 telaga sebenarnya, yang tinggal kini hanya 8 telaga & kitorang sempat pergi tengok 2 daripadanya. Yang sedihnye, sapelah yg buang sampah dlm telaga tu
Ketika musim kemarau, nabi musa telah memohon keajaiban dari Allah swt lalu baginda diarahkan memukul tebing yg tinggi dengan tongkatnya. Ada 12 tempat(mata air) dari tebing tu keluarkan air yang sejuk. Kaum israel terdiri drpd 12 cabang dari keturunan nabi yakub. So setiap cabang keturunan ade telaga mata air masing2. (rujuk surah al-Baqarah:60)
kalo tengok betol2 ade kalimah alif lam lam ha kat pokok tu

Jabal Musa
at the peak, waiting for sunrise.. subhanallah
Allah juga telah memerintahkan nabi musa bertapa di sebuah gunung (jabal musa). Baginda berada kat sana selama 40 hari(sepatutnya 30 hari je). Sepanjang tempoh tu, macam2 ilmu keagamaan telah diwahyukan kpd nabi musa. Baginda ingin melihat Allah tapi, sebuah gunung lain di sekitar jabal musa hancur lebur sebab tak sanggup melihat Allah. Pokok di sekitar bukit tu pon takut lalu menyorok di dalam batu. Nabi musa pengsan lepas kejadian tu & bertaubat kepada Allah. Allah telah menambahkan tempoh pertapaan nabi musa sebanyak 10 hari. Tu yang jadi 40 hari tuh. (rujuk surah al- A'raaf:143)

kami start mendaki pada pukul 12.30 malam. Mase mula2 naik tu memang semangat gile arh dengan baju bubble nye. Belom lagi sampai checkpoint 1st, ramai yg pancit. Kawan saye cakap, saye tak mengeluh penat pon, padahal rase macam nak tercabot je kaki mase tu. Macam biase arh, saye bajet cool~ :DD
berbeza dengan laluan kat gunung ledang yang lebih mencabar dengan curam dan terdapat banyak halangan seperti pokok, kalau kat jabal musa, nak mendaki tu lebih penat sebab naik tangga berbatu-batu. Nasib mendaki malam2, sejuk sikit. Dah sampai kat puncak tu, memang mcm kat dlm peti ais ah. Nasib kitorang tak bape baik tahun ni sebab tak dpt jumpe salji kat puncak. Maybe kitorang mendaki seminggu lambat kot. Biler nak turun tuh, panas terik seyh. Perghh memang sumer masak arh.
ooww silaunye :D
ni lah gua kecik tempat nabi Musa bertapa kat jabal Musa. Kat puncak ni jugak ade masjid & church besebelahan.
batu yang dikatakan ade pokok bersembunyi di dalamnya. Diorang cakap, batu ni kalau potong mane2 bahagian pun akan nampak corak2 pokok2 kecik tu. Maksudnye, pokok tu bukanlah sekadar corak yg dilukis semata-mata.
naik bukit jalan kaki, turun bukit naik unta. 1st time merasa tunggang unta. Kena kangkang camtu, sakit seyh. Nasib baik unta comel haha
Lembu Samiri


Nabi Musa dah janji kat pengikutnya(kaum Israel) utk bawa Taurat lepas bertapa kat jabal musa selama 30 hari. Tapi kan Allah dah extend tempoh pertapaan kpd 40 hari. Kaum Israel ingat nabi musa dah sesat. So, ade lah seorang bani israel ni name dia Samiri. Dia mengajak kaum yang lain utk menyembah patung lembu samiri yang diukirnya pada batu. (rujuk surah Taaha:86)
St Catherine Church
Gereja ni masih lagi digunakan sampai sekarang dan pernah menjadi sekolah uk melatih paderi2. Dulu kat sini ade satu masjid tp entah camne ntah boleh ade gereja lak.
Penganut Kristian percaya Jabal Musa adalah antara 4 gunung suci utama di timur tengah. Church ni diberi name st catherine sempena name seorang paderi yg dibunuh. Paderi tu dikatakan dihukum mati tapi gagal dibunuh lalu kepala paderi tersebut dipancung. Diorang percaye malaikat bawa mayatnya ke jabal musa.
Pokok ni ade kat dalam church ni. Seolah-olah pokok ni tergantung & tak tahu dr mane akarnye. Actually, saye pon tak bape pasti pasal sejarah pokok ni. Kalau tak silap penganut kristian percaye kat pokok ni lah Nabi Isa berjumpa Tuhan.
Pada zaman dahulu, ade seorang budak selalu bagi 2 ekor khinzir minum air kat perigi ni. Khinzir2 tu ialah ibu bapa budak itu. Ayah budak tu tidak membayar zakat manakala ibunya tidak menunaikan solat subuh. Allah murka lalu menurunkan balasan ke atas parents budak tu. Nabi Musa yang jumpa budak tu terus berdoa kpd Allah agar mengampunkan ibu dan ayah budak tu.
Kubu Salehuddin di Pharoah Island
Ni adalah salah satu dpdp 3 kubu salahuddin al-ayubi kat seluruh mesir. Kena tahu sape salehuddin ni dulu sebab kawan saye cakap :
"tak kenal maka tak cinta, dah kenal tergila-gila" :D

1. nama asal beliau yusuf bin ayyub
2. berjaya membebaskan Baitulmaqdis(jerusalaem) dari kristian setelah 88 tahun kota tu dikuasai tentera salib
3. merupakan seorang pemerintah mesir & terkenal melalui perang salib
4. Wafat di damsyik. Bagi membiayai upacara pengebumian, peti simpanan beliau dibuka dan mereka terkejut sebab hanya ada sekeping emas & 4 wang perak. 0fkoz kita expect pemimpin mcm salehuddin kaye sbb dia berjaya membuat banyak penaklukan. Dia merupakan pemerintah yang sering menginfakkan harta untuk kebajikan.
gambar ni tak jelas. Kalau perhatikan betul, dari kubu ni boleh nampak sempadan 3 negara. Banjaran di sebelah kiri adelah Israel, tengah2 adelah Jordan dan paling kanan adelah arab saudi. Nak dijadikan cerite, Sultan Salehudin dulu boleh mengawal perairan 3 buah negara dari satu kubu kat pulau ni jek

okey, kitorang naik boat kalau nk pergi ke pharoah island :D


Kubu ni sangat besar & tak habis berjalan pon kat dlm. Pemandangan dari kubu sangat cantik. serius :)




Nuktah Hasinah


Ni adalah salah satu kubu Israel yang berjaya di tawan oleh tentera mesir dalam perang Yom Kippo pada 6 oktober sembilan belas tujuh puluh lebih. Yom Kippo ialah name perayaan orang yahudi. So tentera mesir attack israel ketika diorang sibok menyambut perayaan tu.
ni tulisan orang israel, yahudi( hebrew)
Dahab

Kat sini ada pantai yg sangat cantik & pasir berwarna keemas-emasan (sektor pelancongan mesir). Ade banyak cenderahari & banyak aktiviti boleh buat kat sini macam scuba diving, snorkelling.
ade banyak kedai seafood kat dahab. malam tu, kitorang try makan seafood kat situ. Sedap tu memang sedap tapi sikit gilo.

sebelom check out, saye sempat main quadrobike. Dah boleh amek lesen motor da :D
finally. kitorang dah nak balik dah Naik train dari Cairo ke Alex. Say bubye to cairo :)
sepanjang ikut trip ni, ade progaram SA (secret admirer). Setiap orang dipertanggungjawabkan utk menjadi secret admirer kpd orang yg telah ditetapkan. Macam kena paksa lak haha. Saye jadi SA Hani. Macam mane ntah boleh kantoi x_X
Yg sedihnye, saye tak tahu sape SA saye.... anyone :(

segala yg baik datang dari Allah dan yg buruk bersandarkan atas kelemahan & kesalahan diri saye sendiri.
Mungkin ade yg kurang kat post ni. Saye cube menceritakan sejarah setiap tempat dengan baik. Gambar mungkin shaking sikit. Tapi, saye harap adelah pengajaran yg dpt saye sampaikan. Bolehlah melawat blog kawan2 Alex saye kat link sebelah tepi. Diorang pon update gak pasal sinai :)
thanks for reading

9 comments:

ainaa said...

cantik dowh clah..
ak pn nk pegila taun dpn..
ak suke cite ko..
sng faham..=)

nur hanina said...

mmg la bubble tu lawa
tengok tuan dia la babe
gahahah

Asilah said...

aina : tenkiu.. blog ak ni mcm essay je pon.. haha

nina : bubble tu jd lawa sbb ak yg pakai.. xde kne mngena ngn tuan bubble uh :P ;p

choki2 eater said...

beban??x arh, atleast menambah kawan an haha

adek said...

syemart giler gmbr ko...
tp,,bajet cun jerk...
hahahaha!!!!mne gmbr hnf0n??!!!!\
nk teng0k!!!

Asilah said...

choki2 eater : hm, segannye haha

adek : hoh henpon tu nnti ak upload, btw, baru sedar ke ak cun hee :DD

gReeN iS pEAce said...

anda telah membuatkan sy jeles...
T.T
ngee

azielee said...

Interesting la cite Clah..Rasa cam nak gi je kat sana..

nabila said...

adoii..kak long!
nak pegi jugak..heh bilelaaa nak menjejak kau nih!