Saturday, January 1, 2011

Perempuan, Lelaki dan Cinta (:

Assalamualaikum,
Firstly,  Alhamdulillah aku dan rakan2 telah pun dengan selamatnya menduduki peperiksaan skill lab dan final module neuroscience. Insyallah semua okey dan yang tinggal hanyalah doa yg tak akan pernah putus dan bertawakal. Err but still ada lagi 4 paper kena ambil beserta dengan assignment dalam bulan satu. Fyuh!

Sebenarnye, aku dah lame nak update blog terutamanya mengenai tajuk yang tertera di atas ni. Hi hi. Macam gatal jek. Tak tak! Ada something yang aku nak lontarkan sebagai pandangan yang mungkin bagi pembaca sekalian..., “hak alahhh, ni kau punya point of view jek, kau pompan tau bende pasal lelaki” atau “eyhh, betul betul betul.!”.. Ape pun, kalau tak puas hati ke, sori laa & dipersilakan tampil memberi respon or maybe korang boleh tulis pendapat kat blog sendiri. (:

Aku ngaku memang takde pengalaman dalam bab bab bercouple nih. Jumlah purata lelaki lelaki yang menunggu giliran untuk merebut hati aku ni pun ade la dalam -60291, ehh negatif tu cik kak oii sila sedar diri sikit -_____- eheemm, kenapa “Perempuan, Lelaki dan Cinta” ? hah, aku cuba ingin melihat situasi sebenar antara dua gender yang berbeza ini mengikut perspektif aku berdasarkan kisah kisah hidup suka tawa duka derita kawan kawan aku sendiri. Woahh agak gempak jugak post kali ni ye, *asek citer pasal life je, nampak macam aku syok sendri plak haihh ;p

Bagi aku, lelaki ini sukar untuk difahami apekah yg sebenarnye yang berada dalam kepala otak diorang. Adakah sepanjang masa mereka memikirkan tentang perempuan? Bola? Atau makan? Berbeza dengan perempuan, lelaki tak suke ambil serius pasal sesuatu perkara. Meaning diorang tak suke bende yang remeh temeh. Kalau nak keluar jumpe member pun, pakai selebet selebet jek, tshirt ngan jeans (eih memang ni je pun pakaian diorang, tak kan nak suro pakai dress pulak hadoii x_X)  in contrast with girls yg sebelum outing, mesti tanye adik atau kawan dulu, ok ke tak baju ni, cantik tak? Ketat tak? Nampak gemuk tak? See, pompan suka bikin kepala serabot, laki plak simple je. Dalam islam, selagi pakaian tu yang tidak mencolok mata, pakai ler.

Ya, memang betul sesetengah orang cakap lelaki ni macam takde sensory receptor je, i mean diorang tak berape nak sensitip. Betol tak? Yelah, mostly in a relationship, mesti pompan yang emo terlebih lebih padahal takde papepun. Hemm macam ini lah ye. Kepada lelaki lelaki di luar sanaa, perempuan sangat lembut hatinya, sesetengah diorang tak mengharapkan lelaki mesej diorang everytime, cukuplah kalau setiap mesej yg dihantar itu dibalas, kalau ade hal, beritahu ade ade hal. Jangan buat pompan risau. Mula lah diorang pikir yang bukan bukan nanti bila korang tak reply. Nampak macam perempuan ni mengada ngada dan menyemak, tidak sama sekali sebab diorang sangat sangat lah  mengambil berat. Once korang reply jek mesej, sesungguhnya walaupun perempuan layan macam cool tapi dalam hati diorang, gembira tahap dewa, melambung lambung hatinya sehingga ke langit hokayyy! :p

Pompan ni biasenye suke pikirkan benda benda yang indah saja, ofkoz laaa sape tak nak bahagia kan and silap diorang, tak nak pulak pikir bende yang tak best. Kadang kadang kalau ape yg pompan expect dalam sesuatu perhubungan itu tak berlaku, mereka akan mudah rasa kecil hati dan merajuk. “kenape dia tak call hari ni?”.. “hari ni terserempak dengan dia, asal dia buat bodoh je eh?” jangan buruk sangka, maybe lelaki lelaki itu ade sebab sendiri yang tak perlu nak diceritakan kpd orang lain, dah cakap tadi kan, diorang tak suka benda kecik kecik nih di perbesar besarkan. Tapi lelaki plak suka bagi ayat penyata yang tergantung dan tertinggal koma  = =  cakap biar terang terang sikit la bro. Kalau tak nak cakap tak nak, kalau suka cakap suka, lagi bagus antar rombongan meminang, takde la dosa. Kalau kau takde perasaan langsung kat dia, jangan layan budak pompan tu macam kau betul betul nak kat dia. Sebab pompan ni kadang kadang mudah sangat perasan sendiri x_X. Kau buat ayat bunga sikit, dia cair macam cokelat, tapi pompan tak kan nak tunjuk sebab malu lah dye nanti. So? Kalau you serious nak kat dia, nak chop di awal awal, bagi lah hint. Aku prefer korang janji nak terus akad nikah jelaaaaahh. ;) he heh he

 
Haa. Sinonim sangatlah orang cakap kebanyakan lelaki lebih suka mencari perempuan yang cantik cantik belaka bak puteri gunung ledang. Tapi nak kahwin ngan puteri gng ledang pun ade syarat dow. Mengapa ya? Kesian kat perempuan yang tergolong dalam kategori “kurang comel” nih. Mereka rasa inferior tauuu. You tau? Lelaki tak perlu jadi hensem nak pikat pompan. Seriously! Cukuplah hati kau baik dan smart! Penting di sini, smart boleh jadi bijak atau pun kemas. Kemas lah yang utama okeyhh, yelahh sape nak lelaki yg selekeh, rambut panjang tak sikat unless kau macam ramli sarip, rambut dia panjang pun rebonding baii. * err rebonding ke? Teehee ;p* See, kemas ha! Same jugak macam nak pilih perempuan, suka ke girls yang pengotor? Tak kisahlah nak cakap perempuan ni cerewet, banyak songeh, leceh ke.., kesemuanya suka lelaki yang ade mase depan, yang boleh support hidup, cari nafkah dan sebagainya.

Lagi satu yang aku perasan, perempuan ni kuat jeles. Ni memang common arrr. Memang certain lelaki suka berkawan dengan ramai pompan, yelah nama pun lelaki, dah begitu lumrahnya, tapi dalam hati diorang ade sorang je, don’t worry *tak pasti lah sebab kadang kadang lelaki ni mudah juga berubah hati. Penting kena pandai control jelousy. Pompan lak tak leh nak marah marah lelaki sesuka hati sebab diorang tetap diorang. Kita sape nak mengubah sikap dan egoistic seorang lelaki. “guys are guys”. Diorang tengok bola pun jangan ler kau kacau sebab dah memang ke situ minatnye, even aku pun tak tahu hape ke bende ntahh yg menarik tengok bola kena sepak terajang ke sana ke mari. Lelaki kalau tak ego, tak tegas.., alamat dayus ar jawabnye. Paham? Rambut sama hitam hati lain lain, semua manusia sama, biasalah buat silap sikit. Kena lah terima diorang seadanya sebagai mane kita mahu mereka menerima kita seadanya okeyy ;)

Aku tahu 2 benda yang tak boleh diubah iaitu jodoh dan ajal. Tak kisahlah, janji dia boleh terima baik buruk aku. ;)
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,

Muhasabah diri masing masing.


10 comments:

Izyan Hanis said...

sangat matureeee.

wow. asilah. sy terkesima.
haha.

gudluck for the coming examsss

;)

IzyanKhalidah said...

wow!

haha tu je ak nak cakap..
hehe :D gud luck exam silah :)

nuruzuaz said...

mantap... hehe... bitawfiq wanajah dlm exam...... ^_^

BeE~BiE said...

cla... pesal romantic sgt blog cla nie... kahkahkah~ XD

nur hanina said...

selalu wonder ape sebenarnye dalam kepala otak diorang ni. hehe

LiL Clumsy Girl said...

geheee..kakak saya ni hmm..dah pikir masa depan ni... ceh... baru je baca novel hal2 camni...
kak oi kak, 5 tahun je lagi kawin la ye.. nak cepat pun boleh.. janji doalah ada jodoh.. aha
amin..cepat jodoh kau sampai,, senang... ade orang nak jaga kat sana nanty...eeheheee(mcm sengal jek aku ni)

silah said...

kenapa semua ragu ragu penulisan saya memang matang laah haha

tenkiu ;)

nina : kau banyak kawan laki mesti lagi paham lebih pasal diorang hhoho

bee : kenapa romantik pulak, bukan coml ke? haha ;pp

aina : ayat kau "aha
amin..cepat jodoh kau sampai,, senang... ade orang nak jaga kat sana nanty...eeheheee(mcm sengal jek aku ni)"...
macam nak aku cari calon kat mesir jek. haihh~

nursyahera bt bahtiar said...

housemate aku sangat matang xD

ibah said...

silah, satu bnda kau nak bgtahu..
aku syg sgt kau silah..walaupun kita dulu tak rapat kenal mcm tu je..tp skrg, sejak kau atas umah dgn aku n sejak satu sec ni, aku rapat sgt dgn kau..silah, aku tak tahu ape2, tp aku harap kau kuat silah..sbb aku tahu kau kuat.thanks syg for being my friend, love u =)

silah said...

:)

ibah: aku nak bercerita tapi aku tak smpai ati nak bebankan kau dengan masalah aku. sebab aku tahu setiap org ada masalah jugak. thanks ibah, ak nak bila aku gembira, orang lain pun gembira, tapi bila aku sedih, ak xnak orang tahu.. ni memang aku ibah, syg kau jugak. ;)